
Akhirnya USD30,000 milik Datuk Lee Chong Wei setelah memenangi Pertandingan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemenangan kali ke-11 ke atas Taufik Hidayat tadi dalam 17 pertemuan menjadikannya juara buat kali ke-7 Super Series Terbuka Malaysia dengan durasi masa 37 minit.
Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei. Mesti lega rasanya sepanjang perjalanan ke KLIA malam ni untuk bertolak ke Seoul pula bagi menyertai Terbuka Korea 2011 yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Januari nanti. Lin Dan, semestinya menanti-nantikan kehadiran Chong Wei di sana.
Secara peribadi, persembahan Chong Wei hari ni kurang menyerlah berbanding semalam ketika dia menentang Chen Long dalam pertemuan separuh akhir yang mana jelas terpapar keselesaannya di atas gelanggang dan juga keyakinan yang tinggi. Hari ni nampak lebih santai dalam set pertama. Set kedua pula nampak sedikit kelam-kabut bermula dari pungutan mata ke-18. Sempat pula buat aksi kelakar memalingkan badannya terlalu awal sebelum Taufik membuat pukulan half court. Tergelak aku dengan kata-kata pengulas perlawanan di TV1 tadi. Katanya, Chong Wei yang dahulunya seorang yang pemalu, tapi sekarang dah pandai buat kelakar dan loyar buruk hehe.
Chong Wei menang dengan mata 21-8, 21-17 dengan tepukan serta laungan gemuruh daripada penyokong-penyokong badminton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil sejak dari pukul 2 petang lagi. Aku pun tertunggu-tunggu juga kemunculan Chong Wei sejak pukul 2 sampaikan tertidur atas sofa bersebelahan dengan kucing mertua aku. Kalau tahu pukul 6:15 petang baru nak mula, lepas Zohor tadi mungkin aku sempat keluar bersiar-siar kat Kota Bharu dulu makan angin hehe.
Taufik Hidayat nampak kurang bertenaga hari ni tapi smash kencang dia tadi memang patut dipuji. Smash Chong Wei pula nampaknya semua macam kurang padu. Apa-apapun tahniah buat kedua-dua pemain.
Taufik Hidayat memang jenis macam tu. Ada time dia nak main bersungguh-sungguh memang nampak ganas giler smashnya. So, kalau menurut pemerhatian bro fight malam tu x berapa best. Rasanya memang TH tak bagi 100% kesungguhan lah. Alasannya hanya TH saja yang tahu kenapa?
Entri Terbaru Idea Lampu » Rahsia Penggunaan Gambar Gimik Dalam Artikel Blog
dia pun salah sorang yg main ikut mood selain hafiz hashim
lain kali jangan bagi la
Lin Dan bertanding.selalu
nak tarik diri.
Tahniah Lee Chong wei.
bagus juga cadangan taufik mintak dia dikenakan tindakan sebab tarik diri tanpa alasan kukuh
tahniah, tapi aku tak puas hati ah lin dan tarik diri.
ramai tak puas hati..tapi itulah perangai lin dan sejak dulu huhu
tahniah buat dato’ lee chong wei. walaupun tiada saigan sebenar, jji dapat kekal sbgi pemain no.1 dunia.
Entri Terbaru Mohd Isa » Tarikh Penting Projek Akhir Tahun
kempunan juga nak tengok chong wei beraksi dengan lin dan. tunggu terbuka korea ni pulak
tahniah pada beliau.. tapi sayangnya walaupun no.1 dunia dan negara.. masih tak boleh kalahkan lin dan…
itu pentingnya misbun untuk latih dia lagi…
alaa dok asrama..terlepas tengok..baca news n kat blog bro nie jer..aku agak kecewa sikitlah lin dan tarik diri..terfikir lak apa muslihat tersembunyi dia tue..(masalahnya ada ker? haha)
entahlah. banyak spekulasi
barulah betul layak di di gelar datuk… tahniah chong wei
Entri Terbaru mancai » Comment on langkah utama pemasaran internet by hazlan
7 kali juara super series Malaysia,mmg hebat Datuk LCW,sapa leh lawan.
