Nov 16, 2009

Hadiah Harijadi Dari US

  • Share
  • Share

15112009954 Hadiah Harijadi Dari US 15 November semalam genap sudah saya berusia 25 tahun di dunia ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan² yang memberi wish di Facebook, Friendster dan tak lupa kepada yang SMS saya ketika di Sik, Kedah semalam. Kat Twitter tak sempat nak check pula. Hari ni 16 November hadijadi Johari pula atau lebih mesra dipanggil Joe, rakan sekuliah dari Tahun 1 di UTHM. Happy birthday Joe (walaupun dia tak baca blog ni eheh).

Kebetulan 13hb lepas kena pergi ke Bendang Man Resort sampai tengah hari 15hb. Sengaja tak bagitau rakan² sekerja birthday saya jatuh pada 15hb. Kalau diorang tau mesti kena prank kaw² pun. Dah jadi budaya syarikat pulak prank setiap kali ada staf yang menyambut hari lahir. Nasib baik tak panggil krew Wakenabeb atau Bang Bang Boom hehe. Kalau tak, masaklah kena prank. Tapi saya tak diprank semalam walaupun sebenarnya tengah menanti apa prank yang diorang nak buat kat saya hehe.

On the way balik dari Kedah ke KL, singgah kejap dinner di R&R Tapah lepas solat jamak Maghrib dengan Isyak. 7 orang semuanya; 4 lelaki dan 3 srikandi dari Darul Quran. Lepas siap makan, Zool hilang tiba². Masa tu tak jangka apa². Ingat dia pergi beli air ke apa kat gerai. Tak lama lepas tu dia datang dari belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday dengan sebiji kek perisa nescafe (ke kopi ek??). Terkejut, tapi macam biasa cool sentiasa hehe.

Buat pertama kalinya sambut birthday di R&R. Rasa terharu….sebab takde lilin cucuk kat kek haha. Apa² pun syukran kepada sahabat² atas pengalaman yang sangat bermakna ni. Nasib baik tak kena prank kat R&R tu hehe. Katanya nak prank kat Sik lagi tapi takde idea nak prank apa. Fuh…nasib baik hehe.

Sampai ke rumah sekali lagi terkejut. Ada sebungkus hadiah atas meja. Bila dibuka, hadiah tersebut merupakan sebuah MP3 Player yang dibungkus dengan kotak silika. Taulah saya hadiah tersebut dari US yang dikirimkan oleh Russell Brunson, seorang Internet Marketer terkenal dunia.

pb151066 Hadiah Harijadi Dari US

Beberapa hari yang lepas saya berkunjung ke laman web beliau yang menerangkan tentang Micro Continuity. Secara jujurnya saya tak faham 100% apa yang diceritakan pada web tersebut. Apa yang saya tau ianya adalah satu coaching tentang bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan Internet. Bila saya usha laman web beliau, tiba² mata terpaku pada satu imej MP3 player ni. Menurut Russell, beliau akan berikan MP3 player tersebut secara percuma. Kita cuma perlu bayar harpa shipping sahaja. Sebagai bonus, Russell masukkan 4 klip audio berharga tentang coachingnya dalam program Micro Continuity ni. Jadi bolehlah dengar di mana² je tentang perniagaan Internet. Bagus juga cadangannya tu.

Saya menganggapnya sebagai satu hadiah harijadi saya yang ke-25 ni icon wink Hadiah Harijadi Dari US

pixel Hadiah Harijadi Dari US

2 Comments

  • Happy belated birthday!
    Ceria selalu! (^_^)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    terima kasih :)

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks