Fuh, seminggu tak update. Jumaat lepas aku ke KL lagi selama lima hari. Balik Kelantan semula badan aku tak berapa sihat sekaligus mengganggu sikit mood nak update blog eheh. Baru hari ni mood tu datang balik. Jadi sebagai pemangkin semangat aku nak cerita satu kisah misteri tentang Villa Nabila.

Sebenarnya dah dua kali aku post pasal gambar hantu di Villa Nabila yang terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru ni. Kali ni lagi sekali aku nak buat entri yang sama, tapi dengan maklumat yang baru aku dapat tentang asal-usul kisah Villa Nabila. dulu aku dapat menangkap gambar ‘sesuatu’ yang muncul di salah satu tingkap villa tersebut secara tak sengaja semasa aku dengan sorang lagi kawan, Adan, buat lawatan ke sana sekitar pukul 7 pagi pada bulan Mei 2008.
Kalau tanya aku memang aku tak dapat nak explain kat mana lokasi sebenar Villa Nabila ni. Cuma yang dapat aku bagitau villa ni terletak di atas bukit menghadap Danga Bay. Daripada gambar-gambar yang aku jumpa kat forum yang bincangkan pasal villa berhantu ni, pintu gerbangnya terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace (katanya dah takde), tapi struktur villa ni bertingkat-tingkat dan sangatlah luas, siap ada kolam lagi kat dalam. Aku agak pelik sebenarnya bila tengok gambar-gambar forumer tu sebab semuanya gambar dari depan. Rupanya dulu aku naik bukit tu dari arah belakang villa, berhadapan dengan istana Johor. Laluan masuk bukit tu dihadang dengan palang, dengan satu signboard ‘Dilarang Menceroboh’ siap dengan amaran penceroboh akan ditembak. Tak pasti pula bukit tu termasuk dalam kawasan istana atau tak, yang pasti ianya terletak seberang jalan istana.
Kitorang sebenarnya bertiga tapi sorang lagi kawan aku, Naim tak berani nak ke villa tu. Dia cuma tunggu dalam kereta yang aku parking tepi jalan kat kaki bukit tu. Masa tu sekitar pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 6:30 pagi lagi dah sampai tapi tersesat jalan lepas solat Subuh kat Masjid Abu Bakar. Sebelum aku cerita lebih lanjut korang tengoklah dulu gambar yang aku dapat tangkap ni.

Apa pendapat korang? Manipulasi gambar sebab shaking? Pada mulanya aku pun fikir camtu tapi ada kemungkinan juga ianya betul-betul adalah ‘benda’ tu. Kata orang, digital camera yang mempunyai 5 Mega Piksel ke atas boleh menangkap gambar entiti. Sebab apa, aku pun tak tau. Kamera yang aku guna dulu untuk tangkap gambar ni adalah Canon PowerShot A470 dengan resolusi 12 Megapixels.
Baru-baru ni aku upload gambar ni kat satu group paranormal kat Facebook. Ramai yang impress. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ni bagitau yang rumah tu adalah Villa Nabila. Pertama kali aku dengar nama villa tu. Terus Google nak dapatkan kepastian. Hasilnya aku terpaku kat forum Cari yang hangat duk bincang pasal villa ni sejak awal tahun lepas lagi. Dari page 1 sampailah page 28 aku baca dalam satu malam semata-mata nak cari kebenaran kisah Villa Nabila ni.



Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.
Apa-apa pun, kisah sebenar Christine Palace atau disalahsebut sebagai Villa Nabila ni masih lagi kekal misteri. Dan satu lagi, rumah yang aku pergi ni tak pasti adakah ianya Christine Palace yang sebenarnya sebab di sebelah rumah ni ada bangunan bertingkat yang mempunyai pintu pagar di kaki bukit. Mungkin ianya adalah dua banglo yang berbeza berdasarkan struktur bangunan yang berlainan.
seram je tgk villa nie….tp yg xphm nye..villa ni brpe tgkt sbnr nye???ade stgh gmba yg sy tgk kt smber2 lain ade yg bertingkt2…yg ni nmpk mcm bgl0 stgkt je??
yang betulnya rumah yang bertingkat2 tu sebenarnya…tak silap ada 3 tingkat. yang ni rumah kat sebelah villa tu. silap info. ingatkan rumah ni dah yang orang duk cerita dulu hehe. tapi rumah ni pun seram jugak. takde pulak orang sebut2 pasal rumah ni.
versi 1 uh yg btl kowt…sbb mber i kate pown cm uh…tpi cter die da smar2 skit kt fkiran i…n lgi 1..i pown dok jhor jgak…
mungkin betul mungkin tidak. owh..johor kat mana tu?
rumah nenek aku dekat je wei dengan tempat ni ..
ye ke. cer update sket kat situ sekarang ni camana
bodoh jer kau nie nk kencing x agk2
aku yg duk jb pun tak lalu situ, memang menyeramkan
Entri Terbaru hairulafiz » 2012 Tahunku Yang Kacak
ye ke. dengar kata laluan depan tu agak suram…
memang nak2 kalau lalu waktu malam…sunyi walaupun dekat dgn jalan utama
sekarang ni ada lagi ke villa ni? pernah baca kat forum katanya dah dirobohkan…
wah amirez blh join team mazidul ni..
erk xseram ke snap 2 gmbr ada “benda” tue?huhu…
Entri Terbaru cik tom » Rahsia Teknik Psikologi Trafik download PERCUMA!!
kalau duk KL lagi memang nak join mazidul
mula2 tak seram. lepas tu baru terasa. ada peristiwa pelik berlaku masa tengok gambar ni malam2. hmm..boleh buat entri ni hehe
mmg menarik bc citer2 misteri mcm nih.
Entri Terbaru aswadz » Panggung Terbelah Hoax!!!
ada yg suka, ada yg tak. yg penting hormatilah apa minat org lain
terima kasih sudi singgah ke sini
x de ape pun nak takut hahaha
Amirez demo ni org klate ko?…cuba siasat dua tempat 1 kat kem puswatan pusat latihan askar wataniah ipoh perak dalam kem tue ada 1 buaian yg tak berani di usik oleh semua anggota tentera dan masa dlm kursus kami juga di larang mendekati buaian tersebut pernah gak saya tanya staff saya tentang buaian tue tp diorg berkeras tak mau menceritakan sejarah buaian tue sekiranya sesiapa berani duduk atas buaian itu macam2 perkara anih dan berlaku saya tak berani nak huraikan sbb ini rahsia kem tue dan 1 lagi kalo ada masa dtg ke besut disitu ada istana lama usang di area kampung raja dekat sungai sekarang istana itu dijaga waris keturunannya khabarnya banyak benda2 misteri disitu.
Officially duk kelate, tapi asal sabah
Tak pernah dgr lagi pasal buai kat kem ni. Misteri betul nampaknya. Menarik. Nanti saya cuba selidik dulu kat internet. Nak ke ipoh entah bila. Kalau still lagi duk KL bolehlah ke sana.
Dulu selalu ke kg. Raja tapi tak pernah pulak dengar pasal istana tu. Ada masa insyaAllah saya ke sana….kalau ada teman hehe.
Terima kasih Razali atas info yang sangat menarik ni
sy paling suka baca kisah yg awk ceritakan ni..klu blh sy nak tau juga apa sbb nya buaian tu x blh diusik.
[...] ini. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Vila Nabila ini saya cadangkan anda membacanya di blog ini. Ada 5-6 versi pasal rumah ni. Entah mana satu yang betul tak tau. Ok teruskan menghantar gambar [...]
bulu roma ni asik berdiri jer.. apahal??
Entri Terbaru NoNg AnDy » Serbuk Perasa MSG a.k.a Ajinamoto
Pernah gak dengar citer psl villa ni, tp tak amik tau yg mn satu villa nye, owh skrg dah tau area mn villa nye.. Tp kt sini mmg byk villa yg ditinggalkan, salah satu milik seorang doktor yg mati tembak diri sdri lepas merogol semua ank perempuan dia, aku lupe plak ape nama doktor tu, citer ni aku tahu dr arwah makcik aku yg bekerja sbg Amah dlm tahun 70an, kat HSA… Dia pun kenal dgn doktor tu, cume anak2 doktor tu ape citer skg aku tk tahu.
owh, doktor tu gila ke?
sy nak shoot kat sana..
agak2 selamat x??
dah tgok tmpt ni smlm..
rasa cam tercabar nk wat shooting kat sana..\
tak dapat nak jamin selamat atau tak
[...] memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Mari lihat gambar-gambar yang diambil oleh blogger Amirez sekitar rumah [...]
bro yg xprnah dgo vila nabila ny…rse nyer dy dk bodo…..vila nabila ny cme mainan aq jew….aq da brpe kali masok ….ad jgk gnguan…tp prgaduhan skinhead lbey mncbr….ha3….skin JB …THE SUSPECTS…..
seram gak.. jom g nanti….
Entri Terbaru Akulah.com » Warga Asing Mabuk dan tertidur sekatil dengan isteri orang dan anak
Serius ke?
Boleh tak kamu berhentikan cerita ini sebab tiada cerita tentang villa nibila ini hanya rekaan saja dari orang yang membuatnya-tiada satu rekod pun di balai polis johor.Sebab telah di tanya di balai tentang cerita ni….tapi tiada saya harap mereka yang membuat cerita ni fikir dulu jangan diri sendiri yang terjebah…..hentikan
byk sgt versinya..huhu
Entri Terbaru Jebeng Otai » 5 Kolam Air Panas Terhangat Di Malaysia
cerita mulut ke mulut…biasalah…macam2 versi hehe
kat area situ memang ada 2 villa yg sering org kata ianya villa nabila.. kalau ikut gambo yg dipost, memang villa nie dah dirobohkan.. lagi 1 villa still ada.. so tu yg ada org kata dah roboh dan ada kata blom roboh.. selama 35 tahun aku duk JB nie, tak pernah plak dengar nama villa nabila nie.. ntah mana datangnya nama nabila nie..
owh macam tu. rumah ni sebenarnya yang dah roboh rupanya. yang sebelah 3 tingkat tu ada lagi la ek?
nama nabila ni orang saja reka kalau tak silap. nak bagi bunyinya sedap…villa nabila. biasalah cerita mulut ke mulut ni makin didengar makin banyak tokok tambah eheh
alahai..panjangnya komen lebih dari entry..hahaha..tapi best la..suka baca cerita yg pelik2 ni. Ok… 1st komen utk tahun 2012. So, saudara dah pergi ke rumah2 berhantu kat Shah Alam? Nak tau jugak pengalaman saudara sendiri kat sana. Memandai je paksa org pergi. bhahahaha…Tapi jgn ajak sy! lalalala…
Entri Terbaru Redha » Kau yang Istimewa
yang kat seksyen 2 tu ke? selalu gak dengar pengalaman orang kat rumah tu tapi setakat ni belum ada kesempatan lagi nak ke sana. kalau bujang bolehlah luangkan masa. dah kawen ni agak terbantut sikitlah hehe. apa2 pun, insyaAllah kalau ada masa saya cuba ke sana. for sure tak pegi sorang2 haha
Salam.. kt sekn 12 n sekn 2/4/5 shah alam.. banyak rumah angker.. [ernah gi sekn 12 nyer mmg seram
Owh yeke. Saya pernah ke seksyen2 tu tapi tak tau pulak ada tempat seram kat situ. Thanks bagitau ek. Ada masa saya ke sana nanti
klau aq ade kat c’tu gerenti i can’t sleep until i die……
aku berasal dari JB, memang bnyk cerita aku dgr dari mulut orang, ada cerita yang sama dan ada juga yang tak, untill now, rumah tu still ada lagi, dekat depan rumah tu dah tak nmpk rumah dah, dah jadi hutan, but ada juga orang pergi ke rumah tu untuk mencari smthng yang orang selalu cerita.
owh ada lagi rupany. jadi gambar rumah tu dirobohkan tak betullah ye. patutlah nampak lain je kawasan sekitar yang dirobohkan tu
Lepas ni ko pergi ungkai misteri rumah tunku kudin kat penang…smpi skrg x da siapa pun yg berani pergi…kononya rumah tunku kudin ada terowong bawah laut..wallahualam
kat penang ek. area mana? insyaAllah kalau ada kesempatan. terima kasih bagitau.
kat gelugor berhampiran maktab perguruan (RECSAM)
Salam bro. Klu bro berminat nak wat survay ttg rumah2 @ tempat2 yg berpuaka di penang. Banyak tempat lg yg menarik. cuma berani @ tak jer. Boleh kita aturkan. Boleh reply email bro utk urusan lanjut.
salam bro.
kat penang ye? nak temankan ke ni? dah lama tak ke penang. InsyaAllah kalau ada urusan ke sana bolehlah sambil2 tu buat keje seekers
apa2 nanti saya email bro
chopp!!! ni kat jalan skudai @ jalan straits view ni? kalau jalan straits view … ada 1 je rumah kat selekoh tu … dekat dengan istana … rumah tu memang besar, macam mansion pun ada jugak …
saya bersekolah di johor bahru … tiap kali naik bas pi bandar memang suka sangat tengok rumah-rumah kat area situ … ni rumah yang dimaksudkan ni dekat dengan m-suite atau dekat dengan kelab jepun?
erk..saya tak ingat dah area tu macam mana rupanya. rumah ni atas bukit menghadap danga bay. kalau nak naik bukit ke rumah ni dari arah belakang kena ikut jalan istana
hehehe tu jalan skudai, bukan jalan straits view … rumah tu kat tepi selekoh kan? tak jauh dari rumah tu ada jalan skudai 1 …
erk..tak sure pulak. dah tak ingat sekitar villa ni camana. ada lagi tak villa ni? ada orang cakap dah roboh, siap tunjuk gambar lagi tapi yang peliknya baru2 ni ada yang pergi buat keje seekers kat situ
[...] ini. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Vila Nabila ini saya cadangkan anda membacanya di blog ini. Ada 5-6 versi pasal rumah ni. Entah mana satu yang betul tak tau. Ok teruskan menghantar gambar [...]
errrmmm baru2 ni member aku ade brtau aku pasal villa 2, dia naq tau pasal villa 2, aq x sure, p aq selalu gak lalu area 2, eerrrmmm mmg menyeramkan…. member aq ade cakap, versii 1 tu same dgn membe aq cite… p x sure…. ape2 aq doakan semoga roh nabila tu aman.,….
musykil ni. maknanya villa tu masih ada sekarang ni? hari tu ada orang cakap dah dirobohkan
As salam bleh email kan alamat x…kawasan nie, klu bleh bagi coordinat sekali …TQ
salam, aku baru je naik villa ni pagi tadi dalam pukul 3.00 am. sebenarnya kitorang bertiga je tapi kebetulan ada budakbudak yang nak join adalah dalam 30 orang termasuk perempuan. mulamula memang macam takde pape. tapi bila sampai rumah yang katanya rumah doktor tu ada yang jatuh pengsan. kitorang teruskan jalan sampai naik tingkat paling atas rumah doktor tu. aku memang tak nampak pape la. tapi membe aku kata dia ada nampak 2 kali kelibat perempuan dekat satu sudut tingkat paling atas kat rumah tu. lagi satu kat atas pokok masa dalam perjalanan nak tinggal kan villa tu. kitorang masuk lalu pintu depan villa.
wah tahap keberanian yang tinggi ni. kalau berpeluang mungkin kita boleh JV sama2 ke mana2 tempat angker.
nak tanya sikit…bukan ke villa ni dah dirobohkan? ada gambar tapak villa tu dah kosong
huhu…..law leyh nk ikot???
tak takut ke hehe
hey kawan. buley tanye. kisah villa nabila ni boleh di kaji ke.? kerana yang saya dapat tahu ada yang tak kene kepada pangkaji. sbb saya telah jejak kan kaki ke villa nabila. kadaannya lebih pelik dari gambar yang kamu ambil dan dari segi pantauan rakan seteman saya tiada pekara yang pelik seperti hantu atau lain-lain. kerana sehingga habis kami telah teroka masuk kedalam villa tersebut. dengan penuh bahan tuk mencari hantu tapi tidak jumpa ape-ape.
nak kaji tu boleh. nak jumpa hantu…kalau jumpa itu ‘rezeki’ hehe. kalau tak jumpa pun ‘rezeki’ juga. tapi daripada kisah ni ada yang tak betulnya. biasalah ada orang tokok tambah cerita.
mungkin villa ni tak berhantu, tapi yang pasti mesti golongan jin dah duduk kat sini. jin suka tinggal kat rumah yg ditinggalkan, itu pasti
Psl dato yg dilucutkn status dato 2 mmg btol,,christine place 2 mmg nme villa 2,,cmner ntah jd villa nabilla,,uncle i keje gn dato 2 lebih dr 25taon pai skrg still keje lg,,nama dato 2 – dato yap.. Christine 2 ank pompuan bongsu dato yap n classmate i mase primary school @ convent jb,,skg christine dok kt hongkong,,banglo dato yap tersergan kt kg ubi,jb,,
owh macam tu ceritanya. terima kasih ye atas info ni. kalau macam ni terungkai sudahlah kisah villa ni. perkara yg sebenar pun dah terungkap. terima kasih sekali lagi
setau kite villa nabilla yg wrne biru putih tu.. gmbr2 at post ni sume bbeza dgn umah villa nabila.. ?????????
a’a, kat sebelah rumah ni ada lagi villa. mungkin yg tu baru, yg ni tak pasti pula rumah sape
erm =D
dlu time kecik2 suke sgt dgn umah tu. mcm best gile. tp x pnh tw kisahnye. bile da besar ni bru dgr kisahnye, ayh kite mcm pnh ckp whole fmly pemilik umah tu mati dibunuh. x tw la sebenar2 nye
aq msuk x de pape pon mlm2
takde ‘rezeki’ la tu agaknya hehe
seramnye…:P
Entri Terbaru nca » tiada duka yang abadi….
hemmm,,,i have same interest like u bro,,,,nice to know u (=
nice to know u too
thanks for dropping by. maybe kita bleh buat team kita sendiri lepas ni..who knows hehe
yeahh….buleh sangat macam tu!!! i like it!! paranormal’s activity~ ^_^
yg baca + tgok gmbr ni pon dh seram..tp bila baca balik versi2 cerita diorg ni semua cliche..asal ade rumah hntu je msti kluar cerita yg sama..haha
streotaip kan?huu
ha’ah..
haha..biasalah tu…melayu
ermm.. sebenarnya ini bukanlah villa nabila, nama sebenar tempat ni adalah christine villa, dulu ada tanda nama dia terukir dekat pintu masuk waktu tempat ni gah berdiri pada tahun 90an… aku? tak tahula entah mcm manalah tempat ni leh di tukar nama jadi villa nabila, dan segala citer karut yg dorg dok ubah suai hingga jadi cerita hantu, konon ada budak pompuan mati kena bunuh kt situ la… karut la…. itu sumer citer org yang tak tahu hujung pangkal… main sebut jer,.pastu bila citer ni dorang sebarkan dari mulut ke mulut christine villa yang pada asalnya memang xder misteri.. alih2 jadi sebuah rumah berhantu dek angkara mulut ke? mulut…. klu tanya org jb di awal tahun 90an… mesti dorang jawap itu bukan villa nabila.. actually christine villa.. sebuah rumah percutian ala2 peter stuyvesant.. ownernya adalah seorang dato’ berbangsa cina.. masa dia bangunkan christine villa ni dia memang tengah top and naik kt jb…tapi dato’ ni kemudian di lucutkan ke dato’annya atas sebab kes yang xbleh? nak di beritahu… then dia anak beranak kira mcm low profile la lepas insiden tu, tapi rumah baru beliau tersergah indah dekat area kangkar tebrau johor..
Jadi christine villa ni dia tinggal mcm tu jer dia pun xmampu nak tanggung malu atas sebab tertentu… jadi org yang tak tahu pun nama asal villa ni main sebut jer.. janji ada bunyik LA. LA kt blakang dia…jadi from now onwards.. stop la panggil villa ni villa nabila.. xder kna mengena langsung nabila dengan tempat ni… owner cina.. seorang dato’ yg dah dilucutkan kebesarannya… harap2 hentikanla spekulasi ni.. tempat tu pun skang ni dh tak seram mana, sebab jiran dia dh tarah? tanah2 tepi tu.klu korang tanya aku mana aku dapat citer ni jwpnnya sbb msa kjadian 90an,umur aku 21 tahun hocayyy… sjk aku kecik lagi slalu dok lalu lalang dpn christine villa ni.. dari dia gah smpai la dia di kosongkan
terima kasih atas info ni ye alif.
pernah juga terbaca info villa ni sebagaimana yg alif bagitau. lupa nak masukkan sekali. cuma sy ada bagitau nama villa ni christine palace dlm versi yg ke lima. hampir2 dah tu hehe.
biasalah cerita mulut ke mulut ni org akan tambah2 nak bagi lagi sedap didengar. harapnya kisah karut tu dah takde lagi dah lepas ni
serius beb, meremang tengok gambar kat tingkap tu huhu mesti de pe pe tuuuu
hurm,xtau version mne satu yg betul..tp mmg agak seram la keadaan rumah tu..huu
biasalah bila orang bawak cerita dari mulut ke mulut, ada yg nak tambah garam gula sikit bagi lagi sedap hehe
amirez cuba kau pergi siasat kat rumah hantu rumah hantu yg kecoh tu kat shah alam tu…yg bdk uitm sewa tu
Entri Terbaru farhan » CONTEST SKETCH PALING GILER
teringin gak nak ke sana. insyaAllah kalau aku ke shah alam bolehlah siasat. sekarang ni duk kelantan
Wohooo , cuba suruh UNCLE SEEKERS pegi sini wat ala2 PENUNGGU ISTANA . kali ni PENUNGGU VILLA pula :O hahahahah adoidaii btw , agak seram juga cerita ini
seekers dah pernah ke villa nabila ni tapi kalau tak silap diorang tak masuk satu bahagian rumah yg dikatakan paling kuat diganggu. tak berani agaknya hehe
uncle mana berani…dia gebang je lebih…..tapi bro…klu nak cari benda2 ni kena ada sorang yg pandai bro..yg pandai tentang alam ghaib…
ye memang betul. tak boleh pergi sendiri2 melainkan diri sendiri dah ada pendinding. kena rasuk atau benda tu ikut balik susah pulak nanti
ni pergi siasat sendiri ke ape ni?boleh masuk geng misteri nusantara
pergi sendiri dgn kawan 2 orang, tapi sorg tu tak berani nak ikut. dia tunggu dalam kereta
kau tau tak pasal rumah hantu yg kecoh tu kat shah alam tu…yg bdk uitm sewa tu..ade btul ke rmh tu..
owh rumah tu. aku tak sempat nak g selidik. skang ni tgh konfius rumah tu ada lagi atau tak. ada yg cakap dah dirobohkan, ada yg ckp terbiar gitu je tapi ada org bersihkan kawasan rumah tu. tp yg pasti rumah tu memang ada, aku dah tengok gambar kat forum Cari. ada lagi bberapa umah lain yg angker kat shah alam tu sebenarnya
rumah 2 yg penah kecoh lm fb 2 ke?pasal geng2 diorang abis meninggal bila sewa kat umah 2??kena kacau ngan antu dak pompuan
kalau yang semua meninggal tu tak pernah dengar lagi. yang kat seksyen 2 shah alam tu cuma 2 org kawan diorang yg meninggal lepas pindah dari rumah tu. entahlah betul ke tak cerita tu. tak pernah dengar lagi cerita daripada diorang sendiri
jum..rmh doktorke..yg dekat jln nak gi ampang point tu.aku pegi dah lamadah..lupa lorong brapa tu..dgr org ckp dah dirobohkan..tak tau la..
owh. ingatkan belakang zoo negara. ok gak tu wat aktiviti paranormal kat situ kalau umah tu ada lagi
menarik entry seram ni…Amirez kau penah pegi rmh hantu banglo kat ampang..seram..
kat ampang lum lagi. yg rumah doctor tu ke? nanti ada peluang boleh kita pegi sekali
Yeke… cis kne tipu nmpknye.
Klu leh amirez cri la lg citer paranormal mcm ni.
Teringin nk tahu.huhu..
kena buat kategori kisah seram la ye hehe. insyaAllah kalau dapat sambutan
Menakutkan…sy ske citer tntg paranormal ni.
Tp tkot nk pegi tmpt2 mcm ni.hehe..
Lg2 klu hntu tu leh bunuh org.
Mcm citer penunggu istana
sekadar minat mendengar jelah ye
cite penunggu istana tu sekadar lakonan semata2. memang betul semua tu drp kamera diorg tapi yg part bunuh tu cuma berlakon. pelakon2 tu pun hidup lg sampai skang terutamanya amar, siap update status kat fb lg sampai skang ni hehe
WOU SERAMMMM SEJUK DIBUATNYE…HAISHH DA LAH LE NME VILA TU SME NGAN NME SY:XP
hehe. tapi tak wujud pun sebenarnya nama tu. nama lain sebenarnya. pasni bolehlah anis buat rumah letak nama villa nabilah
erkkkkk .. sangat2 menakutkannnnnnnnn !!!! :/
huh..memang tempat berhantu ke? ce bro gi waktu malam, dlm pkul 3 pagi maybe lagi banyak makhluk Allah tu..hehe
mungkin eheh
Dengan penuh tekun, aku membaca artikel ini. i’Allah, akan bertanya kepada seorang rakan yang memang berasalh dari Johor. Teringin pula untuk tahu dengan lebih lanjut.
Entri Terbaru Hadi Rofiee » Ini barulah kaya
wah, bagus. terima kasih. harap ada penjelasan konkrit dengan misteri ni
ngaaaaa~ takot !!! i hate horror story.. pas ni nak p toilet pon takot..
toilet kat luar umah ke sampai takut sangat ni hehe
Beselah… i ni kan org kampung.. toilet 2 km dari umah.. org asli nomad camtu la hidupnye.. hahaha ~.. eee.. tgk gambar je da takot.. takde maknalah nak pg tgk dekat2
apa ni..muka ganas macam gothic tapi penakot
ok bro, yg terlebih org tu agak seram..benda tu menyamar jadi salah seorang la kan?
kawan bro yg dok kat kereta tu tak kena kacau?mana tau ada benda menyamar jadi bro dgn kwn bro
Entri Terbaru tengkorak emas » Setahun pelayaran
biasanya kalau yg terlebih tu dia akan tunduk muka je. tegur tak jawab. selalunya tak kacau pun, sekadar nak join hehe.
kawan dalam kereta tu boleh lak dia tido huhu. hantu datang kacau pun sure dia tak perasan punya
Aduh, kelakar tu.
Entri Terbaru Hadi Rofiee » Ini barulah kaya
fuhh~
seram tak seram la bro.
ini semuanya gangguan setan.
moga kita semua dijauhkan,
amin.
Entri Terbaru hafidz » Album Review – Bittersweet Empire’s Transition
amin. kalau setakat nampak je takpe lagi, tapi mintak jauh sangat2lah daripada kena ganggu bagai huhu
ciss. terbaca waktu malam plakk..jangan kaco aku nabila, kacau si amirez nih aa..
Entri Terbaru titan » Komisen ke 75 dari TNX
hahaha. kalaulah cerita nabila ni betul2 wujud, agak2nya maybe umo dia sekarang dah sekitar 30-an atau dekat2 40-an
terasa keseramannya jugak bila baca posting ni. Bro minat dgn paranormal activity ke?
Entri Terbaru afzal laidin » 2 Musuh Utama Menghalang Kejayaan
minat juga afzal
ada niat nak menyiasat tapi biarlah dengan orang yg ada ilmu. takut kena rasuk nanti susah lak
best fakta ni.. dah macam tengok cite seekers..
tapi selama saya jalan2 kat danga bay,pantai lido n istana tuh tak pernah plak perasan ada villa atas bukit..atau mungkin tempat ni tersorok?..hmm..hmm.. versi 1 – 4 cam pengaruh2 novel je.. hehehe
Entri Terbaru Izwan » Isu Umat Islam! Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam
dgr kata tempat dulu dilindungi semak-samun. memang tak nampak yg kat atas bukit. cuma nampak pintu pagar je itu pun gelap. dgr kata lagi sekarang ni rumah tu dah dirobohkan cuma tinggal beberapa rumah je yg masih lagi kekal
Fuhhh..meremangggg…..saya biasa juga ke danga bay. pernah berskolah di SMT JB. Hmm…tapi tak perasan laksss
Entri Terbaru juanita » 7 jam
maybe sebab tempat tu dah terlalu tebal semak-samunnya sampaikan orang tak perasan pintu masuk kat kaki bukit tu
aku x minat sangat ceghita hantu nih..bukan x percaya dan bukannya nak takbur. seumur hidup aku alhamdulillah x pernah lg jumpa hantu..hanya hantu yg boleh nampak hantu..
Entri Terbaru MDHAFiZ.NET » Racism In Malaysia
macam pernah dengar je ayat “hanya hantu yg boleh nampak hantu” eheh. tak ada apa yg nak ditakutkan kalau nampak hantu sekalipun. hantu ni cuma istilah orang melayu. lebih tepat disebut jin yg jahat yg cuba menggangu manusia
sbb tu ar….Alhamdulillah bro pernah dgr ayat tu..
aku kalau bab nyanyi lagu “Cinta Untuk Nabila” boleh lah..kalau hantu nabila jangan main-main..hehe
Entri Terbaru MDHAFiZ.NET » Racism In Malaysia
ayat dr. fadhilah kamsah eheh.
tapi takleh pegang ayat tu sepenuhnya..
sebab ada org dibukakan hijab utk nampak benda2 ghaib macam ni
versi #4 tu mcm klakar pun ada gak..mcm tak logik la..haha
yg penting da terbaca entry ni tgh mlm…ciss..ni yg payah nk lelap nih..huhu
haha. versi org yg suka buat2 cerita camtulah jadinya. sorilah disebabkan entri ni jadi susah nak tido lak
[...] Semalam ketika aku blogwalking di blog Decrewz, aku terjumpa link seorang blogger yang bernama Amirez yang membuat entri berkenaan Misteri Villa Nabila yang terletak berhampiran Istana Bukit Serene dan [...]
mcm ceghita dalam drama je yg versi 6 tu…
Entri Terbaru MDHAFiZ.NET » Racism In Malaysia
eheh. dah baca versi penuh ke yg tu?
abg hadi.
abg patut pegi batu pahat lah, kat sana ada satu banglo kat tepi jalan raa. mmg seram jea tgk. banglo tu cantik , warna putih tapi mcm takde org tinggal jea.
Entri Terbaru syaz » suka dan benci -
bp area mana tu syaz? abg dulu belajar kat UTHM, tak pernah pulak dgr pasal banglo tu. kalau tau nama spesifik jln tu bgtau abg k. teringin nak siasat hehe
err , dkt dgn medan selera yg ada nasi briyani tu. lebih kurg 500meter before jambatan tu mmg ada rumah banglo putih yg menyeramkan. nama jalan tak tau pulak.
Entri Terbaru syaz » memori tercipta di MidValley
erm..dah tak berapa ingat jalan tu. lama dah. cuma ingat danga bay je. insyaAllah ada masa nak ke sana lagi
abg, msih minat dgn aktiviti paranormal nie ? ade dua tempat.
1)Lokasi : Jalan Kuhara Tawau Sabah.
seorang guru mati di bunuh dirumahnya , dgr cerita , rumah tinggal kosong sampai skg, takde org brani nak tinggal. TETAPI syaz tak percaya sgt lah. mcm mengarut jea.
2)Lokasi : SMK Seksyen 4 BK , yakni sekolah syaz.
bdak2 cina sekolah syaz buat satu kem kepimpinan kat skolah , pada satu malam yg sunyi , mereka nampak ade perempuan berbaju merah kat bengkel kemahiran hidup. mmg menyeramkan ! yg nie mgkn betul , tapi tak tau lah , muncul dpn badak cina jea ke ape.
Entri Terbaru syaz » special for him -
minat hehe.
lokasi yg kat sabah tu jauh sangat nak pergi.
tapi yg kat skolah syaz tu abg pun percaya ada something kat situ. dulu kan abg dgn 3 lg yg lain kena kacau kecuali abg hassan masa kitorang tido kat dewan. masa maghrib dulu ada sorg peserta nampak ada lembaga putih berdiri luar surau betul2 sebelah abg yg masa tu tengah solat sunat. cikgu pun pernah cerita kejadian2 pelik kat area kantin
err , peserta tu syaz lahh. tu psl lah boleh dipercayai sbb syaz ade pengalaman sendiri.
Entri Terbaru syaz » special for him -
eh..syaz ke yg cite kat abg dulu? rasa mcm org len je hehe. maknanya syaz ada six sense la ni ye?
haha. syaz lah orgnye. dulu form3 , skg dah form5. lain lah.
six sense? lebih kepada anugerah Allah kot , tuhan bg syaz pinjam pengetahuan Dia. tapi. .skg syaz rase nak tutup “hijab” tu. tau tak mcm mana ?
Entri Terbaru syaz » i wont leave you until you dump me
hehe..ingatkan orang len
kiranya syaz selalulah nampak benda2 pelik ni ye?
kalau nak tutup hijab..kena mintak tolong ustaz yg tau pasal ni. kat kelantan ada sorang ustaz yg pandai tapi abg tak kenal sape n kat mana
wahh ! takde jauh lg ke bang ? haha. tak tau lah , tapi kalau boleh mmg nak tutup hijab nie. nmpk byk2 pun , tak bgus gak. bkn tak bersyukur , tapi nsb baik nampak yg elok sikit , tak lah mcm cte2 hantu kat Malysia nie.
Entri Terbaru syaz » i wont leave you until you dump me
hehe. trylah tanya2 orang..mesti ada punya
abg hadi ! http://hafiziown.blogspot.com/2011/06/ever-school-have-its-own-scary-story.html
read here. ada bakat jadi journalist cite seram tak ?
wah wah. nati abg baca
misteri sungguh…. yang part5,6 tuh menarik untuk dibaca yang awal2 tuh macam pendek sangat, tak kukuh, tapi seram jugak, disimen bawah/tepi dinding… hehe….
Entri Terbaru zik » Imam muda 2- 2011 minggu ke5 hendonisme
versi awal2 tu mungkin yg jenis orang suka bawak mulut hehe
first time dengar nama Villa Nabilla w/pun aku org Johor..klu tak silap, klu dkt area Istana Bukit Serena, banyak rumah pattern lama, rumah pegawai kerajaan..mmg perasaan ada beberapa rumah lama yg ditinggalkan semak samun…
Entri Terbaru Nadri » LYNAS- Gebeng & Bukit Merah Punyai Persamaan
sekarang kat jb lagi ke bro? kalau minat harap dapat cari kebenaran kisah ni
Misteri Villa Nabila di Johor Bahru | Amirez {dot} com…
misteri villa nabila di johor bahru yang kerap menggangu orang yang ke sana…
[...] http://blog.amirez.com/hantu-nabila-di-danga-bay/ [...]
Best entry ne,macam seekers pulak,tapi saya tak minat da ngan uncle seekers tu,ad duit nanti nak try la beli kamera 12 pixel kot2 boleh tangkap scene entiti .
Entri Terbaru Andy » Simple Resume
kamera canggih2 sekarang ni dah makin murah. yg 6mpx pun rasanya dah jatuh harga sekitar rm300+ eheh
Alamak.

Cerita hantu ke bro?
Seram jer baca ni. Nasib baik masih siang lagi ni.
Entri Terbaru Sabahan Bloggers Club » Check saman online
hehe..tak seseram kalau pergi ke sana sendiri
alamak terbaca before tido.
dahla penakut. wuwuwu
Entri Terbaru Hanis » Join Contest Sebagai Hobi
alamak..sorry huhu. sila lupakan..
esok baca balik hehe
hahaha. takbley.
lepas baca entri ni terus baca forum tu dari mula.
tapi sampai kat page 11 mcm tu tetiba dah takleyh loading dah.
*seram*
terus tido.
hoho. adalah tu benda yg x bg loading
saje nak usik hehe
he3.. Dah macam paranormal la bro.. Lepas ni boleh usha bukit antarabangsa.. Kan situ dah lama ditinggalkan.. Jai pernah pergi tahun 2005 dengan roomate masa tengah study, kononnya nak cari hantulah.. (Budget berani..ha).. Last2 baru je masuk, dah cabut lari sebab kena kejar ngan anjing..hu3
Entri Terbaru decrewz » Download Video Maharaja Lawak Astro Minggu Ke 9 Full
hehe. minat sejak sekolah lagi sebenarnya
bukit antarabangsa ek. ada masa nanti kita pergi sekali, nak? tapi kena kejar ngan anjing lagi takut sebenarnya daripada jumpa hantu. hantu tak boleh geget hehe
Abis, sape nak gigt hantu nih…ha3
Entri Terbaru decrewz » Download & Tonton Filem Kongsi 2011 Online
berani ke? hehe
x.. ha3
Entri Terbaru decrewz » Download & Tonton Filem Kongsi 2011 Online
Assalamualaikum,
Errrr…baru je nak mula meremang bulu roma. Ingatkan HANTU yang kejar…rupernya anjing hu hu hu
Entri Terbaru Anyss » Tarif Letrik naik Mulai 1 Jun
hehe. jai ni memang