Feb 23, 2009

Diganggu Makhluk Halus

  • Share
  • Share

Salam Isnin. Selalunya hari Isnin ni ramai yang lesu sebab ia permulaan kerja kita. Bagi yang bekerja, selalunya kerja tu agak slow nak disiapkan pada hari Isnin eheh. Bagi pelajar sekolah pulak, nak mengadap muka cikgu pun tak berapa lalu hari² Isnin macam ni. Tapi aku hari ni cukup bersemangat dan ceria haha. Sebabnya…bos bagi cuti eheh.

Bukan suka² bos bagi cuti hari ni. Bos nak suruh staf² yang handle program sejak Jumaat lepas sampai petang Ahad semalam rehat secukupnya. Mana taknya, malam pertama (bukan untuk orang kawen) kat tempat program dah diganggu makhluk halus. Bukan satu, tapi banyak. Bukan aku seorang, yang lain² pun kena kacau. Tapi rasanya aku paling kuat kena bermula pukul 3 pagi.

Kisah bermula…

Dipendekkan ceritera, usai aktiviti malam sekitar pukul 11:30 kami semua mengiringi peserta² kem ke kantin untuk supper. 12 malam, semua ke bilik masing². Bilik kami bukanlah bilik yang sebenar-benarnya bilik. Pihak penganjur tak sediakan bilik khas untuk kami. Mungkin mereka sangkakan kami akan sediakan sendiri tempat untuk menginap. Tapi takpe, kami tak kisah kat mana kami lelap, asalkan kem yang dijalankan cukup mantap.

Kami baring di tempat yang difikirkan selesa, terlindung daripada silauan lampu kalimantang. Berbalutkan baju sejuk dan berselimutkan kain pelikat. Sekitar 1 pagi, kami semua tidur…sehinggalah…

Aku terjaga. Kerling ke arah jam tangan di sebelah telinga kiri, pukul 3 pagi. Suasana sekeliling agak sunyi. Tetapi kedengaran bunyi kurang enak selang 5 minit. Aku makin susah hendak tidur. Harap² tidak diganggu. Kalaulah ada selimut besar rasanya lebih selamat nak tutup seluruh badan dari kaki sampai ke kepala. Biarlah panas, asalkan tidak diganggu.

Tapi malangnya kain pelikat aku digunakan hanya untuk membalut badan yang masih kesejukan walaupun dah pakai baju sejuk. Kaki terdedah. Baru mata nak terlelap, kaki aku terasa seperti dicucuk². Puas di kaki, tangan aku pula jadi sasaran. Tak tahan dengan gangguan, aku bingkas bangus lalu kibas² badan menghalau makhluk halus bernama nyamuk itu. Barulah lena sikit nak tidur eheh.

Budak² kem pulak entah apa mimpi datang pukul 4 pagi ramai². Dah pesan semalam datang pukul 5:30 pagi ke surau. Dah la kitorang tidur kat surau. Kalau diorang dah ramai² kat situ, terganggulah tidur kitorang. Kalau tidur tempat lain, bolehlah lewat² sket nak bangun haha. Kacau betullah. Itu bukan makhluk halus, itu makhluk kasar datang mengganggu huhu.

Malam kedua kitorang marah diorang jangan datang surau sebelum pukul 5:30 pagi. Ubat nyamuk pun dah ada, peserta kem bagi selingkar, tiada lagi gangguan makhluk halus pada malam kedua. Dapatlah tidur dengan aman dan lena.

Sekian…

pixel Diganggu Makhluk Halus

16 Comments

  • hahahahaha hlus sgt ke mhkluk 2…….
    kang tol2 jd mule la

    [Reply]

    Amirez Reply:

    uih..halus sesangat sampaikan ubat nyamuk fumakila tak dapat nak hapuskan diorang :P

    [Reply]

  • kuang hajar hadi..
    aku ngan paklan besungguh baca..
    tetiba citer pasal nyamuk..
    hampes…………………
    bengang ditipu…
    hahahha
    sakit jiwa wey…….

    perindusyahids last blog post..Nasihat khas untuk diriku…

    [Reply]

  • hahahaa .
    abg nie bwat lwak lah .
    igt btol lah , abg kne kcaw dgn hntu kat skolah ktorg nie .
    mmg pon . ta slese lgsong na tido , nyamok kcaw .
    hahahaaa .
    cian abg kne kcao dgn dak laki an ? ngee .

    [Reply]

  • alahai..gedik sungguh..kene nyamuk sket pon tak leh..hehe

    [Reply]

  • hampes. tertipu tipah. haha..
    tapi kalau kena ganggu makhluk ‘halus’ tu memang x selesa pun nak tdo..

    [Reply]

  • makhluk halus….
    hahaha~

    stereotaips last blog post..mereka mahu berbicara

    [Reply]

  • Nape ko x snap je gmbar makhluk halous tu?????????? Leh ko letak lam blog nih. haha..

    [Reply]

  • suspen jekkkkkk!!!geram btOl!

    [Reply]

  • hehe..ampunnn :P

    [Reply]

  • halus sgt.
    lum smpt aku tukar ke mode macro kamera aku depa dh lari eheh

    [Reply]

  • dah tukar nama ke kak hehe

    [Reply]

  • eleh..ckp org :P

    [Reply]

  • haha..ni makhluk besar dah dtg ke blog abg :P

    [Reply]

  • huhuhu .
    klaka je abg nie .
    tp an mmg kat skolah eyka tu keras pon .
    tp alhamdulillah la tade pape yg jd ouh .
    tp tah knp time kem tu eyka ta t’igt lgsong psl nie , dah lah bnde tu active kat tmpt girls tido . hahahaa .

    [Reply]

  • wahahaha…mesti kusyuk baca :P

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks