HostGator.com Web Hosting Terbaik
Tiga hari lepas aku beli satu lagi web hosting dari HostGator.com untuk satu lagi projek terbaru. Ecece, projek terbaru hehe. Projek-projek yang lepas pun tak selesai lagi haha. Apa boleh buat, aku ni suka sangat beli domain baru. Setakat ni dah banyak dah blog yang aku bangunkan. Macam blogger-blogger lain juga, maklumat blog aku yang lain adalah dirahsiakan hehe.
Sebelum ni aku selalu guna web hosting daripada penyedia-penyedia web hosting tempatan seperti NetKL Network, Fivio dan Serverfreak. Yang terbaru ni aku guna One-Bytes untuk web hosting bagi klien aku. Setakat ni aku cuma pernah menggunakan khidmat support bagi Fivio dan One-Bytes. Kedua-duanya bagi support yang sangat bagus, memang terbaik terutamanya One-Bytes. Untuk makluman korang hosting blog Amirez.com ni baru saja berpindah ke One-Bytes Hosting atas sebab space dalam hosting yang lama dah nak penuh. Jadi aku berpindah ke One-Bytes yang menyediakan space hampir 13 kali ganda lebih besar dengan tambahan cuma RM5 dari hosting sebelum ni! Kalau korang tengah fikir-fikir nak pilih hosting mana sekarang ni bolehlah pertimbangkan One-Bytes Hosting ni. Harganya pun taklah mahal, cuma RM65 setahun dengan percuma domain name sepanjang hayat. Daripada review yang aku baca setakat ni belum lagi jumpa komen negatif untuk One-Bytes Hosting.
Tapi antara semua penyedia hosting tempatan yang aku sebutkan di atas, tiada satu pun yang lebih baik daripada HostGator Web Hosting. Korang daftar pada waktu ni, 10 minit kemudian dah boleh guna dah. Pantas, tuntas dan cepat! Dari segi harga pulak USD7 lebih sebulan untuk pakej Baby. Kalau nak dikira memang mahallah sebab kena bayar USD7 lebih tiap-tiap bulan, bukannya setahun. Sebab ni adalah projek pantas, jadi aku tak ambik kisah sangat dengan bayaran bulan-bulan, dengan syarat pulangan yang aku dapat mesti kurang dari sebulan, baru berbaloi hehe.
Korang pernah guna HostGator tak? Apa pendapat korang? Jom kongsi-kongsi kat sini. Sharing is caring
5 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






memang terbaek setakat ni
[Reply]
aku pun pakai onebytes gak…terbaik dari ladang! hehe
fitri´s last [type] ..iphone 4 dilancarkan di malaysia hari ini!
[Reply]
hoho..setia dgn exabytes lagi nampaknya. hang memang kaya
[Reply]
lum ada duet nak beli hosting lagi hohohoho..tapi kalau dapat sku still nak guna exabytes la
[Reply]
HostGator.com Penyedia Web Hosting Terbaik…
Tapi antara semua penyedia hosting tempatan yang aku sebutkan di atas, tiada satu pun yang lebih baik daripada HostGator Web Hosting. Korang daftar pada waktu ni, 10 minit kemudian dah boleh guna dah. Pantas, tuntas dan cepat! Dari segi harga pulak USD…