Salam Jumaat yang mulia. Seperti biasa setiap hari Jumaat akan diselitkan beberapa entri berkaitan dengan Islam sebagai sedikit renungan buat kita yang kadang-kadang lupa. Hari ini suka aku ingin kongsikan satu artikel ringkas yang dipetik daripada Majalah Solusi, majalah Islamik yang sebaik-baiknya majalah berbanding Al-Islam.
Para ulama tasawuf menyatakan, seseorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingatkan dua perkara berikut:
Kebaikan Orang kepada Kita
Kita hendaklah selalu mengingati kebaikan orang terhadap kita, sebagai contoh orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya. Jika boleh, balaslah dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya.
Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” – Surah al-Dhuha 93:11)
Kesalahan Kita kepada Orang
Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita terhadap orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi.
Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal, yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

{ 32 comments… read them below or add one }
peringatan yg berguna..
syukran mengingatkan..huu
Yap, senantiasalah memaafkan orang lain..
Moga-moga artikel ini dapat memberikan peringatan kepada kita akan melakukan dua perkara tersebut.
PakarBuahPinggang´s last [type] ..Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang
amin…pesanan untuk diri sendiri juga
Kesalahan antara manusia hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri
akubiomed´s last [type] ..Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei
betul tu…
kalau malu nak mintak maaf..
janganlah kita buat salah dengan orang
Walaupun jumaat dah lepas ,tapi aku memang setuju dengan entry bro ne ,kadang2 perkara macam ne kite ambil ringan jer
Razlan´s last [type] ..Contoh resume juruteknik komputer
betul. kadang2 kita dah tau tapi sengaja buat2 lupa. ego katakan..
Terbaik la Mir..
Tapi ramai yang hanya ingat kebaikan mereka pada orang dan lupa jasa orang pada mereka
dnoBiz´s last [type] ..Sumpah laknat – Apa- Bila- dimana dan bagaimana
betul. itulah yg selalu diorang ungkit
waaa..ustaz adi..tabarakallah ya sidi!
Baihaqi Yusuf´s last [type] ..ارحم الضعفاء -inspirasi buatmu wanita mukminat
huhu..janganlah dipanggil ustaz. tak layak rasanya.. sekadar berkongsi perkara baik
Kalo panggil ustaz amirul suke kan.. xoxoxoxo~ heheh
terima je..hahaha
jangan leka dengan arus kehidupan. perlu muhasabah diri selalu.
cikguden´s last [type] ..Curi Motosikal Buat Jalan-Jalan
betul cikgu
bila nak kawen ni hehe
aku dah kawin la wei…
cikguden´s last [type] ..Lee Chong Wei Juara di Terbuka India
haa..itu yg aku nak tau sangat tu. tengok gambar kat facebook macam dah kawen. tak bagitau pun ye…huhu
moga kita saling ingat mengingati
hafidz´s last [type] ..Movie Review – Cun!
insyaAllah….
manusia memang tak lari dari buat kesalahan… jadi apa salahnya saling bermaafan… kan?
RedVixen´s last [type] ..Viet-My Bui
betul 100%
Eloklah jangan diingat kesalahan orang lain kepada kita kelak akan berdendam sampi ke mati..
decrewz´s last [type] ..Bakar Masjid Felda Tersang Kerana Dengki
betul2. satu tabiat yg memudahkan kita masuk syurga adalah memaafkan semua orang setiap kali sebelum tidur
dan lupakan dua perkara, iaitu kebaikan kita kepada orang serta kejahatan orang terhadap kita,
-solusi #30 m/s 21
aiseh..dah pecah lak hehe. itu sambungan hari jumaat depan insyaAllah
hahaha…
tukar la buat tajuk
kita je yang betul hehehe
dnoBiz´s last [type] ..Skandal Video Sex – Video Sumpah Laknat Datuk Eskey
alahai sori bro hehe
baru balik pesta buku ni, banyak juga nampak solusi tadi
tengkorak emas´s last [type] ..Sedikit peringatan
hehe. takpe..no prob. Jumaat depan ada sambungannya. solusi ni best, isi dia padat. iklan sikit. padanlah harganya mahal
Yang no 2 tu abg kene ingat..~salu buli ashud yang lemah ni..hehehe~wink wink
tak nak ingat..hahaha
{ 1 trackback }