Hadiah Harijadi Paling Istimewa

Dua hari blog ni tak berupdate. Selalunya aku akan buat entri draf sekurang-kurangnya satu entri sehari. Tapi dalam dua hari kebelakangan ni tak ada kesempatan langsung nak prepare. Sebabnya dari 13hb lepas hingga sekarang aku masih lagi kat Hospital An-Nisa, Kota Bharu menyambut kelahiran puteri sulung yang comel yang selamat dilahirkan pada pukul 12:45 tengah hari semalam, 14hb November 2010. Syukur alhamdulillah :)

Kebetulan, hari ni pula adalah harijadi aku yang ke-26. Hampir seminggu yang lepas isteri aku bertanya hadiah apa yang aku nak. Macam biasa kalau orang tanya nak hadiah apa mesti aku jadi blur. Tapi tanpa diduga isteri aku hadiahkan seorang baby girl sebagai hadiah harijadi aku hari ini yang sepatutnya lahir sekitar 18 November nanti. Tak ada ungkapan yang paling sesuai dapat aku ucapkan selain ucapan terima kasih dan bersyukur.

Cadangan nama dah ada cuma belum tetapkan lagi mana yang lebih sesuai. InsyaAllah esok atau lusa aku akan buat entri penuh untuk detik-detik manis ni. Atas permintaan kawan isteri aku juga aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri ketika berada di dalam labour room saat-saat isteri aku bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. ni.

Jumpa next entry ;)

44 thoughts on “Hadiah Harijadi Paling Istimewa

  1. Pingback: CONTEST PIC Hitam Putih PALING COOL! | Amirez (dot) com

  2. tahniah bro… mesti bro tengah happy sangat kan? hehehe.. tahniah sekali lagi.. and of course, selamat hari lahir bro.. semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan diberi kesihatan sewajarnya untuk diri dan keluarga…

    amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge