Al-Fatihah Buat Allahyarham Din Beramboi
Terkejut pagi tadi bila Jawa Rangers mengatakan tentang pemergian seorang pelawak terkenal tanahair, Din Beramboi, pada sekitar jam 12:30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah sejak Isnin lepas. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri dikatakan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat sejak Allahyarham tidak sedarkan diri hinggalah dihentikan atas nasihat doktor kerana kegagalan buah pinggang dan hatinya untuk berfungsi.
Allahyarham Din Beramboi meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga orang anak pada umur 43 tahun.
Dalam perjalanan menghantar isteri ke Stadium Selayang pagi tadi sempat juga beralih ke stesen radio Era untuk mendengar tentang pemergian Allahyarham Din Beramboi. Kalau dulu, pagi kita diceriakan oleh lawak Allahyarham dalam Drama Sebabak bersama Aznil Nawawi, tapi sekarang Era seakan sunyi lagi sepi. Tak pasti ada atau tidak DJ Era yang kendalikan konti pada pagi ini. Sepanjang aku mendengar Era, hanya lagu dan iklan saja yang ke udara. Mungkin warga Era sedang berkabung atas pemergian Allahyarham Din Beramboi.
Siapa yang tidak kering gusi dengan setiap lawak spontan Allahyarham. Bakat yang ada pada Allahyarham memang susah hendak diganti. Dalam Hot Chat pagi tadi bersama Jawa Rangers, seorang pemanggil yang merupakan kawan rapat dengan Allahyarham Din Beramboi ketika sekolah mengatakan yang Allahyarham memang seorang penghibur sejak zaman remajanya walaupun aktif dalam Persatuan Kadet Polis. Perginya Allahyarham ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan besar buat kita.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Al-fatihah…
Update:
Ini screenshot twitter Allahyarham Din Beramboi sebelum arwah meninggal yang aku dapat dari blog Ladynoe…

Sumber: Hot FM & Berita Harian
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...





