Cincin Pertunangan & RM335.92 Hilang
Hari ni hari yang sangat sangat tidak best. Mood sangat sangat tidak stabil. Pagi tadi demam sebab semalam buat kerja seharian suntuk menghadap komputer hingga bahagian depan kepala rasa berdenyut. Empat kerja nak disiapkan serentak. Akhirnya cuma siap tiga. Lagi satu terpaksa ditunda hari lain, mungkin bukan pada hari ni. Kalau buat hari ni juga confirm dan pasti hasil kerja sangat sangat tidak memuaskan. Hari ni masuk ofis tengah hari dalam keadaan otak masih lemah.
Cincin Pertunangan Hilang
Semalam, lepas selesai menunaikan solat Isyak aku terus meraba² poket seluar mencari cincin yang disimpan sebelum ke toilet. Lima poket seluar jeans hitam diseluk, tapi cincin penuh makna tu takde. Tak cukup poket seluar, empat poket jaket pula diseluk. Pun takde. Menggagau atas meja, selak segala buku dan kertas, takde. Bawah meja, celah kerusi…cincin yang dibeli dari Tomei tu tetap tidak munculkan diri.
Badan menjadi lemah. Terasa seperti kehilangan sebelah tangan. Tidak bermaya. Mulut jadi malas berbicara. Mood muram.
RM335.92 Lesap
Petang semalam dah perasan kenapa duit dalam akaun kurang RM300 lebih. Otak ligat mengimbas apa yang dibeli secara online. Nak kata ada keluarkan sejumlah wang lepas dapat gaji, tak pula. Duit elaun dah cukup banyak untuk disimpan dalam wallet. Takde maknanya nak keluarkan RM300 dari bank lagi.
Tengah hari tadi cuba check Debit Card History, tertera “PREAUTH SALE xxx”…………………….??!! Bila masa pula?? Selidik nama web yang tertera, baru teringat aku pernah mengisi borang untuk menerima sesuatu daripadanya secara percuma. FREE!!! katanya. Kalau takde perkataan FREE tu takkan aku nak masukkan maklumat sewenang-wenangnya. Produk tu free, cuma aku perlu bayar kos penghantaran sahaja. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Maybank Debit Card. Produk tu dah pun aku terima. Duit dalam akaun pun dah ternyata dah didebitkan kepadanya mengikut jumlah yang sepatutnya. Ok.
Yang aku hangin tak pernah pula aku meminta apa² daripada dia. Lagi aku hangin, duit aku dalam bank diambil tanpa keizinan. Maknanya pembayaran berjalan secara automatik daripada akaun bank. Bila² masa saja dia nak request payment, dia boleh ‘tarik’ duit daripada setiap orang yang pernah mendapatkan produk FREE daripada dia. Memang kurang asam jawa betul!! Mana boleh buat macam tu.
Sekarang ni aku tengah berhempas pulas untuk elakkan daripada dia mengambil lagi RM300 lebih pada minggu depan. Mungkin korang tak faham program apa yang aku telah terjerumus ni. Aku nak tunggu kepastian sama ada betul ke RM300 lebih tu diambil secara automatik. Kalaulah betul, baru aku akan reveal siapakah dia dan program apa yang dia jalankan.
Akhir kata, berhati² dengan sebarang urusan di Internet yang melibatkan credit/debit card atau apa saja yang melibatkan aliran wang keluar korang. Lagi² kalau berurusan dengan Mat Saleh, diorang ni banyak muslihat. Hati²….
p.s: hilang cincin boleh dibeli, tapi kalau hilang duit yang diambil setiap minggu secara automatik sape boleh tahan huhu
6 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






wah bagusnya blog dia. thx nurul
[Reply]
salam. singgah ke blog kedai
emas kami ye. tq tuan blog, tumpang laluan k..
.-= nurul´s last blog ..Cincin Emas 916 =-.
[Reply]
fuyo.. boleh ek main tarik duit je macam tu.. nanti update lagi bro pasal bnda ni..
nak tau jugak sape punya angkara…
.-= topo´s last blog ..selamat hari raya korban… =-.
[Reply]
Amirez Reply:
November 28th, 2009 at 7:48 am
ada sistem tertentu kot.
kalaulah betul…maknanya mmg bahaya guna kredit/debit card secara online ni sewenang2nya. dh hantar email kat org tu tp x balas lg
[Reply]
sian ko bro.. malang bertimpa-timpa pulak.. kalau aku ilang rm300 pun dah leh wat sesak jantung nih.. hurm.. pape pun take care bro..
[Reply]
Amirez Reply:
November 23rd, 2009 at 9:55 pm
RM300+ tu huhu…
malam ni aku nak email org tu nak mintak balik duit yg dia ‘curi’
[Reply]