Terima Cek Kedua Daripada Exabytes

Alhamdulillah, cek yang ditunggu-tunggu daripada Exabytes akhirnya sampai juga. Sebulan yang lepas Exabytes sekali lagi menganjurkan satu program yang dinamakan Exabytes 100 Blogger Ads Program yang lebih kurang sama macam tahun lepas. Cuma bezanya kali ni payment dibuat dalam masa empat minggu lepas iklan dipaparkan berbanding enam minggu tahun lepas.

Cek daripada Exabytes

Permohonan dibuat melalui email. Agak lama juga nak tunggu Charles dari bahagian marketing untuk balas email permohonan saya. Pihak Exabytes tawarkan sejumlah bayaran untuk tempoh tiga bulan iklan dipaparkan. Tahun lepas saya terus terima dengan jumlah yang ditawarkan. Tapi kali ni saya nak cuba nasib kot-kot boleh dapat bayaran lebih tinggi. Mintak lebih sikit tapi tak dipersetujui oleh pihak Exabytes. Akhirnya pihak Exabytes tawarkan bayaran yang lebih sikit daripada bayaran asal. Tanpa banyak soal, saya terus terima. Taklah banyak mana tapi syukur alhamdulillah.

Saya pernah guna servis daripada Exabytes semasa awal-awal penglibatan saya dalam dunia blog dulu. Tapi masa tu saya cuma menumpang subdomain orang je. Lepas tu blog saya ditutup sebab kawan maya saya tu tak renew hosting dia. Dua tahun jugak dia ‘hilang’. Lepas tu tetiba dapat mesej dia kat YM. Rupa-rupanya dia accident teruk sampai hilang separuh ingatan dia. Yang peliknya saya yang tak rapat dengan dia ni masih kekal dalam memori hehe.

Exabytes terkenal sebagai salah satu penyedia webhosting terbaik yang menjadi pilihan kebanyakan blogger mahupun usahawan Internet. Pakej paling murah hanyalah RM39 setahun. Sesuai untuk setup blog personal. Lain-lain pakej webhosting yang ada boleh rujuk di laman web Exabytes.

«
»

This Post Has 42 Comments

  1. pesuy says:

    selamat deh dah dapat rejeki…
    Entri Terbaru pesuy » If You Do This Things, Your Business Will Fail

  2. Affan Ruslan says:

    Pernah gak dpt bayaran utk program ni dulu. Lepas dah tamat 3 bulan tu, tak apply lagi. Bape ye agak2 bro dapat? Cer emel sikit. Nak tau berbaloi ke tak apply. Mana tau lagi tinggi dari dulu ke. Haha
    Entri Terbaru Affan Ruslan » Dapat Kalender Comel Daripada Emilayusof.com

  3. arrizz says:

    dapat berape bro?hahaha..oo program nie untuk user exabytes jer la?
    Entri Terbaru arrizz » Koleksi artwork Dragon Ball yang sangat cool!

    • Amirez says:

      program ni open kepada mana2 blogger yg berminat nak apply. lepas apply, diorang akan mintak statistik blog. kena tunggu diorang approve dulu dgn bayaran yg diorang nak bayar. lepas tu baru kita main harga sikit hehe

  4. titan says:

    aku minta naik harga. diorang tak nak. So, terpaksalah aku reject kali ini. hoho..
    Entri Terbaru titan » Jujur itu lebih kacak

  5. lazaac says:

    leh tahan la bro… dalam RM1++ sebulan… xmahal sgt kowt.. tu jer yg tmampu… nak pakai dedi, xde pun projek besar2an, jd beli jer la yg kecil2an…
    Entri Terbaru lazaac » Tuts+ Premium : Belajar jQuery Selama 30 Hari Secara Percuma

  6. lazaac says:

    Exabytes bg aku harganya hosting dan domain lebih mahal dr biasa, pernah guna servis Exabytes tp sekejap jer, performance leh tahan, xpernah buat hal, cuma tu la, pernah dgr org2 lama yg Exabytes ni prob ckit, tp xtaw la, aku pakai dlu ok jer la..
    Entri Terbaru lazaac » Tuts+ Premium : Belajar jQuery Selama 30 Hari Secara Percuma

  7. Mama Murai says:

    siyes saya cakap exabytes memang A+ kalau pasal services dan bantuan teknikal. Selama 3 tahun saya bersama dengan webhosting ini, tidak banyak masalah yang berlaku pada blog saya. Walaupun sedikit mahal berbanding penyedia hosting lain, tapi kepuasan dengannya jauh lebih besar ertinya pada saya. :)
    Entri Terbaru Mama Murai » 14 sikap suami yang tidak digemari oleh isteri

  8. azura says:

    ini memang dinamakan rezeki…untunglah Iffah ayah dah kayo….
    Entri Terbaru azura » Muhrim Bagi Wanita

  9. tuan tanah says:

    ezeki ooo rezeki tahniah bro….:)
    Entri Terbaru tuan tanah » Radix Fried Chicken Shah Alam Kini Dibuka

  10. hafidz says:

    dah boleh open ke bro? hehehe :P
    Entri Terbaru hafidz » Kord Gitar : Pretty Ugly – Takut Aku Kalah

  11. Mr.Sepet says:

    wahh .. . tahniah ..
    Entri Terbaru Mr.Sepet » Download Azura (2012)

  12. chii says:

    tahniah ye..dpt habuan dr exabytes =)

    ..hurm..bagusnya kawan maya tu..even da 2 thn..tp still ingt kat amirez lg…mmg menakjubkan
    Entri Terbaru chii » Doa dari hadis sohih utk muslimah

  13. shaharil says:

    Tahniah, dapat income daripada exabytes. Bukan senang nak dapat ads daripada exabytes. Traffik blog kena tinggi.
    Entri Terbaru shaharil » SHAHARIL.com Menyokong Mobile Blog

  14. akubiomed says:

    Wah tanniah dapat menuai hasil dari Exabytes.
    Entri Terbaru akubiomed » Hot dog sebagai santapan malam

  15. azman says:

    Pernah dengar nama tu..janji ada sikit ok lah :)
    Entri Terbaru azman » Kawan Ku Janda Mu

  16. shraqs says:

    Aku memang dah serik ngan Exabytes nih, ada pengalaman tak best ngan diorang dulu2 masa awal2 terlibat ngan hosting. Harap2 service diorang makin bagus lepas bukak Data Center baru kat Penang nanti. BTW, masyuk tu :)
    Entri Terbaru shraqs » Ghost Rider Spirit Of Vengeance

  17. syu90 says:

    thniah ye..msti byk tu..hehe..
    Entri Terbaru syu90 » Gambar Pernikahan Lisa dan Yusri KRU

Leave A Reply





CommentLuv badge