Proton Saga FLX Baru dengan CVT

Proton Saga FLX baru

25 Julai 2011 yang lepas Proton menambah koleksi keluaran kenderaan nasional dengan kelahiran Proton Saga FLX yang merupakan model penambahbaikan bagi Proton Saga FL yang mampu memberikan pemanduan lebih lancar dengan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro. Penggunaan CVT pada enjin mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) secara paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan. Saga FLX dikatakan mampu memberi penjimatan petrol sebanyak 4% atas jalan biasa manakala sebanyak 10% di atas lebuhraya.

Terdapat dua model bagi Saga FLX iaitu FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive dengan transmisi automatik dan manual yang didatangkan dalam 5 jenis warna; Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terbaru Elegant Brown. Proton Saga FLX dilengkapi dengan 6 kelajuan CVT dan juga terdapat transmisi SAT (Stepped Automatic Transmission) Switch yang menukar kepada transmisi automatik 6 kelajuan standard secara serta-merta.

SAT Switch Proton Saga FLX

Proton Saga FLX 1.3 Executive dilengkapi dengan Anti-Lock Braking System (ABS) yang membantu menstabilkan kenderaan semasa brake yang agak mengejut bagi mengelakkan daripada kemalangan. Model Executive juga dilengkapi dengan EBD (Electronic Brake Force Distribution) yang mengawal daya brake ke atas setiap tayarnya selain daripada ciri keselamatan seperti air bags yang tiada pada model FLX 1.3 Standard.

[youtube]uDpypa_hoek[/youtube]

Harga bagi Proton Saga FLX 1.3 Standard ialah RM41,998 OTR manakala bagi Saga FLX 1.3 Executive berharga RM44,298 OTR. Dikhabarkan setiap tempahan pada masa ini akan dapat dihantar sebelum menjelang Hari Raya nanti. Sempatlah kalau nak bergaya dengan kereta baru ;) Info lanjut tentang Proton Saga FLX di sini.

Kredit: Paultan.org

29 thoughts on “Proton Saga FLX Baru dengan CVT

  1. Totally agreed with it..after having a look on this.

    http://says.my/greenlife/proton-saga-cvt

    The Proton Saga has been a part of our Malaysian heritage with multiple innovations over the past years. Take a look at the new features in the ProtonSaga has this year. Find out what CVT, ABS+EBD and Proton Ride & Handling means, and how it would benefit your drive.

  2. Kiranya FLX ni bley jadi dipandu manual and auto ke?

    Tapi kan memang sayang la sebab harga kereta di Malaysia buatan tempatan pun mahal.

    kata ramai orang beli keluaran proton..patutnya boleh la dapat murah kan.

  3. Pingback: IMCurtain.com

  4. Pingback: ping.yanmieonline.com

  5. engine campro…hahaha tahun ni dah tiga kali masuk bengkel kerana engine campro nilah sampai abang bengkel 2 kata memang ramai tak suka engine campro selalu rosak…last kakak kata ambikla saga baru ni terus ayah kata “saga baru engine campro, tak usah”…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge