Aug 1, 2010

Gadis Skim Cepat Kaya Diserbu

  • Share
  • Share

Entri illustrasi Street Fighter kita simpan dulu. Banyak sangat gambar nak kena tapis dulu mana yang sesuai lepas tu baru sedap nak tunjuk eheh.

Alang-alang tak dapat lena lepas sahur tadi ada baiknya jugak aku baca akhbar online. Akhbar online yang selalu aku baca biasanya Berita Harian Online sebab laju nak load haha. Berita yang menarik minat aku nak baca pagi hari ni tentang satu syarikat MLM yang berunsurkan skim cepat kaya. Berita penuh boleh baca kat sini.

Bila dengar pasal MLM tak lain tak bukan mesti terlintas jugak sikit pasal skim cepat kaya. Kebanyakannya lebih fokus kepada cara untuk rekrut downline berbanding dengan kelebihan atau kebaikan produk yang diorang jual. Kebanyakannya juga jadikan produk yang dijual sebagai syarat untuk menjadikan syarikat diorang sah untuk berniaga dan tidak dilabelkan sebagai skim cepat kaya. Yang sebenarnya produk yang dijual hanya sekadar mengaburi mata prospek supaya lebih yakin yang diorang menyertai program MLM yang sah tanpa penerangan lanjut tentang apa yang perlu dibuat selepas menyertai untuk mendapat komisyen lebih.

Biasanya orang yang menyertai MLM ni terdiri daripada individu yang terdesak untuk kaya dalam masa singkat. Biasanya ejen-ejen MLM ni akan sasarkan kepada golongan-golongan berpendapatan rendah yang nak pendapatan lebih dengan cepat. Selalunya pun orang yang menyertai MLM ni bukanlah tertarik dengan produk syarikat tersebut, tapi tertarik dengan komisyen-komisyen yang bakal diorang dapat kalau berjaya merekrut seberapa ramai downline.

Sepatutnya pihak-pihak tertentu perlu dedahkan nama-nama syarikat yang dilabelkan sebagai skim cepat kaya ni termasuklah pihak akhbar. Ini tak, main teka-teki pulak dengan kita. Tak perlulah nak jaga nama mana-mana pihak yang terlibat dengan skim cepat kaya tersebut. Terus-terang je bagitau lagi baik supaya orang yang dah join tu sedar dan orang yang baru nak join pun boleh melepas nafas lega sebab tak sempat join. Perkara-perkara macam ni perlu didedahkan secara terang-terangan!!

Itu MLM. Macam mana pulak dengan program-program lain macam BankRakyat.net, Login Facebook Dapat Duit dan sebagainya? Semua tu pun lebih fokus kepada mencari downline daripada merasai faedah produk-produk yang diberi. Alah, produk diorang pun bukannya apa sangat. Senang-senang boleh dapat kat Internet. Macam yang aku cakap tadi, produk hanyalah syarat untuk menjadikan program diorang sah sebagai satu syarikat yang ada barang untuk dijual, bukan semata-mata bayar kosong.

Ramai kawan aku dah terjebak dengan program-program macam ni. Atas dasar kesedaran itulah aku berusaha untuk terbitkan satu ebook dalam dua siri sebagai panduan untuk mendapat pendapatan online dengan cara yang sah dan percuma. Langsung tak melibatkan MLM, skim cepat kaya, dan semua program yang hanya menipu orang terkemudian. Setakat ni ada 15 model peluang buat duit secara online dengan penyertaan percuma yang sempat aku kompilasikan. InsyaAllah lepas raya puasa nanti siap. Setakat ni agak sibuk dengan kerja-kerja untuk klien, jadi makan masa sikit nak siapkan ebook tu. InsyaAllah akan diberitahu beberapa hari sebelum tarikh pelancaran.

pixel Gadis Skim Cepat Kaya Diserbu

7 Comments

  • berani kerana halal. takut kerana haram :)

    [Reply]

  • aku sokong tu….
    bagi tahu je nama skim cepat kaya tu, buat apa nak selindung2….
    kalau orang dah tahu orang takkan masuk, takut ke nak bagi tahu nama company tu ?

    [Reply]

  • betul.kebanyakannya lebih nampak nak kaya cepat drp niat utk promosikan kelebihan produk
    Amirez´s last [type] ..Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

    [Reply]

  • Gadis Skim Cepat Kaya Dipantau…

    Bila dengar pasal MLM tak lain tak bukan mesti terlintas jugak sikit pasal skim cepat kaya. Kebanyakannya lebih fokus kepada cara untuk rekrut downline berbanding dengan kelebihan atau kebaikan produk yang diorang jual. Kebanyakannya juga jadikan produ…

  • ejen MLM dh salah konsep.. MLM perlu fokus pada produk..
    Anarm´s last [type] ..Polis tumpaskan skim cepat kaya

    [Reply]

  • betul. lupa nak mention. tapi kebanyakan ejen MLM ni lebih suka cari downline drp promote produk

    [Reply]

  • erm… terlupa pulak.. tak semua MLM tu adalah Skim Cepat Kaya.. but memang benda ni tak bagus lah untuk mentaliti masyarakat… nak duit cepat tak payah kerja.. duduk rumah goyang kaki.. duit pinjaman semua bg kat upline. and nanti last2 kita yang kena bayar segala saki baki hutang piutang tersebut..

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks