Diperhati Makhluk Halus Ketika Tidur
Sebelum ini aku berpeluang menikmati tidur yang lena di atas tilam yang empuk dan bilik berhawa dingin seperti hotel di Glory Beach Resort. Tetapi dua hari lepas aku tidur bertilamkan karpet berbantalkan beg baju di atas lantai simen. Bangun pagi sekitar 4:30, terasa badan seperti ditumbuk² 10 orang lelaki gagah perkasa. Apa nak buat, semua orang berkorban. Korban keluarga, korban masa, korban tilam, korban tidur yang lena malah berkorban Internet dan blog.
Dua hari satu malam aku di sebuah sekolah di kawasan Bandar Kinrara bermula pada 1 Ogos yang lepas. Kami terdiri daripada empat jejaka kacak dan empat srikandi sunti hadir ke sekolah tersebut untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab kami. Suasana sekolah kelihatan seperti tiada apa² yang menakutkan sehinggalah malam berkunjung tiba.
Empat srikandi kami menginap di bilik kaunseling yang kami rasa agak selesa dan baik untuk mereka. Manakala kami jejaka tampan memilih untuk melenakan mata di dalam dewan beralaskan karpet dan tikar. Jam 1 pagi kami mula melelapkan mata. Alunan zikir Syamil dipasang sebagai terapi lelap kami. Tidur kami agak nyenyak sehingga pukul 2:30 pagi.
Aku terjaga. Terasa seperti dikejut seseorang. Aku yang berada di paling kanan antara rakan² memandang tiga kawan yang lain sedang lena dibuai mimpi. Aku memandang ke arah pintu hadapan yang terletak hampir 10 meter dari tempat kami tidur, tiada apa². Begitu juga dengan pintu belakang sejauh 5 meter dari kami, tiada siapa². Aku berpaling ke arah Hassan di sebelah kiriku untuk cuba lelap. Tetapi hati rasa sangat gelisah. Seperti ada sesuatu yang mengganggu. Kucuba lelap, tapi tak berjaya. Jantung berdebar² agak laju. Tak semena² bulu romaku sedikit naik. Aku cuba mengalunkan zikir yang dialunkan oleh Syamil dengan tiupan serunai yang sangat syahdu menusuk kalbu, namun hati ini masih lagi gelisah tidak tentu arah. Seketika kemudian terasa seperti ada sesuatu menghampiri belakangku tanpa kedengaran bunyi tapak kaki. Aku cuak. Dalam fikiranku hanya memikirkan ‘sesuatu’ yang dilihat oleh seorang pelajar perempuan pada Maghrib tadi. Ingin saja aku mengejut Hassan dek perasaan yang kacau bilau menghantui diri. Tapi kasihan pula bila melihatkan dia sedang tidur dengan lena.
Kopiah putih diambil dan menutup mataku. Fikiranku dikosongkan. Kemudian aku tersedar dengan ketukan pintu hadapan oleh beberapa orang pelajar perempuan yang sudah bersiap sedia datang ke dewan untuk Qiamullail. Kami bingkas bangun terus menuju bilik air mempersiapkan diri. Peristiwa malam tadi tidak pula aku ceritakan kepada rakan² yang lain sehinggalah Ridhuan bersuara pada tengah hari sebelum bergerak pulang ke rumah.
Rupa-rupanya bukan aku seorang yang terasa gelisah. Ridhuan dan Azuhan juga sama. Kata Ridhuan, sekitar 3 pagi dia terasa seperti ada seseorang atau mungkin sesuatu datang masuk ke dewan tempat kami menginap. Manakala Azuhan pula merasa gelisah yang amat dan banyak kali terjaga dari tidur. Kami bertiga mengalami pengalaman yang sama pada malam itu. Hanya Hassan saja yang tidak di’ganggu’.
Aku teringat cerita seorang pelajar perempuan yang mempunyai anugerah untuk melihat wajah makhluk halus dengan mata kasarnya. Katanya, sewaktu aku sedang menunaikan solat sunat pada Maghrib malam sebelumnya bersebelahan dengan tingkap di barisan belakang, dia ternampak satu raut wajah seakan² manusia tetapi seperti kabus putih berada di balik tingkap bersebelahan dengan tempat aku berdiri qiam. Dia menceritakan ‘orang itu’ pada keesokan hari sebelum perasmian majlis penutup.
Betullah kata Ustaz sekolah tersebut. Memang wujud ‘sesuatu’ di kawasan sekitar kantin sekolah. Kebetulan pula dewan kami agak dekat dengan kantin. Walau apapun ia, tidak perlulah untuk kita merasa takut. Tidak ada hantu yang boleh mencederakan kita. Bak kata pakcik Meor semasa di Glory Beach Resort yang mempunyai pengalaman menangkap hantu dan ahli kepada satu pasukan pencari hantu ala² Seekers, hantu ini hanyalah satu bentuk tenaga yang tidak mempunyai rupa. Memang betul, dulu belajar sains di sekolah, tenaga ini tidak mempunyai sebarang bentuk fizikal. Kenapa orang kadang² boleh melihat pocong, hantu galah, hantu raya dan sebagainya? Itu kerana fikiran manusia itu sendiri yang membentuk hantu tersebut.
Kata pakcik Meor, hantu yang dalam bentuk tenaga itu boleh berubah mengikut apa yang kita fikirkan. Buktinya, kenapa hantu orang Melayu tidak sama dengan hantu orang Cina? Kenapa pula hantu orang India tidak sama dengan hantu dari Barat? Seperti hantu² ini mempunyai bangsanya seperti manusia. Itulah bukti. Apa yang dikatakan Uncle Seekers dulu ada benarnya juga walaupun dia bertindak kurang ajar dengan Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah dalam rancangan Tanya Linda di Astro.
4 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...







haha. okey lah tu, ade orang nk rasa x dpt.
abg lahir kat likas? syaz tggl dkt2 dgn likas dlu.
[Reply]
Amirez Reply:
December 10th, 2009 at 4:13 pm
a’a.
abg lahir kat penampang, hosp. queen elizabeth.
penah g stadium likas sekali ikut mak handle sukan skolah dia
[Reply]
as’salam.
apa yg syaz nmpk mgkn sekadar khayalan tp mgkn juga betul2 jadi.
ALLAH jea yg tau. tp iblis dan syaitan btul2 wujud kan??
btw, hospital Likas Kota Kinabalu Sabah??
[Reply]
Amirez Reply:
December 2nd, 2009 at 12:45 pm
mungkin kot.
tp yg hairannya 3 hari dapat rasa serentak.
a’a..nape dgn hospital likas?
sy lahir kat situ
[Reply]