Entri Terbaru saiful » Andainya Aku Seorang Hacker
nampaknya chong wei akan jadi lagenda satu hari nanti
aku pun tunggullah dari pukul 2.. tengok beregu , tengok jadual memang lcw last punya games, budak2 nie cakap dalam pukul 4 lebih, sekali sampai 6.15 lebih gitulah baru start… hurm ..macam kureng sketlah final… sekarang nie terbuka korea pulak.. lindan pun ada main.. tahniah Lee Chong wei..
Entri Terbaru zik » Siapa pencipta Penyangkut baju Hanger
at least kalau tengok tengok jadual taulah juga bila dia lawan. aku igt dia lawan dulu sebelum regu wanita..rupa2nya yg menarik tu letak kat last sekali hehe. kalau aku round2 bandar dulu pun sempat lagi rasanya. terbuka korea ni kalau chong wei menang…fuh…kaya. USD1.2 juta tu
eh, silap info. juara rebut USD90k. itulah, baca berita tak habis haha
thaniah utk lee chong wei..
rupa2 nya lin dan tark diri sbb nak sman tnaga untk korea open.
malaysia open hadaiah xbrape masyuk..
Entri Terbaru ARieF » SECRET – KISAH PIANO DAN MESIN MASA
mungkinlah kot. USD 1.2 juta kan? tertinggi dalam sejarah super series premier
wah
siapalah yang boleh pecah rekod Chong Wei pasnih menang 7 kali terbuka Malaysia
hebat tu
Jangan Lupa Vote Hans Yang Bernombor 10 Di Ruangan Komen Di Sini
Entri Terbaru hans » Bila Dah Bocor Mulalah Rasa Diri Tak Keruan
chong wei perlu 2 kali juara lagi utk pecah rekod 8 kali berturut2 bekas pemain negara dalam terbuka malaysia sebelum ni
wah….kiranya lagi 2 tahun lah Chong Wei kena main
fuh
stamina kena still maintain lah camnih
Korang Ada Petua Hilangkan Masalah Bibir Pucat?Kongsikan!
lagi 2 tahun boleh kot maintain stamina
bukan chong wei dah tua ker?
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
Entri Terbaru Hans » Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
umur 28 tahun kira muda lagilah dalam badminton. maybe bleh bertahan sampai umo 32 atau 35
dah agak chong wei boleh menang..
ehehheeee
Entri Terbaru mie » Warna Warni Pengunjung Blog
lagipun chong wei laju sket daripada taufik. cuma tang smash tu chong wei memang takleh lawan kelajuan smash taufik
aku tgk smlm memang chong wei tersangat cool ketika bermain..
tahniah buat beliau..
Entri Terbaru sazuwi » Manusia Ketika Keadaan Graviti 9
cool and relax
huwaaa!!!! tak dapat tengok tadi. sedey tapi best ar cuz menang.hehehehe.
Entri Terbaru lizz » Opsss- Tercurang Dengan Nuffnang!!
takpe. mesti ada kat youtube tu nanti
Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Super Series Terbuka Malaysia 2011 | Amirez {dot} com…
Akhirnya USD30,000 milik Datuk Lee Chong Wei setelah memenangi Pertandingan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemenangan kali…
Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2011…
Chong Wei menang ke atas Taufik Hidayat dalam final terbuka malaysia 2011…
Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Super Series Terbuka Malaysia 2011 | Amirez {dot} com…
Chong Wei juara Terbuka Malaysia 2011…
yeah, congrats!!! bestlah chong wei!!! hehehe…
Entri Terbaru keyrill eduardo willeyhem » Bruno Mars – Grenade music video
rasanya taufik dah mengalah awal kot sebab semalam kenyataan dia macam tak mampu lagi dah nak kalahkan chong wei