Anda di sini: Laman Utama » Buat Duit Dengan Blog » Earning Pertama Dengan Backlinks

Earning Pertama Dengan Backlinks

by Amirez on November 4, 2010 · 23 comments

Ketika korang tengah baca ni mungkin aku dalam perjalanan balik ke kampung kat Kota Bharu. Kota Bharu la sangat haha padahal tak sampai pun. Yelah, kalau aku bagitau nama kampung aku mesti ada di antara korang yang tak tahu walaupun tempat tu dah naik taraf jadi daerah sejak 2006.

Semalam sebelum tidur check email kejap kot-kot dapat email daripada bakal klien. Tapi bila check, bukan email bakal klien yang aku dapat, sebaliknya email pembayaran komisyen sebanyak USD2 daripada Backlinks hehe. Rezeki di malam hari, alhamdulillah.

 

USD 2 taklah banyak kalau hendak dikirakan. Convert pun baru RM6 lebih kurang. Tapi oklah kan, dah cukup untuk buat topup hehe. USD2 ni adalah komisyen bagi satu link yang berjaya dijual oleh pihak Backlinks melalui blog picisan aku ni. Erk, aku tak pasti betul ke tak penerangan aku ni. Yang aku faham, register kat Backlinks, lepas tu install plugin yang diorang sediakan bagi pengguna WordPress atau copy code yang diorang bagi bagi pengguna platform lain untuk dipasang ke blog. Lepas tu cuma tunggu link tertentu keluar kat blog. Cukup masa atau dah terjual (mengikut apa yang aku faham), kita akan dapat komisyen berdasarkan berapa link yang berjaya dijual dan nilai PR blog kita. Macam blog aku ni PR3 dan link yang berjaya dijual adalah satu, jadi dapatlah USD2. Kalau ada dua link terjual dapatlah USD4. Lagi tinggi PR lagi mahal kita dibayar. Mudah je. Pembayaran komisyen adalah melalui PayPal. Kat bawah ni screenshot payment diorang:

Backlinks Payment

Tolak campur akaun PayPal aku sekarang ni tinggallah USD41.09 dan sekarang ni ada lagi USD5 sedang menanti untuk aku cashout ke akaun PayPal. Sebelum tu pun akaun PayPal aku memang dah terisi dengan USD41 lepas berjaya jual satu blog niche kepada awek Filipina yang comel hehe. InsyaAllah aku akan share dalam entri akan datang kedua-duanya.

Rezeki yang kita dapat sebenarnya bukanlah rezeki kita seorang. Jadi dengan itu aku bercadang nak buat satu contest mudah dengan hadiah berupa wang. Cuma buat masa ni belum terfikir lagi contest apa nak dibuat eheh. Nanti-nantilah nak fikir dulu.

Sepanjang aku kat kampung nanti mungkin agak lemau nak update blog. Biasalah kalau dah duk kampung, Internet pun boleh dilupakan hehe. Tapi aku akan update jugak, mungkin hasil photoshoot kat Tasik Metropolitan. Oh ye, doakan aku dan isteri selamat sampai ke kampung ye :)

Daftar Backlinks di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 23 comments… read them below or add one }

lizz November 6, 2010 at 12:16 pm

macam nak cube cuz blog pr3 tapi kene study dululah camne sebenarnyer backlinks ni.huhuhu
lizz´s last [type] ..Gaya Penulisan Blogger Dan Personaliti In Real Life

Reply

Amirez November 6, 2010 at 6:20 pm

takyah study, register je pastu tunggu link keluar kat blog. pastu tunggu je komisyen hehe. piece of cake

Reply

DonHa November 5, 2010 at 12:14 pm

aku suka duit paypal ni. boleh beli chip poker kat fb tu..haha!

masa kau baca komen ni, mungkin ko dah selamat sampai ke desetinasi. Good! pandu cermat Jiwa selamat!
DonHa´s last [type] ..Orange luv me

Reply

Amirez November 5, 2010 at 12:52 pm

mesti hebat main poker kat fb ni. aku tak pernah try, tak pernah faham pun macam mana nak main haha.

alhamdulillah dah selamat sampai kul 4pm semalam. tak hujan pun. sempatlah tengok suasana kat Galas

Reply

DonHa November 6, 2010 at 4:13 am

hang ni belajar kat U mana? was2~ dup dap dup dap
DonHa´s last [type] ..Orange luv me

Reply

Amirez November 6, 2010 at 9:17 am

haha. kenapa?
dulu belaja kat batu pahat :)

Reply

Affan November 4, 2010 at 8:44 pm

ada gak baca pasal ni.
tapi kena PR 3 lak. mmg aku tak dapat lagi lah bro. hehe.

eh, ko berjaya jua blog? bg lah link blh aku baca. hehe
Affan´s last [type] ..Akibat putus cinta- facebook kena hack

Reply

Amirez November 4, 2010 at 9:32 pm

rasanya PR1 ke atas boleh register. PR0 memang tak layak. PRK atau PRU lagi tak diambil kira haha.

insyaAllah nanti aku akan update pasal jual blog tu

Reply

Baloot November 4, 2010 at 7:52 pm

Orait dah tu, earning USD2 untuk link. Link tetap atau per month punye tu?

Kalau nak lagi best, buatlah review produk2 orang lain. Blog ni PR n Alexa ranking berapa ye?
Baloot´s last [type] ..Belajar Adobe Photoshop – Tutorial Menghasilkan Efek Pada Gambar

Reply

Affan November 4, 2010 at 8:46 pm

PR 3,
Alexa 449, 446.

Aku punya masih kosong sebab domain masih baru lagi kot
Affan´s last [type] ..Akibat putus cinta- facebook kena hack

Reply

Amirez November 4, 2010 at 9:33 pm

takpe bro. blog aku ni pun nak dapat PR3 setelah beberapa tahun huhu. kalau blog bro rasanya tak lama lagi dapatlah PR1 ;)

Reply

Amirez November 4, 2010 at 9:30 pm

tak pasti pula link tetap ke tak. tak pernah ambik tau pun. tau daftar je hehe. tak serius pun masa daftar, tapi dapat USD2 kira oklah tu kan.

ada gak plan nak buat review produk tapi bab2 review ni tak berapa pandai sgt.

blog ni PR3, alexa rank setakat ni 449,436. dua tiga hari ni cepat betul berubah rank. semalam 439,000. kenapa drastik sgt ek?

Reply

Baloot November 5, 2010 at 5:16 am

Biasalah, Alexa ranking berubah-ubah setiap hari. Kira average daripada mula2 blog ni wujud sampai sekarang. Kalau nak lagi tinggi rendah alexa ranking, kena naikkan traffic ‘sokmo’ lah.. Hehe..
Baloot´s last [type] ..Belajar Adobe Photoshop – Tutorial Menghasilkan Efek Pada Gambar

Reply

Amirez November 5, 2010 at 12:51 pm

selalunya berubah sikit2 jah, ni beza 10,000 sekali berubah. nak naikkan trafik tu tengah usaha lagi eheh

Reply

dnoBiz November 4, 2010 at 3:16 pm

wah permulaan yang cukup menarik,
Walaupun usd 2 tapi tu dah kira melepasi titik pegun @ zero
dnoBiz´s last [type] ..PilihanRaya dun Galas dan Batu Sapi – Siapa Pilihan Rakyat

Reply

Amirez November 4, 2010 at 9:17 pm

alhamdulillah :) dah lama tak dengar istilah titik pegun hehe

Reply

dnoBiz November 4, 2010 at 11:42 pm

heheh..
teteiba je je teringat istilah ni tadi :D

Reply

samanosuke_04 November 4, 2010 at 12:09 pm

jap2.. maksudnye backlink nie terima walopon blog bukan omputih? hohohoo.. nak try nasib gak rr camnie.. hehehehe
samanosuke_04´s last [type] ..Biasiswa MARA untuk Pelajar Russia dipotong RM462!!

Reply

Amirez November 4, 2010 at 9:16 pm

a’a..aku pun terkejut jugak hehe. main2 je register hari tu. bolehlah try bro :)

Reply

samanosuke_04 November 4, 2010 at 10:41 pm

tenkiu.. daa try daa pun, baru jer register block ngan install plugin td.. hehe, harap2 dapat tengok hasilnya dalam masa terdekat.. hohohoho
samanosuke_04´s last [type] ..Biasiswa MARA untuk Pelajar Russia dipotong RM462!!

Reply

Amirez November 5, 2010 at 12:48 pm

hoho. mesti dapat punya. udacha ;)

Reply

intankuterpilih November 4, 2010 at 10:02 am

wow!!!best2..dapat duit..tahniah!
intankuterpilih´s last [type] ..Gadis Lebanon Keluarkan Air Mata Kristal

Reply

Amirez November 4, 2010 at 9:15 pm

terima kasih :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: