Rutin setiap hari bila on Internet aku akan check siapa yang baik hati sudi bertandang ke blog Amirez (dot) com ni melalui Nuffnang Analytic. Sebagai tanda terima kasih macam biasa aku akan buat kunjungan balas ke blog masing-masing.
Tapi tadi aku terbaca satu entry yang macam familiar je kat satu blog ni. Oh, bukan satu, tapi tiga sebenarnya entry yang pernah aku hasilkan diplagiat bulat-bulat tanpa memberikan sebarang kredit semula kepada Amirez (dot) com. Entry yang dimaksudkan adalah Kau Blogging Untuk Apa?, InsyaAllah Tuhan Sentiasa Di Sisi dan Maher Zain Pengunjung Tegar Pusat Hiburan.
Jauh di sudut hati tiada pun sedikit rasa marah cuma terdetik rasa terkilan hasil tulisan kita diambil tanpa izin. Aku tak kisah pun kalau ada sesiapa yang ingin terbitkan semula entri-entri yang pernah aku keluarkan untuk dipublish kat blog sendiri, cuma jagalah etika kita sebagai blogger. Apalah salahnya kalau hadiahkan kembali sepatah perkataan kredit kepada pemilik entri asal? Kalau malu berterima kasih secara direct, cukuplah hadiahkan backlink kepada pemiliknya.
Apa-apa pun aku berterima kasih kepada pemilik blog tersebut yang sudi kongsikan entri-entri dari blog ini yang tak seberapa. Tiada salahnya sebab daripada apa yang aku perhatikan semua entrinya mengandungi isi yang baik-baik yang mengajak pembaca untuk sentiasa dekat dengan Tuhan, cuma etika blogging saja yang tidak dipatuhi.
Update: Beliau baru saja delete ketiga-ketiga entri tersebut. Adalah lebih baik kalau entri tersebut dikekalkan supaya maksud entri tersebut dapat disebarkan dengan lebih meluas. Cuma sedikit nasihat untuk masa depan, ringan-ringankanlah tangan dan hati untuk berikan kredit kepada pemilik entri yang sebenarnya.

{ 27 comments… read them below or add one }
tanda2 popular.. huhu..
mostly kes2 mcm ni takkan kekal lama..tak tuan blog yg trace,pembaca setia diorang yg trace..tapi takde cara ke kita leh tahu ttg ni?
Izwan´s last [type] ..Aku Kena Masuk Penjara
popular ke? segan lak hehe.
kalau guna servis copyscape tu boleh elak tak kes macam ni?
tak tau r.. tak pernah guna servis tu.. nampak macam letak logo copyright je,cam creative commons.. copyscape tu servis boleh trace ke?
Izwan´s last [type] ..BILA SI DIA BERTANYA
kalau tak silap, pernah terbaca yang servis tu boleh trace tapi entahlah, tak pernah guna pun lagi eheh
erm.. apa nak buat.. saba je la.. aku dah lali n dah malas nak tegur.. biar lama2 nanti dia fikir tak elok n dia letak la tu kredit.. XD
menteil´s last [type] ..Welcome Page Static FBML Tutorial
ini pengalaman pertama org tak bagi kredit yg pernah aku jumpa. entri2 lain semua bagi kredit tanpa diminta. tapi takpelah, dia pun ada email aku minta maaf n dah betulkan kesilapan dia
bab plagiat nie aku memang jaga sebab aku buat thesis sal bende nie,hehe..risau gak kalau entri kat blog tue kena plagiat tapi fikir punye fikir, siapalah nak plagiat entri dari blog picisan macam aku tue,haha..
anyway, letak kredit or backlink jer, bukan susah pon kan..:)
arrizz´s last [type] ..Preview Gantz Live Action 2011
owh ye ke. thesis ni kena jaga baik2, boleh dikatakan masa depan kita tu hehe
chill bro chill..
blog org feymes mmg mcm tu nasibnya
hehe
Abir Super Duper Hot´s last [type] ..Penemuan Tergempar! Astaghfirullah
alamak..feymes ke? haha..sogan den
jauh sekali nak dibandingkan dengan blog orang hot macam abir neh 
wah, abir buat ape kat sini? abir sumpah hot dowh…lol
siapa yg tak kenal abir hawt hehe
eee benci..
ape masalah muje ni! haha
*bro, I voted for u for bpm-10 tu
all the best
Abir Super Duper Hot´s last [type] ..Penemuan Tergempar! Astaghfirullah
MuJE nak manja2 tu hehe.
thanks abir for da vote
haha, lek ar abir! ala, tanak vote ar sbb blog tak tercalon.. keh3
MuJE´s last [type] ..Sinopsis Lestary Asmara TV3 Episod 1 – Episod 12
asik jadi silent reader je..
haha….
stereo´s last [type] ..bab 67- pengumuman
lama tak nampak
Ohhh ade jgk org mcm nak buat kebaikan
tp pakai cara yang salah
kalo betul2 nk sebar benda baik
ptutnya brani la mntk izin ngn tuan punya dulu kan
klo mls sgt bg je backlink
mgkn budak tu copy sbb nk trik trafik semata-mata kot
hmmm
syabas bro x mudah melatah
ilmu itu utk dikongsi kan, bkn utk diri sndiri je
tp caranya mstila betul…
Al´s last [type] ..Aku Dan Blog
fikir baik jelah, mungkin dia terlupa atau tak tahu pentingnya berikan kredit kepada pemilik asal
Kalau kita hendak mnasihati orang, Tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak mmberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yg kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.”Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face),maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.”Imam Syafie
p/s :diharapkan tuan check inbox tuan kerana ruangan hubungi tuan telah saya gunakan.maaf.
salam nik ataupun tuan punya blog di atas
tak ada niat pun nak memalukan. maaflah kalau itu yg saudara rasa. sebelum tulis entry ni tadi pun terfikir juga nak buat macam ni atau secara umum yg tak dedahkan url blog saudara. tapi akhirnya sy buat entry macam ni yg kalau difikirkan balik memang tak patut pun. maaflah, ada sedikit emosi tadi sebab ada anggota badan sy sekarang ni sangat sakit sampai satu badan terasa, jadi emosi sekarang agak kurang stabil sampai mempengaruhi cara penulisan blog.
apa2 pun niat sebenar nak jelaskan tentang etika mengambil entry dari blog lain utk diterbitkan dalam blog kita. bukan nak membangga diri, ramai blogger lain yg pernah ambil entry sy tapi tak lupa berikan kredit ke blog ni, sebagai tanda yg entry tersebut bukanlah dihasilkan sendiri.
harap maklum
wassalam,sy begitu bernasib baik kerana ditemukan seorang blogger spt saudara amirez,mngkin jika blogger lain sdh memaki hamun sy.sekali lagi sy ingin memohon maaf diats kealpaan sy mngganggap sesuatu perkara spt ini ‘x apa’..pengajaran untuk sy.trima kasih di ats peringatan ini yg telah mnyedarkan sy. yg buruk dtgnya dripada saya dan yang baik dtgnya drpda Allah.sekali lagi maaf dipohon.
Salam ukhuwah.
=)
eh, tak ada apalah nik
biasalah, sekali sekala ada juga silapnya walaupun dalam blogging. sy pun minta maaf andai kata entry ni agak kasar sket gayanya
adoi
macam den kalau copy minta kebenaran dlu
kalau xpun kredit kan lah siapa yg buat
haih…apa la budak tu
P/S : Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother
camtulah yang sepatutnya
payah gak ni, kalau entri kita diplagiat.. ! amirez pakailah disable right clik
DausFrenzyFM´s last [type] ..Dah Lama Tak Dapat Buffered Earning
terfikir juga nak pakai dulu tapi tak nak susahkan pelawat kot2 ada yg nak copy entri..tapi biarlah bagi kredit ye tak?
{ 1 trackback }