Panduan Pengurusan Kewangan

Ghost Season 2 Episod Terakhir

Ending of Ghost Season 2

Dengar cerita drama tempatan terhebat pernah aku tonton setakat ini iaitu Ghost akan berakhir pada malam ni. Jadi jangan ketinggalan untuk menonton seawal mungkin bermula pukul 10 malam di saluran 8TV. Negeri yang tak kesampaian untuk menonton rancangan² di 8TV bolehlah menontonnya secara online di website 8TV atau Youtube, itupun terlambat seharilah agakny kot. Kasihan buat aku sendiri tak dapat nak menonton drama kegemaran aku ni pada malam ini. Lepas Isyak nanti bertolak ke Kelantan dah. Terpaksa download jelah nanti. Apo nak buek, dah kojo aku.

Sepatutnya lepas habis episod 12 minggu lepas aku dah buat entri ni tapi sekali lagi…apo nak buek. Agak basi pun aku tetap nak update sikit dengan sigi Ghost Season 2 ni. Tak selesa jari kalau tak update. Lagipun dah bersarang dalam kepala sejak episod pertama lagi. Kata orang, benda yang nak diluahkan dari kepala jangan disimpan lama² nanti boleh naik gila haha. Iyolah tu.

Berbalik kepada Ghost.

Episod 12 lepas kita dah tahu yang pembunuh tatu itu adalah Inspektor Mazdin. Itupun belum 100% pasti lagi sebab takde satu scene pun yang tunjuk Inspektor Mazdin memakai topeng psycho putih tersebut. Cerita Ghost ni kadang² diluar kotak fikiran kita.

Sepanjang aku follow drama ni, ada beberapa persoalan bermain dalam kepala yang membuatkan aku selalu ternanti² episod baru Ghost Musim ke-2 ni.

  • Kalaulah pembunuh tatu itu Inspektor Mazdin, macam mana pula dia boleh nampak hantu Zack Imran dengan Harum?
  • Ke mana hilangnya mayat Ramlan a.k.a Romeo yang ditanam Edmund Soo?
  • Kenapa kawan Edmund Soo yang Cina tu (terlupa pula nama dia) beriya² sangat tak nak Edmund Soo buat pengakuan polis? Sedangkan yang bunuh Ramlan adalah Edmund Soo, bukan dia.
  • Siapa Alam yang sebenarnya? Mengikut maklumat diri dari hospital sakit jiwa, nama sebenar Alam adalah Ali Imran. Kemudian seorang penyiasat persendirian bernama Alam dibunuh. Hmm…
  • Masih ingat watak Ridzuan, pakwe Harum? Ingat waktu dia ditangkap kawan Edmund yang Cina tu dan dipukul dengan teruk sampai satu ketika dia tersenyum dan bersuara mengatakan “Romeo kirim salam”? Macam mana dia boleh tahu tentang Romeo? Atau hantu Ramlan rasuk Ridzuan waktu tu?

Cerita ini memang menarik sebab ada banyak persoalan yang tak dapat kita nak duga dari awal. Satu lagi faktor yang membuatkan aku sangatlah tertarik dengan drama ni ialah situasi lakonan secara real. Erm, maksud aku tak nampak seperti pelakon²nya sedang berlakon. Tapi ada satu yang sedikit merosakkan suasana iaitu bila Eza menyebut nama Alicia sebagai Elishe.

Apa² pun, siri ini memang patut ditonton.

Related Posts with Thumbnails

2 comments so far

  1. PakciQue
    #1

    Memang sangat-sangat patut ditonton. Dan persoalan-persoalan kau sama dengan beberapa persoalan yang aku utarakan dan aku harap malam ni kita sama-sama dapat jawapannya.

  2. amirez
    #2

    nampaknya aku lewat sikit dpt jawapannya kot..
    dah nak gerak ke kelantan kejap lagi.
    tv skang ni pun budak2 ni tgk mentor final huhu.

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>