Hibernasi

Assalamualaikum. Entri ini adalah kesinambungan daripada entri yang lepas. Terima kasih kepada yang sudi berikan komen dan juga kata semangat. Saya tak tahu sampai bila saya perlu tunggu mood untuk blogging datang semula. Dah banyak kali cuba untuk buat entri baru tapi tak dapat disiapkan sepenuhnya. Draft entry makin bertambah. Mood pula masih lagi ke laut.

Saya ambil keputusan untuk berhibernasi sekejap daripada update sebarang entri buat masa ini. Tapi itu tidak bermakna saya langsung tidak menziarahi ‘rumah’ rakan-rakan blogger. Saya cuma ‘rehat’ sekejap daripada update di blog ini. Mungkin saya hanya akan aktif di blog satu lagi memandangkan blog tersebut pun sudah agak lama tak dikemaskini.

Theme Baru

Niat untuk menukar theme sebelum ni sebenarnya dah lama. Theme ini pun sebenarnya dah lama saya simpan cuma baru sekarang terdetik hati untuk menggunakannya. Entah berapa kali saya telah menukar theme. Saya seorang yang cepat bosan dengan sesuatu apabila telah sampai had maksimumnya.

Macam mana dengan theme baru ni? Mohon bantuan rakan-rakan untuk bagitau saya apa yang tidak menarik atau tidak berfungsi dengan theme baru ni. Buat masa ni saya belum lagi customize dan uji sepenuhnya lagi. Ada beberapa perkara yang saya sudah tandakan dalam list untuk buat sedikit pengubahsuaian dengan theme ni. Sejujurnya saya nampak theme ni agak serabut dengan banner iklan. Korang macam mana? Kalau korang rasa ok, saya akan teruskan guna theme ni.

Berapa Lama Menyepi?

Tak pasti berapa lama blog ini akan sepi. Harapnya tak terlalu lama sebab saya sangat teruja untuk menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak yang tarikh tutupnya tinggal tak sampai sebulan pun dari sekarang. Mungkin dalam masa ‘cuti’ ni saya boleh timba ilmu lebih banyak sebagai persediaan untuk menyertai cabaran tersebut. Kepada yang menyertai pertandingan SEO ni saya ucapkan good luck semuanya.

Apapun, terima kasih atas sokongan dan dorongan korang semua.

«
»

This Post Has 41 Comments

  1. arrizz says:

    cuti jangan lama sangat bro..kang ada rindu kang..haha..theme kemas, aku suke,hehe..
    Entri Terbaru arrizz » Review The Avengers

  2. muazfaris says:

    wah style kot themes baru ni..
    Entri Terbaru muazfaris » Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2012

  3. chii says:

    semoga kemunculan amirez dr hibernasi nnt akan memberikan satu impak yg baru ya..=)

    chii pun skrg sedang brkira2 utk tukar theme..tp sampai skrg x jumpa yg berkenan di hati..
    chii msk blog sini..x perlu buka lampu kalau time malam..sebab chaya dari blog amirez da leh terangkan mata chii da…eheh
    Entri Terbaru chii » Biar Pecah Di Perut

    • Amirez says:

      impak baru ye? ntah2 sama je hehe.

      terang sangat ek theme ni? tak elok untuk mata tu. buat masa ni saya belum lagi fikirkan pasal warna untuk theme baru ni

  4. zik says:

    selamat berehat bro… aku pun freeze jugak…..
    Entri Terbaru zik » Malaysia 6-0 Sri lanka, Syabas weyh [perlawanan persahabatan 28/04/2012]

  5. LilyNrman says:

    Hai blogger Amirez. Salam perkenalan. Bagi saya, theme ini nampak kemas sbb saya mmg suka warna putih. Namun, saya harap, Amirez dapat mengimbangi widget terutama widget share di bahagian kiri ini kerana ianya sangat mengganggu pembacaan saya di blog Amirez. Jika Amirez dapat enjak ke tepi sikit lagi, atau pilih untuk letakkan ia di keduduakn above the post atau below the post atau above and below the post pon lebih baik. Saya assume Amirez menggunakan plugin TT Social Share macam saya jugak kan? Gembira jika widget ini dienjak sedikit ke tepi. Peace!
    Entri Terbaru LilyNrman » Beta Testing SmartPhones berakhir dengan Nokia Lumia 900

    • Amirez says:

      Salam lily. Enjak ke kiri lagi ek? Ok nanti sy adjust balik. Terima kasih atas komen ikhlas ni :-)

      • LilyNrman says:

        yang blog yang satu lagi pun sama….hehe….bnyk ngomen lak saya ni kan? Sy harap ianya membantu readership saya dalam blog ini dan yang satu lagi..peace! :)
        Entri Terbaru LilyNrman » Blog Worst of the Year dimenangi oleh….

        • Amirez says:

          saya dah enjakkan sikit ke kiri. sikit jelah, sebab saya sengaja rapatkan dengan border bahagian content ni, saya lebih suka macam tu tapi jauh sikit pun takde masalah sebenarnya asalkan pembaca selesa. tapi kalau jauh sangat saya pulak yang rasa tak best hehe. apa2 pun terima kasih komen. kalau ada lagi yang perlu diperbaiki jangan segan silu bagitau ye

  6. mrs.yie says:

    saya pun sama cepat bosan guna satu2 theme tapi sejak guna thesis,lama dah tak tukar2 theme sebab saya risau pisang berbuah dua kali..akibat terlalu banyak kali tukar theme,entri yg saya buat langsung tidak di index google..rasa down sangat masa tu sampai ada niat nak tutup blog..tapi sekarang semuanya dah ok..hehe :)

  7. akubiomed says:

    Kalau hibernasi pun tak apa kerana kuasa SEO blog ini kuat dan iklan yang dipasang pula adalah Innity. :-)
    Entri Terbaru akubiomed » Pasukan celoreng hijau beraksi di padang bersih.

    • Amirez says:

      takdelah bro. tinggi sangat pujian tu. innity ni pun sekadar tampal je tapi earning taklah banyak mana. blog ni drop banyak sejak masalah hosting hari tu

  8. putera malam says:

    hibernasi tu apa erk,,,macam terlena ke maksudnya..
    Entri Terbaru putera malam » LELAKI KACAK MALAYSIA

    • Amirez says:

      hibernasi ni kalau dalam istilah alam selalunya digunakan kepada haiwan2 kutub macam beruang kutub yang tidur berbulan2 lamanya menjelang musim sejuk melampau sebab takde makanan. dalam istilah komputer pula maksudnya ‘rehat’, lebih kurang sama dengan sleep tapi lain. susah nak eksplain detail hehe.

      kiranya blog saya sekarang ni rehat kejap daripada sebarang update buat masa ni. tapi tak lama kot, mood dah beransur2 kembali dah ni ;)

  9. azura says:

    hibernasi…pelik juga perkataan itu…tapi memang nampak macam themes baru…
    Entri Terbaru azura » Cerita saya kecewakan hati lelaki yang murni

  10. Jebeng Otai says:

    hibernasi atau tgh mengumpul teknik seo ?? :)
    Entri Terbaru Jebeng Otai » Wordless Wednesday : Ilusi

  11. hafidz says:

    Selamat Berhibernasi Bro huhuhu :d
    Entri Terbaru hafidz » Wordless Wednesday – Ubat Lelaki Kuat

  12. Man says:

    ok je theme ni..tak de masalah..tapi kepala aku yang ada masalah ni..ngantuk yang amat..k gud nite..hehhe

  13. titan says:

    hoho..ko cuti rupanya..hoho..

  14. Din says:

    au sampai bila2 pun tak boleh nak tukar theme…
    kalau tukar mesti serabai widget…

  15. tehr says:

    Ambil rehat secukupnya, bro
    Hehe

  16. Salam.
    Menarik theme ni. terutamanya ruang feed kat sebelah kanan tu.
    Sekarang ni sedang mencari theme yang macam tu, macam Alltop lagi best. Dah jumpa satu tapi coding dia dah lari lepas recent update.

  17. kulanz says:

    selamat berehat.. :)
    theme ni okey.. loading pun laju..
    aku xda masalah dengan paparan iklan yang ada

Leave A Reply





CommentLuv badge