Gadis Ditipu Pulih Dara
Percaya dengan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan keperawanan mereka, dua remaja perempuan terpaksa melakukan upacara pelik, iaitu mengadakan hubungan seks tiga serangkai dengan bomoh itu. Lebih malang, kedua-dua gadis itu turut dipaksa menggadai rantai emas mereka, – Harian Metro, 7 Mei 2010
Sedikit info buat hari ni sebelum aku dan isteri bertolak pulang ke kampung sekejap lagi. Tengah online kat McD sekarang ni nak tunggu isteri habis sekolah pukul 12:30 nanti. Erk, dia bukan pelajar sekolah, tapi mengajar di sekolah eheh.
Antara muka depan Harian Metro hari ni bertajuk Tipu Pulih Dara. Bukan Harian Metrolah kalau takde berita2 macam ni.
Apa yang buatkan aku sangat2 pelik, kenapalah dua oang gadis tu boleh terpedaya dengan pujukan ‘Tok Muda’ berlagak bomoh berusia 19 tahun untuk mengadakan seks secara bertiga dengan tujuan dapat kembalikan selaput dara dua orang gadis tersebut yang telah hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin. Tau pulak kepentingan selaput dara yang hanya sah untuk suami.
Menurut berita tersebut, diorang diarahkan bogel di dalam tandas chalet supaya Tok Muda tu boleh check dara diorang melalui dua cara; menilik tahi lalat di punggung dan bentuk tubuh badan. Hebat Tok Muda tu. Katanya dia dapat ilmu pulih dara daripada ibunya yang bekerja di hospital swasta di Johor.
Dua orang gadis tu pada mulanya tak nak tapi dipujuk Tok Muda tersebut. Maka berbogellah diorang dalam tandas, lepas tu Tok Muda tak lepaskan peluang snap gambar bogel diorang. Maka dengan itu Tok Muda tersebut sudah ada satu ‘senjata’ bagi merelakan dua orang gadis tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu secara paksa. Takut dengan ugutan Tok Muda tersebut yang akan sebarkan gambar bogel diorang.
Kenapalah? Kalau betullah nak bagi Tok Muda tu ambik gambar diorang, tak perlulah sampai muka sekali. Cukuplah kawasan yang ada tahi lalat je. Itupun kalau diorang ni sempat fikir secara waras la apa akan jadi lepas tu. Dengan sekali snap je dah timbul masalah bagi diorang.
Persoalannya kat sini, takkan diorang ni begitu waras untuk terima ritual pelik tu semata-mata nak kembalikan selaput dara diorang. Pelik pelik.
Tolonglah wahai kaum wanita, fikirlah sedalam-dalamnya. Jangankan dek terdesak, korang terperangkap dalam hal-hal macam ni. Beringatlah sebelum terkena.







May 7th, 2010 at 3:59 pm
ada gak pompuan bodoh cmtu.. pk logik la.. ish! ish! ish!
(ter berang plk.. hehe)
yaya@Ris´s last blog ..Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS-Score A 2010
May 9th, 2010 at 4:30 pm
entahlah. sape yg salah sebenarnya ek?