Aug 27, 2010

Free Video Clip di MTV Music

  • Share
  • Share

freeclip Free Video Clip di MTV Music

Salam Jumaat dan selamat menyambut Nuzul Quran hari ni. Kepada korang yang dapat cuti hari ni aku ucapkan selamat bercuti termasuklah kepada diri sendiri eheh. Apa plan hari ni? Aku bercadang nak ke Tesco Damansara nanti nak beli pasir kucing yang aku bela 5 ekor ni. Kalau larat nak jalan ingat nak window shopping jap kat Ikea. Pergi lepas solat Jumaat nanti pun orait jugak. Balik boleh singgah bazar Ramadhan kat Taman Tun Dr. Ismail terus.

Ok. Tadi aku perasan ada iklan Nuffnang kat leaderboard. Iklan mtvmusic.my oleh Xpax. Check Nuffnang tadi kot-kot dapat buffered earning baru tapi rupanya bukan haha. Aku klik kat iklan yang keluar tadi sekadar nak tau apakah ia, nampak macam menarik je. Eh, takpe ke klik iklan sendiri? Cikgu Dahlia cakap takpe klik iklan sendiri jadi aku pun cubalah klik. Setakat ni takde kena penalti ke apa ke daripada Nuffnang. Tapi harus diingat, jangan buat fraud click sudah la.

Kalau korang nak tengok video klip kegemaran korang rasanya MTV Music adalah tempat yang sesuai. Boleh layan video klip penuh kat sana tanpa potong mana-mana bahagian. Memang syok. Tapi secara streaming sahaja, tak boleh download. Kat bahagian atas ada kotak carian. Taip saja nama artis atau lagu yang korang nak cari kat situ, mesti ada punya. Aku tengok ada tab untuk lagu-lagu Korea. Tapi lagu Jepun takde la pulak.

Cuti di hari Jumaat ni layan video klip online orait juga.

pixel Free Video Clip di MTV Music

2 Comments

  • selamat menyambut nuzul Quran ;)

    [Reply]

  • salam ramadhan, selamat menyambut nuzul quran dan selamat hari kemerdekaan :)

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks