Panduan Pengurusan Kewangan

GSC Full!!

Hari ni cubaan kali ke 9 aku menerjah ke laman web Golden Screen Cinema untuk booking 4 keping tiket Transformers: Revenge of the Fallen tapi gagal lagi. Aku rasa ramai yang berebut² nak booking tiket cerita robot yang superb hebat ni sampaikan laman web GSC diserbu hingga server down. Ataupun peminat Terminator Salvation masih lagi ramai belum menonton di panggung wayang. Pendek kata, seminggu dua ni bertimbun² movie best dari barat. Sampaikan aku rasa movie tempatan karam di negara sendiri.

Haih, bila la dapat tengok Transformers kat panggung sementara tengah panas neh. Rugi pula tak terus book tiket 2 hari lepas kebetulan dapat cuti hari Isnin.

Aku ingat lagi 2 minggu lepas pada hari Sabtu malam. Berempat masa tu nak pergi tengok Terminator Salvation kat GSC 1 Utama. Manusia punyalah ramai beratur dekat kaunter tiket GSC. Sangap sangat, aku dengan Arip beratur. Sebenarnya aku taklah minat sangat terminator ni, saja layan angin si Arip eheh. Tak minat pun tapi kalau tengok ramai² mesti rasa best, lagi² kat panggung wayang.

Malangnya, tiket yang ada cuma pukul 12:30 pagi, itupun seat paling depan. Keluar wayang nanti asyik tengok siling je leher dah cramp mendongak tengok robot dari masa depan haha. Baik tak payah. Kitorang ambik keputusan balik rumah.

Sesampai kat rumah, terlintas idea agak kreatif pula dalam kepala aku. Ingat lagi iklan pati ayam brands yang dua orang laki tengah cari idea nak tengok perlawanan bola kat TV? Malam tu aku jadi macam diorang eheh.

Pinjam laptop dengan subwoofer Fadhlan, ambik LCD Projector ofis yang memang simpan kat rumah, dinding putih sebagai layar. Bentang toto, baring ramai² layan cerita Kuntilanak Beranak pukul 1 pagi hoho. Lampu satu rumah kasi tutup baru thrill. Tapi hampeh, cerita tu tak best langsung. Setakat seram je tapi jalan cerita bosan buat apa. Buang masa je tahan mengantuk. Baik layan Next walaupun dah tengok banyak kali huhu.

Bilalah dapat tengok Transformers 2 neh.

Related Posts with Thumbnails

4 comments so far

  1. perindusyahid
    #1

    tu la..
    lain kali, nk g tengok ceramah, kna ajak aku..
    baru ada seat kosong..
    hahaha…
    smlm arif msg aku srh singgah rumah sewa..
    dia kata ust hassan gersang..
    hahaha..
    nnt free aku terjah la ngan paklan..

  2. stereotype
    #2

    sedang menunggu DVDRip transformers 2…
    tu pon klau xdek member ajak tgk kt panggung…
    hohohoh…

    bumblebee tu comel weh…
    haha!

  3. Amirez
    #3

    hoho..itulah. ajak pak lan lum cukup power lg.
    senang2 singgahlah rumah main uno.
    dh jd budak U dia skang haha

  4. Amirez
    #4

    hoho..dh tgk smlm pukul 12:20 pagi kat selayang.
    skang nak donlod yg dvd pulak.
    tak puas tgk..aksi tak berhenti.

    bumblebee comel kan eheh

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>