Cerai Bukan Penyelesaian
Sebelum aku bergerak ke Kedah mungkin pada malam ni, ingin aku kongsikan sedikit pendapat mengenai satu kes rumah tangga yang aku dengar melalui radio Hotfm.
Dulu aku peminat radio Era. Tapi sekarang telinga aku lebih selesa mendengar radio Hotfm. Dalam radio Hotfm selalu juga diulang satu panggilan daripada pendengar yang memberikan pendapatnya berkenaan dengan satu krisis rumah tangga yang berbunyi begini:
Si isteri membuat pengakuan yang dia pernah bekerja sebagai GRO sebelum mereka bernikah. Si suami pula tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya dahulu merupakan seorang GRO.
Jadi, Faizal Ismail atau FBI dengan Fara Fauzana atau Fafau membuka talian kepada pendengar untuk berikan pendapat. Adalah satu panggilan ni daripada seorang perempuan. Pendapatnya, maafkan si isteri dan lepaskannya, sebab status bekas GRO itu akan menjadi filem yang selalu bermain di depan si suami, tak mustahil bila mereka bertelingkah hal tersebut akan diungkit.
Aku tidak dapat terima pendapat akak tersebut. Bagi aku agak negatif pandangannya. Dia lebih memikirkan tentang akibat pertelingkahan suami isteri, bukan nak fikirkan bagaimana untuk elakkan pertelingkahan. Prevention is better than cure. Bukankah itu lebih baik? Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Jadi ini pendapat aku secara peribadi.
GRO atau Guess Relationship Officer adalah kerja si isteri sebelum mereka berkahwin. Mungkin, mengikut kes tersebut si isteri sekarang tidak lagi bekerja sebagai GRO. Kerja GRO macam mana yang dia lakukan; sama ada hanya menjadi teman bual atau minum pelanggan ataupun menjadi teman tidur, wallahualam. Apa² pun mungkin itu adalah kisah silam si isteri. Mungkin, dengan kedatangan si lelaki yang kini menjadi suaminya yang sah, dia mula berubah menjadi seorang wanita yang baik. Si suami patut bersyukur sebenarnya, kalau bukan kerana si suami mungkin si isteri akan terus bekerja sebagai GRO. Siapa tahu?
Suami isteri bertelingkah itu lumrah perkahwinan. Tapi jangan jadikan pertelingkahan itu sebagai kebiasaan setelah berkahwin. Pendapat aku, tukarkan pertelingkahan itu kepada perkongsian pendapat. Belajar cara untuk menerima pandangan sebelah pihak lain sebelum meluahkan pendapat sendiri, kemudian buat perbandingan. Berbincang lebih baik daripada bertelagah. Bukankah itu lebih baik? Tak semestinya kita selalu betul.
Sebut pasal ‘selalu betul’, aku teringat satu cerita, begini. Ali ke Tanjung Rambutan atas urusan tertentu. Sedang dia berjalan ke ofis untuk berjumpa dengan seseorang, dia nampak seorang orang gila tengah memancing di dalam baldi. “Orang gila, dalam baldi mana ada ikan.” katanya Ali. Dia nak tunjukkan kemesraannya dengan penghuni Tanjung Rambutan, dia pun menegur orang gila tersebut, “Banyak dapat ikan, bang?” Orang gila tu menjawab, “Kau gila. Dalam baldi mana ada ikan.” Hahaha, terkena Ali dengan orang gila. Maknanya, orang gila ni selalu fikir dia betul. Jadi siapa² yang selalu fikir dirinya selalu betul, dia adik-beradik dengan abang Tanjung Rambutan eheh. Gurau² je.
Ok, itu selingan. Berbalik kepada topik asal.
Mungkin kalau nak dikira aku belum layak beri kritikan berkenaan dengan masalah alam rumahtangga. Tapi tak salah kalau kita nak utarakan pendapat berdasarkan pembacaan dan juga pengalaman orang sekeliling. Ini sebagai peringatan kepada diri aku sendiri juga untuk masa depan nanti.
Perkahwinan itu bukan sekadar untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Perkahwinan itu aku simpulkan sebagai pelengkap, suami dan isteri saling melengkapi satu sama lain. Atau boleh juga ditafsirkan sebagai keseimbangan. Contohnya, lelaki ada 1 nafsu dan perempuan mempunyai 9 nafsu. Bila berkahwin, maka ia dapat diseimbangkan andai kata kedua² pihak selalu amalkan think then decide.
Jadi dalam kes asal tadi, si suami patut menerima si isteri seadanya. Si suami perlu nilai balik tentang dirinya sebelum dia berkahwin dulu. Mungkin dia juga pernah buat sesuatu yang kurang baik. Lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya.
Jodoh ditemukan Allah dengan bersebab. Jadi sepatutnya si suami bersyukur dengan isteri dia sedia ada sebab ada orang yang tak sempat untuk merasai nikmat berumahtangga. Perceraian bukan jalan terbaik sebab mereka mempunyai anak. Harus diingat, walaupun cerai itu dibolehkan dalam Islam, tetapi ia adalah perkara yang paling dibenci Allah.
3 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






org yang nak kahwin utk bercerai patut aje di bagi pelempang..sbb menyusahkan org lain…haisshhhh
tapi aku rasa tak patut pd suami tu utk lepaskan isteri dia just becoz kisah silam. let bygone be bygone, kalau asyik nak mengungkit je, sampai bila pun dunia tak aman. mmg bunyinya terlampau ideal, tapi bila dah kawen, mesti ada sifat berlapang dada, sabar banyak2.
manusia ni lemah dan terbatas, so kekurangannya kita redhai, kelebihannya kita syukuri. baru wujud baiti jannati, kan?
(dan aku lagi nebes nak menempuh alam perkahwinan)
Qiders last blog post..The G Squares
[Reply]
cuma ada SATU ungkapan sahaja…”SIAPAKAH YG BERKAHWIN UNTUK BERCERAI?” jika berlaku juga… tak ada ulasan dapat menjelaskannya dgn begitu detail. ibarat CINTA yg mempunyai pelbagai huraian.
brads last blog post..Catatan Penutup vii
[Reply]
entry yang cukup mendalam.
aku suka kisah tanjung rambutan tu…
hohohoh~
[Reply]