Aug 22, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER

  • Share
  • Share

blogger1 HIDUP SEORANG BLOGGER

Hidup sebagai seorang blogger ni banyak juga senangnya hehe. Pagi-pagi tak perlu risau bangun lewat. Nak pergi kerja pun tak payah nak berasak-asak dengan kenderaan lain. Pergi dengan kereta boleh gak layan HotFM AM Krew pagi-pagi. Taklah rasa boring sangat. Tapi kalau pergi dengan motor, orang lain makan nasik lemak, kita makan asap kereta. Kulit muka pun boleh terjejas hari-hari kena karbon monoksida. Baik jadi blogger, tempat kerja beberapa langkah je dari bilik tidur eheh.

Seorang blogger yang berdisiplin mestilah mempunyai rutin yang sihat. Ambik contoh diri aku sendiri sebagai seorang blogger yang menuju kejayaan, chee wah. Bukan nak membangga diri. Sekadar contoh ye kawan-kawan, contoh!

Seawal 7:30 pagi aku dah mula aktiviti blogging aku ni. Kalau orang lain suka blogging kat rumah dengan pakai seluar pendek berbaju pagoda, aku lebih suka luangkan masa kat McDonalds dengan berpakaian kemas. Order pancakes dengan secawan kopi panas ataupun burger McMuffin satu dah cukup untuk breakfast. Makan sambil layan lagu best kat McD memang seronok. WiFi pun free, duduklah kat situ sampai petang pun takde hal punya. Port kerja…kerja ye, bukan melepak hehe…mesti meja yang dekat dengan suis. Mana boleh tahan bateri laptop sampai 6 jam. Jadi suis tu sangat sangat penting untuk blogger macam aku dan kamu. Best tak kerja camni? Hehe.

mcdonaldswirelessgif HIDUP SEORANG BLOGGER

Kalau dulu HIDUP SEORANG BLOGGER ni hanyalah sekadar berkongsi idea melalui blog, tak dapat sebarang pulangan sebaliknya kena bayar sewa hosting dengan domain name setiap tahun. Tapi zaman dah berubah. Blog bukan sekadar platform untuk berkongsi sesuatu secara percuma, tapi blog dah jadi satu sumber pendapatan yang tak disangka. Sambil-sambil blogging boleh pasang iklan Nuffnang. Kalau trafik ke blog mengancam boleh pasang Innity pulak, lagi masyuk. Paling tak pun dengan ChurpChurp. Cukup masa, cashout buat shopping. Seronoknya hidup sebagai blogger berjaya hehe.

Tak nak buat kerja kat luar, boleh je blogging kat rumah, lagi bebas. Pakai seluar pendek, baju pagoda, duduk bersila dengan laptop atas meja Jepun sambil ditemani Chemon yang comel kat sebelah. Waktu kerja, ikut suka hati. Tak payah susah-susah nak punch card. Takde sape pun nak marah. Tekanan kerja pun kurang, sangat elok untuk orang yang ada penyakit darah tinggi hehe.

Nak bayar segala bil elektrik, air, streamyx, even sewa rumah pun boleh buat secara online. Jimat minyak, jimat tenaga, jimat masa. Oh seronoknya hidup. Segalanya di hujung jari.

blogger2 HIDUP SEORANG BLOGGER Sekarang ni kalau sebut blogger masyarakat tak rasa pelik lagi dah. Orang dah tau apa dan siapa itu blogger. Mungkin beberapa tahun akan datang tak mustahil orang jadikan blogger sebagai satu profesion. Kat sekolah cikgu tanya murid ayah kerja apa, dengan bangga murid menjawab, “Blogger, cikgu.” hehe. Mustahil? Mungkin tak eheh.

Hidup seorang blogger kebanyakan masa banyak dihabiskan kat rumah. Aku teringat Irfan Khairi pernah cakap dalam blog dia yang dia seronok dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata. Bagi aku Irfan Khairi adalah seorang Usahawan Internet dan juga seorang blogger yang berjaya melalui blog Tip Satu Minit beliau. Mungkin masalah kurang kasih sayang terhadap anak-anak dapat dikurangkan dengan menjadi blogger sepenuh masa hehe.

community HIDUP SEORANG BLOGGER

Dulu mungkin orang kata hidup sebagai seorang blogger ni senang jadi kera sumbang. Yelah, duk kat rumah je kan. Bersukan pun tak agaknya. Lepas tu mula la perut memboyot hehe. Tapi tanggapan sekarang dah lain. Blogger ada gathering diorang sendiri, contohnya GengBlogger. Biasanya cuma buat perjumpaan, makan-makan, borak-borak lepas tu balik. Esoknya post kat blog masing-masing pengalaman yang diorang dapat. Mungkin akan datang boleh buat main sukan sama-sama pulak, badminton ke futsal ke kan. Blogging ni boleh jadi satu aktiviti yang sangat sihat sebenarnya kalau kena cara yang betul.

Jadi Hidup Seorang Blogger ni sebenarnya seronok. Kalau ada budak-budak sekolah yang baca entri aku ni boleh la tanam cita-cita nak jadi seorang blogger yang berjaya nanti hehe. Seloroh je ni, jangan ambik serius pulak. Tak semua orang sesuai jadi blogger. Kalau semua jadi blogger, macamana dengan pembangunan ekonomi negara kita pulak nanti, ye tak?

Haih, cakap belit-belit. Kejap ok kejap tak haha.

p/s: Entri ini diterbitkan sempena pertandingan Hidup Seorang Blogger anjuran Denaihati.com dan tidak menggambarkan diri aku 100% dalam kerjaya blogging. Selamat blogging dan salam Ramadhan buat semua.

pixel HIDUP SEORANG BLOGGER

13 Comments

  • haha. ada kemungkinan jugak tu eheh

    [Reply]

  • kira zaman dah berubah la ni ye..klu blogger ni jadi suatu profession kelak mungkin akan ada interview untuk membeli domain dan webhosting..haha

    Semoga berjaya dengan blogging bro..
    cuz´s last [type] ..Hidup Seorang Blogger

    [Reply]

  • [...] – Hidup Seorang Blogger48. Nfahk.blogspot.com – Hidup Seorang Blogger Bahagian 149. Amirez.com – Hidup Seorang Blogger50. Mohdhafizuddin.com – Hidup Seorang Blogger51. [...]

  • hafidz: boleh elakkan diorg drp melepak tak tentu pasal kan :)

    sumijelly: sumi punya lagi menarik. good luck too

    [Reply]

  • better dr sumi punya..yg merapu raban..huhuhuh
    good luck yek…

    [Reply]

  • Bagus juga kalo budak sekolah mempunyai cita-cita menjadi seorang blogger. Janji jadi seorang blogger yang berguna =)
    hafidz´s last [type] ..Minggu Kedua Ramadhan

    [Reply]

  • gud luck
    paksikejahatan´s last [type] ..Permainan Minda – Adakah Anda Sedang Bermimpi

    [Reply]

  • good luck bro
    wazy´s last [type] ..HIDUP SEORANG BLOGGER

    [Reply]

  • Hidup Seorang Blogger | Amirez {dot} com…

    Hidup Seorang Blogger yang berdisiplin mestilah mempunyai rutin yang sihat.Blog dah jadi satu sumber pendapatan yang tak disangka.Hidup Seorang Blogger seronok…

  • thx bro mijie ;)
    sekadar mencuba cari pengalaman hehe

    [Reply]

  • good luck bro, malam ni je semua orang dah terbitkan entri dan nampaknya kali ini saingan begitu sengit
    mijie´s last [type] ..Petua parking kereta di shopping complex

    [Reply]

  • hehe. thx bro.
    bila mau update blog ni bro?

    [Reply]

  • gud luck ye bro hehe
    x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks