Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1

Pernah tak korang rasa diri korang seksi pada satu-satu masa atau tempat? Ada kajian yang dilakukan oleh orang Barat bahawa seksi itu terletak pada tahap keyakinan diri seseorang. Keyakinan seseorang adalah daya penarik kepada kebanyakan orang. Pendek kata confident adalah seksi, dan lelaki sukakan perempuan yang seksi (confident). Itu lelaki. Kalau perempuan pula? Sama juga. Tapi kali ni bukan tahap keyakinan yang aku nak huraikan. Ini adalah berdasarkan kaji selidik terhadap sekumpulan wanita yang aku buat dalam beberapa bulan lepas.

Kaji selidik ni dilakukan melalui Facebook dan juga forum. Ramai yang beri respon dan pendapat masing-masing. Melalui kesemua respon yang berjaya dikumpul dapat aku simpulkan Ciri-ciri Lelaki Seksi ni terbahagi kepada dua kategori utama iaitu luaran dan dalaman. Perlu diingatkan terlebih dahulu kaji selidik yang aku jalankan ni bukan bertujuan lucah ye. Seksi tidak semestinya bermakna lucah. Kajian ini hanyalah bertujuan untuk menjadi seorang yang sedap dipandang mata wanita. Nak juga tahu apa yang perempuan nampak seksi pada seorang lelaki. Asyik lelaki je nampak seksi wanita je kan hehe.

Dua kategori dapat dipecahkan iaitu kategori Penampilan (luaran) dan Sikap (dalaman) bagi seorang lelaki yang dipandang seksi. Kita tengok hasil kajian bagi kategori Penampilan dulu:

Daripada graf kat atas ni memang jelas kebanyakan wanita sukakan lelaki yang berbadan agak tough. Tapi tough yang dimaksudkan bukanlah badan tegap seperti Mr. Universe. Kebanyakan wanita tidak berapa suka lelaki yang terlampau tegap. Tough yang dimaksudkan adalah berbadan tegap sederhana dengan dada yang bidang. Ramai yang cakap bentuk tubuh badan macam Aaron Aziz atau lebih dikenali sebagai Seth Tan dalam drama Nora Elena yang biasanya menjadi idaman para wanita yang disoal-selidik. Kalau ada six packs sikit lagilah diorang suka. Itu pandangan kebanyakan wanita yang ditanya. Lain orang lain taste ;)

Sama juga dengan ketinggian. Kebanyakan wanita lebih suka lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Lelaki yang lebih tinggi biasanya dapat digambarkan sebagai lelaki penyelamat. Kebanyakan wanita suka berada dalam dakapan lelaki. Atas sebab itulah lelaki yang lebih tinggi selalunya menjadi pilihan, lagi-lagi yang berdada bidang. Tapi tak semestinya juga. Kalau semua pegang statement ni kesianlah kepada suami yang lebih rendah daripada isterinya hehe. Ada juga orang kata jodoh lebih panjang jika si isteri lebih tinggi daripada suami. Wallahualam.

Tang punggung tonggek lelaki ni jawapan yang paling aku tak sangka. Bukan lelaki je yang suka tengok punggung perempuan, wanita pun tak terkecuali hehe. Punggung gebu macam kuih pau yang jadi idaman kebiasaannya macam striker Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha kata diorang hehe. Punggung yang agak tonggek ni kata diorang sedap dicubit ataupun ditampar manja. Jadi lelaki yang berpunggung agak leper tu bolehlah buat senaman membesarkan ‘bumper’ kasi mantap sikit hehe. Untuk isteri juga :P

Bontot Shahrul Idlan Talaha

Wanita sinonim dengan sifat pembersih dan sifat pembersih itu telah diajar oleh Islam sejak dari akil baligh lagi. Jadi tak mustahil wanita pun inginkan lelaki yang bersih dari segi penampilan, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Perkara pertama yang akan dipandang semestinya pakaian. Lelaki yang suka pakai selekeh kuranglah sikit harapan untuk dipandang wanita. Sama juga dengan kebersihan muka termasuklah mulut. Bau mulut yang segar, misai dan janggut diandam rapi dan kulit muka yang bersih tanpa jerawat. Wajah yang berkumis pun ramai wanita yang suka. Nampak ciri-ciri seorang lelaki maskulin selain daripada senyuman yang menawan katanya.

Berkenaan dengan gigi pula, gigi yang putih bersih dan tersusun dapat mempamerkan senyuman yang sangat manis lagi menawan. Jika senyum gigi kuning, hati yang mula-mula tadi berbunga kembang boleh terkuncup balik hehe. Elakkanlah merokok supaya gigi tak berkarat. Terlalu rendah peratusan wanita yang suka lelaki merokok.

