Cuci Kamera Dengan Mesin Basuh

Cuci Kamera

Bila tengok gambar ni mood sedih saya datang balik. Kejadian ni dah berlaku lebih kurang seminggu yang lepas. Masa tu saya nak masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Entah macam mana saya boleh terlupa yang saya terletak cik Canon IXUS ni kat dalam beg laundry. Patutlah bila mesin basuh tu tengah pusing-pusing masa nak timbang berat pakaian ada bunyi something yang mengetuk-ngetuk drum kat dalam. Tapi disebabkan saya sibuk fikirkan benda lain masa tu, saya abaikan je bunyi pelik dalam mesin basuh tu.

Lebih kurang 50 minit lepas tu bila keluarkan pakaian dari mesin basuh, ALAMAK!! rupanya bunyi pelik tu adalah cik Canon IXUS yang meronta-ronta mintak dikeluarkan awal-awal tadi huhu. Kenapalah saya cuai sangat masa tu. Sibuk punya pasal.

Seharian juga saya jemur kamera dengan bateri kat luar, tapi bukan direct bawah mataharilah. Lepas dua hari baru saya try on, tapi tak hidup. Bateri pulak bila caj memang masuk tapi kejap je…kong sangatlah tu agaknya. Bateri tak kisah, kalau beli pun taklah semahal body kamera. Kamera ni kalau repair maunya senilai dengan beli yang baru. Lagipun kamera yang hampir setaraf dengan Canon IXUS sekarang ni pun harganya dah agak murah. Mujurlah memory card tak rosak, selamat gambar-gambar kat dalam tu yang saya tak sempat nak transfer ke komputer lagi.

Sekarang ni Canon IXUS sekadar jadi barang perhiasan tepi meja komputer saya…

P/s: Kalau nak cuci kamera bukan begini caranya huhu

25 thoughts on “Cuci Kamera Dengan Mesin Basuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge