Aug 29, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER Lagi

  • Share
  • Share

HIDUP SEORANG BLOGGER datang lagi eheh. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman awal aku mula terjebak dengan blog. Rata-rata blogger sekarang guna Blogspot dulu kemudian berpindah ke WordPress. Aku pulak terbalik. Mula dengan WordPress Self-Hosted kemudian baru belajar guna Blogspot, tapi blog yang berenjinkan WordPress tetap main.

Awal-awal dulu aku berkenalan dengan bro Domz kat forum Scukz. Masa tu dia tawarkan subdomain kepada sape-sape yang berminat. Atas niat nak belajar blogging, aku try apply dengan menggunakan url amirez.domzone.net. Aku pun dah lupa blog tu pasal apa. Rasanya merapu-meraban je isinya hehe. Bermula dari hari itulah aku mula kenal HTML, CSS apa semua. Belajar sendiri, takde sifu pun. Dalam masa yang sama aku selalu follow blog Adesblog, LiewCF dan Hongkiat. Sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus blogging.

Tak lama lepas tu blog tersebut kena suspend sebab masalah payment hosting Exabytes yang pending. Tak tau kenapa bro Domz tak bayar masa tu. Sebab sayang dengan blog lama, aku beli domain dengan hosting sendiri. Maka lahirkan Amirez.com. Asalnya blog ni diwujudkan untuk berkongsi pengetahuan tentang komputer dengan IT.

Lepas tu aku wujudkan satu lagi blog, pun subdomain jugak daripada saudari Adlina. Url blog tu adi.carameltoffee.net hehe. Sekali dengar macam blog pompuan comel pulak (Adlina memang comel, Adi tak haha icon biggrin HIDUP SEORANG BLOGGER Lagi ). Blog tu aku jadikan blog personal. Start dari hari tu aku mula tau yang kita boleh dapat duit daripada blogging. Income pertama aku adalah dari pengiklanan UK yang bayar kita 5 Pound Sterling setiap bulan dengan 10 Pound Sterling bonus untuk bayaran permulaan. Maknanya bulan pertama aku dapat 15 Pound Sterling. Darab dengan RM6 masa tu untuk 1 Pound Sterling, memang lumayan. Tapi cuma bertahan selama 3 bulan. Lepas tu pihak pengiklan tak dapat nak support lagi. Lepas tu aku try Advertlets pulak. Lumayan jugak tapi sampai ke sekarang aku tak cashout lagi.

Bosan dengan kritikan-kritikan negatif blogger dengan pihak Advertlets yang tak bayar diorang, aku try pulak Nuffnang sampailah ke hari ini. Dengan Nuffnang, aku bahagia hehe icon biggrin HIDUP SEORANG BLOGGER Lagi Oh ye, lebih kurang 2 tahun lepas tu bro Domz hantar mesej kat YM. Katanya dia sakit sampai hilang hampir semua memori dia. Kasihan dengan bro Domz. Tapi sekarang alhamdulillah dah sihat. Dia pun dah kembali blogging.

Hala tuju blog ni dulu terpaksa aku ubah kepada blog personal sebab tak dapat nak beri komitmen yang baik dalam dua kategori tu. Susah jugak nak fokus sebenarnya. Baik buat blog personal camni, nak blog pun bebas. Kebetulan pulak masa tu aku yang suka godek-godek benda yang aku tak tau dalam MySql telah menjahanamkan blog aku ni sepenuhnya. Maka bermulalah Amirez.com dari kosong semula. Sayang memang sayang dengan info-info komputer dan IT yang aku share dulu tapi nak buat macam mana, semua dah lesap. Jadi aku bangunkan semula blog picisan ni sebagai blog personal.

Fuh, panjang jugak ni tapi takpelah. Ada idea nak menaip, baik taip je. Jangan disimpan dalam kepala, nanti berkelodak hehe.

Kalau nak cerita pasal HIDUP SEORANG BLOGGER ni, ada bagusnya jugak. Ambik contoh Martha Steward. Korang tau tak sebelum beliau dapat keluar tv sampai jadi famous, dia dulu seorang blogger jugak. Macam mana dia buat rancangan dia sekarang ni, macam tu la blog dia dulu. Tengok, dari blog keluar ke tv. Dah ramai sebenarna. Orang kita pun ada jugak. Ada yang keluar surat khabar, keluar radio. Daripada seorang blogger yang tidak mendapat apa-apa, hanya sekadar memberi tanpa mintak balasan, akhirnya berjaya jadikannya satu pendapatan tetap yang lumayan. Cuma golongan macam ni tak ramai.

p/s: Entri ini diterbitkan demi menyahut pertandingan HIDUP SEORANG BLOGGER entri wajib 2. Hari ni kepala aku terlalu sakit. Hanya entri macam ni saja yang dapat aku buat. 90% jauh dengan idea dan konsep asal.

pixel HIDUP SEORANG BLOGGER Lagi

6 Comments

  • salam perkenalan bro. dari sabah atau sarawak? sy asal penampang, sabah ;)

    [Reply]

  • Satu kisah yang menarik, sama halnya ketika saya juga terjebak untuk menjadi seorang blogger sampai saat ini. Salam persahabatan…

    [Reply]

  • [...] HIDUP SEORANG BLOGGER – Blues Blogger3. Blog.mohdisa.com – Hidup Aku Seorang Blogger4. Blog.amirez.com – Hidup Seorang Blogger5. Lizarazak.com – HIDUP SEORANG BLOGGER II6. Zikrihusaini.com [...]

  • hafidz: betul tu. try2 dulu, lepas tu baru buat secara serius :)

    DonHa: haha. entahlah. sampai ke tua agaknya. rasanya setakat ni takde lagi atuk blogging eheh

    [Reply]

  • roflt! dah macam 80 tahun ni pengalaman bloggin. panjang lebar. ni agak2 sampai bila nak bloggin neh? roflt!
    DonHa´s last [type] ..Permainan orang kafir

    [Reply]

  • Bermula blogging dari blogspot mahupun wordpress.com kira macam perkara penting bagi seorang yang ingin menjadi sebagai blogger :D
    hafidz´s last [type] ..Minggu Ketiga Ramadhan

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks