Filem Tentang Facebook
Woah!! Aku tak pernah sangka laman social networking pun boleh dijadikan modal untuk buat filem. Kita dah biasa sangat tengok dalam movie-movie barat tentang penggunaan Facebook dalam aktiviti harian diorang walaupun cuma mungkin satu scene je sebut pasal Facebook dalam movie hampir 2 jam. Tapi ini lain, ianya kisah Mark Zuckerberg dalam perjalanan nak wujudkan laman Facebook kat Harvard University. Kita dah tau, tujuan asal Facebook diwujudkan cuma untuk memudahkan Mark dengan kawan-kawannya berhubung secara intranet. Tapi tengoklah sekarang, pengguna Facebook ada lebih daripada 400 juta pengguna aktif!! 70% daripadanya adalah pengguna dari luar US. Giller!! Facebook memang giller!! Dan ianya membuatkan ramai orang ketagih dengan Facebook.
Movie ni bertajuk The Social Network yang dilakonkan oleh Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg dalam filem ni. Nama pun nak nak sama, muka pun adalah sikit iras-iras Mark. Justin Timberlake pun ada jugak dalam movie ni. Ok. Jom layan trailer dulu…
[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=D3N2WLKXNlI&feature=player_embedded[/pro-player]
Mula ditayangkan pada 1 Oktober 2010 kat US. Tak lama dah. Tapi kat Malaysia rasanya tak ditayangkan kot atas isu menjaga sensitiviti sesetengah masyarakat yang memboikot produk-produk Yahudi. Lagi-lagi isu Gaza yang entah bila nak selesai selagi ada askar Israel laknatullah bermaharajalela. Tapi aku yakin sekitar pertengahan bulan 9 dah boleh download versi DVD. Pandai-pandailah cari ye hehe. Tapi nak tengok tu tunggulah lepas puasa. Nampak macam ada adegan-adegan 18 tahun ke atas je dalam trailer. Kang kurang pulak pahala puasa dalam terpaksa eheh.
p/s: login facebook dapat duit oh. nonsense!!!
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...





