Demam Tumbuh Gigi

Alhamdulillah. Tiada yang dapat gembirakan hati ini selain melihat anak saya yang baru saja kebah daripada demam panas lewat tengah malam semalam. Seronok bila dapat tengok anak saya sorang ni dah kembali ceria dan aktif seperti sebelumnya. Ayah lelaki kacak mana yang tak risau bila anak sakit.

‘Iffah mula demam sejak malam dua hari lepas lagi. Sebelum tu ‘Iffah selsema agak lama, lebih daripada tiga hari. Mungkin berjangkit dengan saya semasa saya demam panas campur selsema baru-baru ni. Proses berjangkit tu bukan berlaku secara terus. Lepas saya baik, isteri saya pula yang demam. Lepas isteri saya dah kebah barulah ‘Iffah pula yang mula selsema. Hingus selalu meleleh dari hidung. Yang saya geram bila jiran rumah pengasuh anak saya ajar lap hingus dengan lengan. Korang faham kan? Bila lap dengan lengan habis meleret hingus tu sampai ke pipi. Patutlah ‘Iffah selalu lap hingus dia dengan lengan. Pelik juga mana dia belajar cara comot macam tu sedangkan saya dengan isteri selalu lap dengan kain. Nak tegur jiran tu kalau tak kena cara lain pula jadinya nanti. Jadi saya guna cara halus – bagi kain lap hingus kat pengasuh anak saya. Mujurlah ‘Iffah cepat faham. Sekarang ni dia tak lap hingus dengan lengan dia lagi dah.

Kesian juga tengok ‘Iffah yang tak selesa bila nak tidur. Kadang-kadang dia menangis secara tiba-tiba. Bila dia menangis tu ternampaklah dua batang gigi geraham kiri kanan bawah mulut anak saya ni. Patutlah demam, demam sebab tumbuh gigi. Maknanya ini demam biasa bagi bayi. Risau juga takut kena demam panas ni. Teruk sangat boleh efek kepada otak. Mintak dijauhkanlah daripada ujian tu.

Ngam-ngam usia ‘Iffah setahun setengah pada 14 Mei lepas dia tumbuh dua batang gigi geraham. Jadi sekarang ni dah ada 9 batang gigi dah. Gigi kacip ada 4 batang kat bahagian atas, 3 batang kat bahagian bawah. Gigi geraham setakat ni saya cuma nampak 2 batang kat bahagian bawah tapi isteri saya kata kat bahagian atas mulut pun dah macam nak tumbuh gigi geraham dah. Gusi bahagian tu dah macam nak pecah. Kalau korang nak baca info tentang gigi saya amat sarankan korang pergi ke blog Ibu Hamil ni. Sangat informatif.

Bacaan termometer digital yang isteri saya beli tahun lepas menunjukkan suhu badan ‘Iffah dah cecah 38°C. Patutlah panas. Bila bawak ke klinik pagi esoknya doktor kacak tu cakap suhu ‘Iffah dah naik ke 39°C. Tapi ‘Iffah ni tak nampak macam demam pun. Demam-demam pun mulut bising sama macam umminya hehe. Cuma mata dia je nampak layu sikit.

bayi demam tumbuh gigi

 

Sekarang alhamdulillah, suhu badan dah turun ke 36°C. Mujurlah ‘Iffah tak demam semasa ke Kuala Terengganu dua hari minggu lepas. Tapi kalau demam pun rasanya boleh serta-merta sihat kot. ‘Iffah ni pantang naik kereta atau pergi bercuti, gembiranya lain macam sikit hehe. Sama macam umminya jugak.

«
»

This Post Has 16 Comments

  1. titan says:

    biasalah tu..nama pun tumbuh gigi..
    Entri Terbaru titan » Lelaki Kacak dan Gunung Kinabalu

  2. hatiputera says:

    kembar aku mengalami demam jugak dua tiga hari,,macam nak tumbuh gigi jugak,,,tapi dah semakin baik sekarang..
    Entri Terbaru hatiputera » LELAKI YANG KACAK LEBIH SAYANGKAN ANAK

  3. akubiomed says:

    Comel anak bro. Kalau dia lincah ketika demam tak apa jangan demam terus jadi pasif itu lebih dibimbangi. Anak-anak kecil kalau demam tidak boleh dibiarkan dan perlu dibawa rawatan segera.
    Entri Terbaru akubiomed » Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve

    • Amirez says:

      betul tu bro. risau juga kalau pasif. atas sebab itulah saya elakkan dia daripada beberapa perkara yang mungkin orang lain tak faham dengan tindakan saya ni. nak cerita secara umum takut ada yang kecil hati nanti.

  4. nurqider says:

    aku tak sempat kira gigi si kembar..tau2 je dah penuh..skang ni dok bebel soh berus gigi..anak demam memang risau,pastu paling bengang bila bwk jumpa doc,doc rilek2 je..aduh..

  5. chii says:

    alalal..semakin comel la iffah pasni dengan senyuman yang menampakkan giginya..=)
    Entri Terbaru chii » Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

  6. Izzuddin Fauzi says:

    Risaunya anak demam… Siapa tak sayang anak kan :D Hehehe ;D
    Entri Terbaru Izzuddin Fauzi » Lelaki Kacak Kaki SEO

  7. Shahrul says:

    Kita sebagai parents mesti teruja kan bila tengok perubahan si kecil masa dia membesar…(teringin pula nak anak lagi sorang lagi :D )
    Entri Terbaru Shahrul » Pelaksanaan Gaji Minimum Bercanggah dengan Hukum Islam?

  8. owh..hope dah sihat lepas ni.. :)
    Entri Terbaru Jebeng Otai™ » One Piece 667

Leave A Reply





CommentLuv badge