Diriku Kini Milik Orang

Cheyyy…tajuk entri tak boleh tahan haha. Terasa leher aku takde halkum pulak. Apa pun tanggapan korang, aku masih lelaki sejati haha. Ops, lupa. Apa khabaran korang semua? Masih sibuk memenuhkan perut dengan daging kenduri? Bawak bertobatlah korang kalau sehari pergi kenduri sampai 6 buah rumah eheh. Tapi kalau dah dapat jemputan, takkan nak tolak kan? Pernah aku terbaca…a’a ter…eheh…yang undangan mahupun jemputan kenduri kawen ni wajib kita hadiri. Sama ada betul atau tak, korang tolong check ye.
Seperti yang sudah diketahui umum…haha…perasan…kini aku sudah bergelar suami. Kepada wanita-wanita jelita lagi menawan dan rupawan serta hartawan di luar sana, borang permohonan telah ditutup eheh. Aku tak nak sebut tentang poligami, sebab ia adalah satu perkataan taboo bagi si dia dan juga kebanyakan wanita di dunia yang fana ini eheh. Tambahan nasik tambah pula si dia ada kat sebelah neh. Maunya dilanyak aku cukup-cukup sampai jadi lempeng bila aku sebut pasal poligami. Sungguh tidak munasabah menyebut perkataan itu dalam usia perkahwinan yang masih lagi baby. Ingat korang yang berhalkum, ‘poligami’ adalah taboo ye…melainkan diberitahu mereka sendiri eheh. Berapa banyak eheh daa dalam perenggan ni…
‘Kerjaya’ sebagai seorang husband ni bukan boleh diambil enteng. Kalau dulu kita hidup di bawah bimbingan dan peliharaan mak ayah kita. Tapi selepas ijab dan kabul, kita seharusnya sudah mulakan untuk hidup berdikari. Bukan seorang diri, tapi menanggung seorang wanita yang menjadi pelengkap tulang rusuk kiri kita. selepas 9 bulan atau lebih, bersedialah untuk memikul satu lagi tanggungjawab, menjadi suami dan ayah. Kawen bukan sekadar keseronokan. Kawen juga bukan sekadar menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Ececeh, bercakap macam Saifulislam lak hehe.
Ada bunyi kegembiraan tak dalam entri aku kali ni ceyyy…haha. Orang baru kawen biasalah kalau senyum kambing sampai ke cuping telinga. Selalunya kegembiraan itu hanya sementara…bagi pasangan yang tak menjaganya dengan baik. Aku berharap rumahtangga yang aku bina dengan si dia ni akan terus dilimpahkan nur daripadaNya dan bahagia selalu. Kena banyakkan membaca buku-buku motivasi kekeluargaan sebagai panduan. Tak boleh juga ikut akal kita je. Tak semestinya yang kita fikir betul, betul bagi orang lain. Selalunya lelakilah yang selalu fikir macam ni. Ego tak habis habis. Aku pun sama. Jadi sama-samalah kita korbankan sikit ego tu kalau nak rumahtangga terus kekal bahagia. Wah wah, macam Dr. Fadhilah Kamsah pulak kali ni haha.
Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan yang berpanjangan, insyaAllah.
15 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






ekceli tgh google something else, tersampai ke sini.
alang-alang dah sampai, aku nak wish tahniah dan selamat pengantin baru (maybe dah terlewat..tapi takpe kut..hehe)
.-= FTNer´s last blog ..Kalau Ke Kemaman, Jangan Lupa Singgah Makan Otak-otak..Nanti jadi Pandai =-.
[Reply]
Amirez Reply:
March 19th, 2010 at 9:44 am
eheh..thx for dropping by
takpe..walaupun dh agak lewat…
tapi seri pengantin baru masih terasa haha..
inai pun x ilang lagi ni eheh
thx so much…
[Reply]
Jom Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Disini Agar Anda Kelihatan Lebih Kacak Dan Segak…..Jangan Segan2..Milikilah Badan Impian Anda Bermula Disini…
[Reply]
Amirez Reply:
March 11th, 2010 at 10:06 pm
owh. ok. thx
[Reply]
mungkin aku lambat.. tapi nak ucap jugak.. tahniah!!
.-= menteil´s last blog ..Jangan Hisap Rokok Kalau… =-.
[Reply]
Amirez Reply:
March 11th, 2010 at 10:03 pm
takpe. thx menteil
tunggu turn hang lak eheh
[Reply]
slm..even da lps ur big day but wish u both congrate!!..smoga berbahagia sllu…accidentally jmpa ur blog..=)) -ina uia kuantan-
[Reply]
Amirez Reply:
March 4th, 2010 at 5:07 pm
thx ina. accident ek? nasib baik xde cedera pape eheh.
ina uia kuantan…mcm kenal je…
[Reply]
Enna Reply:
March 11th, 2010 at 12:47 am
hehee yap..kawan ym a.k.a alam maya…ermm .klo xley recall gak..igt dubai..ehehh..=P
[Reply]
Amirez Reply:
March 11th, 2010 at 10:00 pm
igt2 dh. igt dubai..igt fiq (bkn sama sebenar) eheh.
thx for dropping by
ni aku baru leh komen kat hang..byk gila nak wish:
pertamanya,takziah dengan pemergian bonda hang.sungguh aku cuma tau bila buka blog ja,fb aku bersawang2 tak buka..aku dulu penah fobia dekat2 nak kawen,sbb one of kawan aku pun kehilangan mak dia seminggu sblm dia kawen (kenduri dia dekat2 ngan kenduri aku,n mak dia tu kawan mak aku),jadi sedikit sebanyak aku leh paham sikit2 perasaan sedih hg tu.
keduanya,tahniah for both of you yang akhirnya selamat diijabkabulkan.maaf sgt2 tak dapat pegi kenduri sbb aku senirik pun tak berapa sehat 2-3 bulan ni which mungkin akan berlarutan couple of months lagi.. (anis,part ni anis musti dpt paham munye ;-p)
ketiga,semoga rumahtangga korang akan sentiasa dilimpahkan rahmatNya,keampunanNya dan kasih sayangNya.sesekali lidah tergigit time lepas kawen ni,lagi jenuh nak ‘tackle’.tapi insyaAllah korang boleh handle punya.cuma satu nasihat best dari bestpren aku punya hubby, ‘expect no expectation’..
sekarang ni istana korang kat mana?
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..I owe you guys =-.
[Reply]
Amirez Reply:
March 4th, 2010 at 5:05 pm
thx fie. ramai gak aku dpt berita baru² ni yg bakal pengantin lelaki terima dugaan seperti aku. maybe itu satu ujian sblm bergelar suami…
kedua, thx atas wish hg. tp quote expect no expectation tu mcm pernah dgr je hehe. quote kat buku creative product kalau x silap
istana kami…masih belum ada. cuma bleh dikatakan kat umah pakcik anis kat sg. buloh. tgh cari yg sesuai lg. bila due hang fie hehe
[Reply]
qider @ fie yang comei Reply:
March 5th, 2010 at 1:00 pm
o yaka dari buku?nmpak sgt aku tak baca buku tu muahahah..
aku due hari raya aidilfitri ni insyaAllah..
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..I owe you guys =-.
[Reply]
Amirez Reply:
March 11th, 2010 at 9:56 pm
wah wah..bleh namakan anak hg syawal la nati ek
Diriku Kini Milik Orang | Amirez…
Cheyyy…tajuk entri tak boleh tahan haha. Terasa leher aku takde halkum pulak. Apa pun tanggapan korang, aku masih lelaki sejati haha. Ops, lupa. Apa khabaran korang semua? Masih sibuk memenuhkan perut dengan daging kenduri? Bawak bertobatlah korang kal…