Aug 7, 2009

Hadiah Free Lunch

  • Share
  • Share

maxpc Hadiah Free Lunch Hari ni hati riang. Lepas solat Jumaat tadi singgah lunch kat satu kedai makan dengan Hassan. Tengah² memilih lauk tadi Hassan terperasan anak muridnya yang belajar al-Quran dengan dia sedang makan. Hassan menegur anak muridnya itu yang mungkin umurnya sekitar 30 tahun. Kami duduk makan di meja bersebelahan.

Sedang rancak berbual tentang Nokia E71 yang baru dibelinya, pelayan datang ke meja kami lalu berkata, “Makan ni dah ada orang bayar ye, orang tu.” Jari telunjuknya mengarah kepada anak murid Hassan tadi yang belum pun sampai seminit mengucap salam sebelum dia berangkat pergi ke tempat kerja. Rasa beruntung pula berkawan dengan Hassan hehe. Alhamdulillah, free lunch.

Apa kaitan pula free lunch dengan gambar majalah Maximum PC ni? Ha, sebab hati rasa riang ini hari jadi aku nak bagi satu hadiah buat pembaca blog ni. Tak kiralah yang selalu datang ke, yang datang dan pergi ke, yang sekadar baca tapi malu² segan nak tinggalkan komen ke, tak kisah. Hadiah ini untuk semua terutamanya bagi yang minat dengan komputer. Jumpa ebook ni pun masa rayau² kat Internet sebelum solat Jumaat tadi. Ebook ni dapat free, eloklah juga bagi free kat semua.

Menarik dalam majalah Maximum PC edisi Julai 2009 ni, terdapat 21 cara untuk upgrade PC anda dengan segera. Aku belum sempat lagi baca ebook ni. Balik rumah nanti baru baca. Jadi tak dapat nak ulas panjang².

Selain daripada tu terdapat juga 6 tweaks untuk jadikan pelayar Firefox anda lebih laju melayari bahtera Internet. Tweaks baru kot untuk Firefox versi 3.5. Juga terdapat 38 aplikasi dan alat yang bagus untuk komputer anda. Jadi majalah ni sangat berbaloi untuk dibaca.

Oklah. Tak nak bebel panjang², download majalah Maximum PC edisi Julai 2009 ni di sini. Kalau dah download tu, rasa berbesar hati kalau ada yang ucapkan terima kasih di ruang komen icon smile Hadiah Free Lunch

pixel Hadiah Free Lunch

1 Comment

  • Free Download Maximum PC Magazine July 2009…

    Menarik dalam majalah Maximum PC edisi Julai 2009 ni, terdapat 21 cara untuk upgrade PC anda dengan segera. Selain daripada tu terdapat juga 6 tweaks untuk jadikan pelayar Firefox anda lebih laju melayari Internet. Juga terdapat 38 aplikasi dan alat ya…

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks