Anda di sini: Laman Utama » Sukan » Chong Wei Bertemu Taufik Hidayat di Final Terbuka Malaysia 2011

Chong Wei Bertemu Taufik Hidayat di Final Terbuka Malaysia 2011

by Amirez on January 22, 2011 · 17 comments

Seronok dengan persembahan menarik yang ditunjukkan oleh pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Chen Long dengan mata 21-9, 21-9 di hadapan hampir 5000 orang penonton. Tahniah diucapkan. Dengan ini melayakkan dirinya ke peringkat akhir Terbuka Malaysia 2011 menentang Taufik Hidayat yang berjaya mengalahkan rakan senegaranya, Simon Sontoso dengan mata 21-15, 21-19 tadi. Sebagai pengetahuan, Chen Long pernah mengalahkan Chong Wei dalam Terbuka India 2009 tetapi dalam perlawanan yang baru saja tamat tadi jelas menunjukkan Chong Wei amat selesa di gelanggang dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menundukkan Chen Long di peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2011.

Walaupun ketiadaan Lin Dan yang selalu dinanti-nantikan peminat badminton untuk melihat dia beraksi, aku yakin persembahan antara Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat juga tak kurang hebatnya. Esok, perlawanan badminton Terbuka Malaysia 2011 peringkat akhir akan berlangsung seawal jam 2 petang di RTM1 dan juga Channel 801 Astro Arena.

Hanya selangkah saja lagi untuk Datuk Lee Chong Wei merebut USD30,000 sebagai juara Terbuka Malaysia 2011 ini nanti sekaligus menjadikannya juara kali ke-7 dalam pertandingan ini. Harapnya tiada kecederaan yang dialami Datuk Lee Chong Wei sebagaimana yang dialami oleh Lin Dan yang dikatakan sengaja membuat alasan untuk menarik diri bagi memberi laluan kepada rakan senegaranya, Chen Long untuk memungut mata ranking BWF.

Tahniah dan good luck kepada Lee Chong Wei ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 15 comments… read them below or add one }

arrizz January 25, 2011 at 11:46 pm

akhirnya memang gak DLCW..tapi still tak dapat pecah dominasi China yang rangkul 4 dari 5 gelaran..macam mana tue..

Reply

Amirez January 26, 2011 at 5:05 pm

china semua nak sapu huhu

Reply

arrizz January 26, 2011 at 8:31 pm

yang menang perseorangan lelaki tue pon cina gak..hehe

Reply

Amirez January 27, 2011 at 12:39 am

a’a ek..semua cina hehe. bila melayu nak bangkit semula ni?

Reply

zik January 23, 2011 at 5:43 pm

kejap lagi… tengah tunggu match dia nie.. huhu..
zik´s last [type] ..Mengapa kita sukar untuk menyimpan duit setiap bulan

Reply

Amirez January 23, 2011 at 5:48 pm

aku dah tertido depan tv dah tadi. tunggu dari pukul 2 huhu.

Reply

akubiomed January 22, 2011 at 11:50 pm

Confirm DLCW boleh tapau Taufik :-)
akubiomed´s last [type] ..Perkongsian antara Yahoo! dan Bing menaikkan kualiti trafik blog

Reply

Amirez January 22, 2011 at 11:57 pm

Taufik sendiri pun mengaku dalam berita tadi hehe

Reply

ARieF January 22, 2011 at 10:47 pm

wah..
final taufik vs lee chong wei..
komfem esok sengit..
tapi mintak2 lee chong wei mnang

Reply

ARieF January 22, 2011 at 10:44 pm

wah..
final taufik vs lee chong wei..
komfem esok sengit..
tapi mintak2 lee chong wei mnang
ARieF´s last [type] ..INSANE – KISAH SEBUAH HOTEL ANGKER

Reply

Amirez January 22, 2011 at 10:46 pm

sengit dan menarik..itu yg kita harapkan :)

Reply

eMMe January 22, 2011 at 8:06 pm

tahniah chong wei, kalo lwn lin Dan, agaknye…leh ke final tak? Lin Dan saje je letak Chen Long lawan dgn Chong Wei kan…
eMMe´s last [type] ..Tak Sedar Dah Malam…

Reply

Amirez January 22, 2011 at 9:32 pm

kalau prestasi chong wei sebagus tadi mungkin ada harapan kalahkan lin dan. tadi nampak macam dia sekadar main-main je

Reply

Al January 22, 2011 at 8:05 pm

mmg mnarik permainan Chong Wei td
sume serba menjadi
mata akhir pon lawa je

yg dekat nk abis tu
x sangka dia blh amik lg lps da jatuh atas gelanggang tu
cayalah Chong Wei!
Al´s last [type] ..Mainan Budak-Budak Dulu Kala- Main Wau

Reply

Amirez January 22, 2011 at 9:31 pm

a’a, yg tu memang menarik sangat2. siap berjoget lagi sebab puas hati yang amat. harapnya dalam pertemuan dengan taufik esok banyak aksi menarik yg diorang akan tunjuk

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: