Aug 20, 2010

Hidup Seorang Blogger

  • Share
  • Share

1168043712 Hidup Seorang Blogger

Salam Ramadhan semua. Macamana puasa hari ke-10 hari ni? Rasanya sekarang ni dah takde dah alasan puasa separuh hari ataupun puasa yang yok. Masing-masing dah besar. Budak-budak sekolah pun dah jarang yang tak puas penuh skang ni. Malulah sket kat diorang kan. Sekuat mana kita kerja pun puasa tetap diteruskan. Apatah lagi hidup seorang blogger, lagi la tak rasa lapar dahaga buat kerja. Tapi kalau ada secawan kopi atau hot chocolate kat tepi lagi best hehe.

Buat julung-julung kalinya semenjak aku mula blogging tahun 2006 inilah kali pertama aku cuba menjerumuskan diri dalam satu contest yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Sebelum ni Denaihati dah banyak anjurkan contest-contest yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan, terbaru adalah contest berunsur SEO yang dinamakan Hidup Seorang Blogger. Kalau korang ada blog dengan PR2 ke atas bolehlah cuba join contest ni untuk rebut hadiah berjumlah RM2,750. Penyertaan makin banyak, mungkin peluang untuk menang agak tipis tapi lagi baik kalau kita mencuba, ye tak?

Kenapa aku nak join pertandingan Hidup Seorang Blogger ni? Nak menang tu dah semestinya hehe tapi taklah mengharap sangat. Ramai blogger yang pakar SEO join contest ni. Jadi tujuan aku join Hidup Seorang Blogger adalah untuk menguji tahap SEO penulisan blog aku sendiri. Memandangkan pemenang dipilih berdasarkan ranking blog di Google SERP (Search Engine Result Page), jadi siapa-siapa yang blognya tersenarai pada page 1 Google bolehlah dilabelkan sebagai pakar dalam SEO.

Cara nak join contest Hidup Seorang Blogger ni senang saja. Daftar kat Denaihati.com dan kemudian buat dua entri wajib pada 22 dan 29 Ogos 2010. Setiap entri mestilah buat backlink ke blog Denaihati sebagai syarat kelayakan penyertaan korang. Itu part yang senang. Part susah sket adalah macamana nak buat entri korang mesra SEO dan sekaligus berada pada tangga teratas Google. Rajin-rajinlah buat carian kat Internet hehe.

Cukup entri promo Hidup Seorang Blogger ni. Nak prepare entri untuk contest ni. Lusa dah kena publish untuk entri pertama. Untuk korang yang dah mendaftar dan akan turut serta meriahkan contest ni aku ucapkan good luck dan all da best icon wink Hidup Seorang Blogger

pixel Hidup Seorang Blogger

17 Comments

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks