close button


Gempar!! Dua Beradik Dilarikan Pencuri Kereta

Dua Beradik Trauma Dilarikan PenjenayahTajuk utama akhbar hari ni memaparkan kisah dua beradik yang dilarikan penjenayah sekitar 9:20 malam semalam semasa ayah dan ibu diorang ke kedai gambar dengan meninggalkan anak-anaknya yang sedang tidur dalam kereta tanpa menguncinya di Kuala Kangsar. Nurul Fatin Farhana, 17 tahun dan adiknya Siti Haida yang berumur 6 tahun dilarikan sejauh kira-kira 20Km sebelum dibebaskan di satu kawasan sunyi di Liman Kati. Penjenayah tu boleh dikatakan masih ada rasa simpati dengan dua beradik tersebut sebab berikan dua lampu suluh, duit RM10 dan kunci rumah sebelum tinggalkan diorang kat kawasan sunyi tu.

Syukurlah dua beradik tersebut tak diapa-apakan. Kita risau kalau dalam kes macam ni diorang kena culik untuk dijual kat luar negara atau paling tak pun dirogol. Mungkin motif tiga orang penjenayah tu cuma nak curi kereta je. Diorang pun mungkin fikir keadaan jadi lagi rumit kalau dua beradik tu diapa-apakan.

Kejadian ni boleh dijadikan pengajaran buat kita, jangan sekali-kali tinggalkan anak-anak atau sape-sape saja dalam kereta yang tak berkunci dengan enjin masih hidup walaupun kita cuma keluar seminit. Macam kes Mejar Dzulkafli Ahmad, ayah kepada dua beradik tersebut, dah parking betul-betul depan kedai gambar pun tapi tetap jugak keretanya dibawa lari penjenayah.

Aku selalu juga beringat suruh kunci pintu kalau aku keluar kejap beli makanan ke surat khabar ke, kita tak tau apa akan jadi lepas tu kan? Hatta isteri aku sendiri pun aku suruh dia kunci pintu, inikan pula adik-adik yang kecik lagi. Zaman sekarang ni ramai sangat orang jahat. Setiap saat kita kena selalu berhati-hati.

Kat rumah pun pintu pagar kena selalu kunci, paling tak pun kunci pagar dalam yang kat pintu masuk utama tu. Kalau takde, eloklah pasang. Kebanyakan rumah sekarang ni dah ada pagar pintu masuk untuk tujuan keselamatan.

Sebut pasal pintu pagar ni teringat kejadian jiran aku kena tetak belakang badan oleh sorang penyamun beberapa bulan lepas. Selang sebuah rumah je. Nasib baik sebelum tu isteri aku tak balik lagi. Risau jugak dia balik sekolah sorang-sorang. Sampai rumah nak kena bukak pagar dulu. Time tu la orang jahat ni nak bertindak. Mintak jauhlah daripada perkara-perkara macam ni huhu…

Related Posts with Thumbnails

No comments yet

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>