Graf kat atas ni sekadar tambahan. Bau badan lelaki pun main peranan sebagai daya penarik keseksian seorang lelaki. Bau badan ni sebenarnya boleh diubah melalui tabiat pemakanan. Tak semestinya orang yang berbadan besar je yang berbau kurang enak. Tapi kalau berbau juga rajin-rajinlah guna minyak wangi atau deodorant.

Ramai juga wanita yang kurang menganggap lelaki berkulit cerah sebagai seorang yang seksi. Kulit sawo matang bak lelaki Malaysia juga yang jadi pilihan. Petanda bagus kepada kita yang berada di Malaysia. Hakikat yang sebenarnya kebiasaan wanita kurang selesa dengan pasangannya yang berkulit lebih cerah daripada dirinya sendiri. Tapi wanita berkulit tak berapa cerah pun cantik juga. Hitam manis kata orang. Kalau hati tu bersih, kulit yang agak gelap pun orang nampak cerah. Setuju?

Lelaki yang berbibir merah nampak lebih seksi daripada bibir yang agak gelap. Kata diorang nak cium mulut rasa lebih sedap. Boleh tahan jugak diorang ni haha. Sama point dengan gigi tadi, elakkan merokok kalau nak selalu dicium isteri dengan janggut sejemput sebagai bonus ;)

Ok sekarang kita fokus kepada ciri-ciri lelaki seksi melalui sikapnya pula ataupun melalui ciri-ciri dalaman dirinya. Ini sebenarnya yang aku nak fokuskan memandangkan ciri-ciri luaran hanyalah bersifat sementara manakala ciri-ciri dalaman ni akan kekal sampai bila-bila.

Daripada pie chart di atas dapat disimpulkan secara kasar bahawa lelaki yang bersikap cool lebih menjadi pilihan para wanita. Cool seseorang itu berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing. Rasanya tak perlu dihurai lanjut sebab ianya bersifat agak subjektif.

Selain daripada itu lelaki yang bijak atau mempunyai pengetahuan luas lebih diminati. Secara ringkasnya pandai dalam kebanyakan perkara, sama ada teknikal ataupun perancangan. Lumrah lelaki mempunyai kelebihan merancang berbanding wanita yang selalunya lebih kepada persediaan dalam sesuatu perkara.

Peratusan lain seperti romantik, menghormati orang lain terutamanya orang tua dan juga sikap gentleman itu semua adalah antara sikap-sikap biasa yang selalu diidamkan oleh seorang wanita yang perlu ada pada diri seorang lelaki pilihan mereka.

Secara kesimpulan hasil daripada kaji selidik sekumpulan wanita dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri fizikal bukanlah menjadi point utama keseksian lelaki pada pandangan wanita. Majoriti memandang lelaki yang seksi pada sifat-sifat dan sikap yang ada pada diri lelaki itu sendiri. Wajah kacak, dada bidang dan macam-macam lagi ciri-ciri fizikal hanyalah bonus. Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa sikap atau sifat yang positif dalam diri seseorang itu mampu lahirkan daya penarik kepada sesiapa saja yang memandang. Maksud memandang adalah dengan pandangan mata hati. Lain pula dengan orang yang memandang dengan pandangan hawa nafsu atau pandangan mata saja.

Dalam bahagian kedua nanti akan disenaraikan beberapa lagi Ciri-ciri Lelaki Seksi sebagai penguat kepada point lelaki seksi dari segi dalaman atau sikap.

38 thoughts on “Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1

  1. bagi sayelah kan lelaki yang sexy tu tehehe (malu seh) punggung berisi, perut buncit siket, pastu kepala botak, clean shaved, wangi, dan gigi bersih…ttg muka huduh ke tak tu tak kisah… ade ke blogger gitu ek? huhu bulih buat suami pastu sama2 blogging kah! adeh
    Entri Terbaru Cik Kuntum » Facebook Medium Sihir

    • haha. jangan terkejut, orang yg bijak tak semuanya disukai orang lain. salah satu sebabnya org yg bijak ni kadang2 sikapnya kurang menyenangkan. org yg bersikap cool selalunya menyenangkan orang lain :)

  2. Wanita zaman sekarang lebih tengok luaran daripada dalaman. Tapi sesetengah perempuan, menilai seorang lelaki dari dalaman dulu baru luaran sebab mereka berpendapat walaupun luaran tegap, sasa, kacak dan sebagainya tak menjamin apa-apa pun….

    Sekadar pendapat
    Entri Terbaru Sobri Mansor » Wordless Wednesday #5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge