Hari Ini Cuti, Yeay!
Hari ini cuti bagi mereka yang bekerja di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur termasuklah ofis aku yang terletak di sempadan KL-Selangor. Cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari semalam. Macam biasalah, dibawa ke hari Isnin kalau cuti jatuh pada hari Ahad. Cuti daripada bekerja memang seronok, tapi tak seronok kalau cuti dibiarkan begitu saja tanpa pengisian aktiviti menarik.
Hidup aku hari ini bermula seawal 4:30 pagi. Sebenarnya pukul 3:30 lagi aku dah terjaga. Risau kot² si dia sampai awal. Memang betul pun si dia sampai awal setengah jam daripada jangkaan aku. Lebih kurang 4:15 dia call. Siap² mandi, pakai baju, seluar tak dilupakan juga, terus aku ke tempat dia diturunkan. Laju betul bas tu bawak. Bertolak dari kampung pukul 10:15, sampai kat sini pukul 4:30. Kadang² bila fikir tak logik akal jugak boleh sampai selaju tu. Mungkin sebab awal pagi, jalan lengang tanpa kenderaan.
Bawa si dia round² KL tanpa arah tujuan. Nak hantar terus ke rumah pakciknya takut ganggu tidur pulak. Pertama kali aku masuk KL seawal itu. Barulah terasa yang KL pun ada waktu lengang tanpa manusia. Kadang² tersilap masuk lorong bertentangan. Nasib baik cuma kereta aku yang berjalan haha.
Solat Subuh di Pantai Dalam, tak ingat nama masjid tu apa. Kat dalam masjid lebih sejuk daripada kat luar. Entah berapa darjah suhu aircond dia pasang. Terketar² dalam qiam. Selesai solat, kami makan roti yang beli kat 7-Eleven tadi. Perut aku betul² kosong. Semalam cuma makan mee cintan dua bungkus. Siapa suruh malas makan nasi, diri sendiri yang kelaparan.
Jalan² lagi tanpa tujuan.
Lebih kurang pukul 8 pagi, kami singgah sarapan kedai mamak kat Bukit Rahman Putra. Ada dua kedai mamak kat situ. Aku try satu yang hujung. Satu lagi dah try nasi Arab lebih kurang dua minggu lepas. Boleh tahan. Terasa keArabannya. Kalau ada daging kibash, mau terangkat serban.
Berbincang tentang masa depan sambil menjamah roti canai. Pukul 9 hantar si dia balik ke rumah pakciknya, tak jauh dari Bukit Rahman Putra. Tapi perut kami sama² rasa tak best. Seakan ada ombak menghempas pantai dalam perut. Sangatlah tidak selesa. Mungkin kuah kari mamak tadi punya angkara. Sampai aku tulis entri ni pun dalam keadaan perut tak tenteram. Janganlah terbawa² sampai ke ofis esok.
Sampai rumah dalam pukul 10. Jenguk roomate kot² dah bangun…tiada. “Mana pula dia pergi pagi² ni?” Tanya aku sendirian, bukan ada orang boleh jawab pun. Lepak bawah layan Facebook. Perut tak best lagi.
Pukul 12 tengah hari, dengar bunyi motor. Roomate aku tercengang depan pintu dengan pakaian yang kemas lagi segak. “Laa…cuti rupanya hari ni!” Hahaha. Rajen benor dia pergi kerja. Orang dah bagi cuti gunalah masa cuti tu sebaik mungkin. Sorang lagi staf pun sama, tak tahu hari ni cuti. Rasanya HR dah bagitau semalam semasa majlis harijadi anak bos. Duduk sebumbung dengan HR, tapi jarang sekali dapat bersua muka. Nasib baik aku pergi majlis harijadi semalam dengan HR. Kalau tak, rasanya aku pun turut sama merajinkan diri ke ofis hari ini.
Sayang Selangor tak cuti. Kalaulah cuti, boleh juga ke Tasik Permaisuri dengan si dia. Tak pun pergi Zoo Negara ok juga, tak pernah jejak ke sana lagi. Tapi kalau ada DSLR, baru puas hati nak jalan² tempat macam tu. Adik aku baru beli Nikon D60. Jeles juga terasa di hati. Bilalah agaknya aku kesampaian untuk memilikinya satu huhu. Semalam Hassan kata kawan dia dapat stok murah kamera dengan laptop. Usha bagus juga.
Cuti yang tak macam cuti. Tunggu Thaipusam pula.
10 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






jom..g camping kat sana
[Reply]
g tasik permaisuri..aku ikut ;-p
[Reply]
org yg bertanya je cuti haha
[Reply]
cap goh mei tak cuti ke?hehe
[Reply]
dSLR pergh… idaman ku selalu.
tak tau bile bleh dapat. same laa kite~
menunggu mase sesuai… bile nak
kawinnye? miahaha~ dah merancang tuh.. kire cantek la tuh. semoga berbahagia!!!!
AzmanIshak.Com
Azman Ishaks last blog post..Hak milik…..
[Reply]
hehe jarang ada org yg p kerja time cuti neh
bestnye cuti!!!!! heheh
nurulaniss last blog post..~ Berpindah Rumah ~
[Reply]
ada gak org xtau yg dia sedang cuti…
hohoho…….
humbleandmodests last blog post..kebenaran itu tersembunyi
[Reply]
manusia..hehe
[Reply]
terlebih rajen tu hehe
[Reply]
baru bincang dgn Hassan..murah jugak. ntah bila nak sambar 1 eheh.
kawen? ikutkan esk pun nak kawen hahaha. tp ada hal len kena fikir dlu. kita yg nak kawen, org lain yg susah pula huhu
[Reply]