Maaflah terlambat update. Sepatutnya update petang tadi lepas check in hotel tapi internet pulak ada masalah. Campur dengan mengantuk sekali, tak tidur dari pukul 12 9 malam semalam lagi. Laptop pulak tak bawak. Jenuh nak taip entri pakai Mr. Samsung ni. Jenuh bukan apa, asyik silap tekan je, jari saya besar sangat. Kena pakai tablet kot baru sesuai
Ok. Tengah hari tadi saya sempat jumpa kawan cyber saya, Fauzi a.k.a CypherHackz kat Giant Kota Damansara. Ni kali pertama jumpa beliau. Nampak lagi muda daripada gambar kat Facebook eheh. Puji ada makna ni
Jumpa dia tadi sebenarnya nak ambik jongkong emas yang saya beli dengan dia baru-baru ni. Sebut jongkong emas bunyi besar sikit daripada sebut goldbar hehe. Padahal kecik je, 1 dengan 10 gram je. Beli masa harga emas jatuh baru-baru ni. Tips mudah, kalau nak beli emas belilah masa harga jatuh. Nak jual pulak juallah masa harga tengah naik. Ilmu simple dalam jual beli emas. Tapi nak jual tu kena pandai juga.
InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa tips tentang emas dalam entri akan datang lepas balik rumah nanti. Taip dengan laptop lagi puas, boleh karang panjang lebar eheh.
Oklah, penat dah asyik salah taip je ni. Nak keluar ke Jusco kejap. Esok kalau sempat nak ke Ikea Damansara. Lama dah tak pergi sana. Ada sesape nak join?
cantik sangatlah tu bro!
1g + 10g…aku agak dalam RM2000 jugak…kire oklah…lagipun harga emas sekarang agak rendah berbanding bulan2 sebelum ni….
p.s-aku tunggu perkongsian ilmu emas di sini…ehhhe =)
Entri Terbaru hafizmd » Coleteh Kakak #4 Sejuk
betullah tu
insyaAllah sehari dua ni aku kongsikan ilmu yang tak seberapa pasal emas ni. sekarang ni tengah study sikit. kang nanti silap bagi info buat naya orang je
sekarang mmg femes ye pasal EMAS ni. sampai org dah mula wat ebook pasal ni utk kaut duit gak..
erkk, sudah tukar innity, taknampak dah nuffnang..hehe
Entri Terbaru muazfaris » Jadi Top Link Referral Blog Mama Murai Bulan Mac 2012
kesedaran dengan emas makin tinggi sekarang ni
saje try test nuffnang sebelum ni. puas tunggu tak dapat2 BE. last2 tukar balik innity walaupun earning ciput sebab trafik dah makin jatuh sekarang ni huhu
huhu dsys pon rasa terdetik nk melabur dgn emas ni tapi..! tidak kesampaian…haha
Entri Terbaru Luqman Hakim » Gambar Shida Yaacob 2012 | Model Terkenal Malaysia 90-an
ada perbezaan antara melabur emas dengan beli emas. nanti saya kongsikan dalam entri akan datang berkenaan dengan emas
tak beberapa tahu la pasal emas neyh..
Entri Terbaru akhiyy » Kalori Pada Makanan
saya pun sebelum ni noob sangat pasal emas. baru sekarang ni je tau sikit2
Aku teringin nak beli emas tapi masih belom mampu nak beli~
Entri Terbaru ProfHariz » Gambar Lelaki Kacak
beli yang 1 gram je dulu, sekitar RM215 je
satu bentuk pelaburan yg menarik..mcm kwn chii pun ada beli gak..10gram…byk gak tu
kalau ada duit lebihan bagus juga tukarkan kepada emas. taklah susut nilainya nanti
emas nih untuk kita lock profit… banyak lagi benda yang nak kena study… huhu
betul tu zik. beli awal tahun, hujung tahun confirm (insyaAllah) nilainya dah bertambah banyak
cantik..cepat kongsi tips bro..ingat nak try2 beli, haha
Entri Terbaru arrizz » Video – I am a Nurse
insyaAllah. tips ringkas je, ilmu jual beli emas ni belum mantap lagi
dah agak..cari emas rupanya..
Entri Terbaru titan » Komisen ke 16 dari Innity
camana boleh agak tu? ilmu apa ko pakai ni?
dgar cerita tahun dpn emas naik mendadak..tunggu jer la..hehe
Entri Terbaru Jebeng Otai » Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?
tahun depan? awal betul dapat berita ni. susah nak mengagak naik turun emas. tapi naik tu semestinya, insyaAllah
pelabura emas satu bidang yang perlu diceburi sebab harga emas sentiasa naik
Entri Terbaru azura » Cek Pertama Exabytes 2012
insyaAllah tak rugi jika kita menyimpan emas. tapi mesti ada ilmu sebelum membeli
makin berkembang maju ni, bro
tahniah2
Entri Terbaru tehr » Kelantan vs T-Team | Liga Super 2012
bolehlah sikit2…dengan rezeki yang ada
Rupanya bro beli emas. Tidak singgah majlis santai bersama DenaiHati esok di hotel Singgahsana?
Entri Terbaru akubiomed » Pendapatan blog pertama selepas 4 tahun
Ada urusan lain sebenarnya. Sambil2 tu pi ambik emas
nk join juga tp x sempat. Tghari esok dh nak balik
ingatkan terjumpa emas kat damansara…aku kalau beli emas ni macam sayang pulak nak jual
Entri Terbaru Shahrul » Lelaki Kacak Lelaki Handsome
A’a memang rasa sayang nak jual. Itu yang bagusnya, boleh simpan lagi lama.bila betul2 nak pakai duit barulah kita jual