Anda di sini: Laman Utama » Automotif » Insiden di Lebuh Raya Pagoh

Insiden di Lebuh Raya Pagoh

by Amirez on April 1, 2009 · 15 comments

Fuh Penat.

Dari Utara ke Barat, ke Selatan, kemudian ke Timur. Macam jelajah satu semenanjung. Lagi 2 minggu ke Utara lagi, di Perak. Aku harap aku tak dapat pergi. Nak pergi majlis konvokesyen QUT di Hotel Nikko.

Bermula di Pendang Lake Resort, Kedah selama 3 hari. Kemudian ke Astana Dugang Country Resort di Putrajaya selama 3 hari juga. Rehat seminggu sebelum ke Kukup Golf Resort di Pontian, Johor selama 3 hari. Habis je di Pontian lebih kurang pukul 4 petang terus bertolak ke Dungun pula.

Ada cerita best nak bagitau eheh.

On the way ke Pontian. Lebih kurang 10km dari R&R Pagoh. Cuaca panas terik. Meter Naza Ria hitam dipecut dengan kelajuan 160km/j. Selesa, sehinggalah…

Dari cermin pandang belakang aku ternampak ada percikan sesuatu berwarna hitam dari sebelah kiri Naza Ria. Belum sampai seminit aku fikir apakah benda hitam itu, tiba² Naza Ria yang aku pandu bergegar 9 skala richter. Sahabat aku kat sebelah cuba tenangkan aku untuk kawal kereta supaya tak terbabas. Alhamdulillah, aku cukup² tenang waktu tu. Naza Ria yang berat dengan barang² program ditambah lagi dengan berat 4 orang penumpang dapat aku kawal dengan stabil.

Perlahan² aku berhenti di tepi jalan.

Turun tengok, rupa²nya tayar belakang sebelah kiri pecah. Itu kali pertama aku tengok tayar kereta yang aku sendiri pandu pecah sedemikian rupa. Tak sangka, tayar depan yang dijangka pecah sebab botak, tayar belakang yang baru tukar pula yang pecah dulu.

Kebetulan Kak Ita dari MRCB call tanya dah kat mana. Bagitau dia tayar kereta pecah. Seperti yang aku jangka, Kak Ita bukanlah seorang yang mudah gelabah. Dia terus kontek Plus untuk datang ‘menyelamatkan’ kitorang. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Ita huhu.

Plus datang tolong tukarkan tayar tak lama lepas tu. Boleh je nak aku tukar sendiri. Tapi sebab fikir kitorang ada ‘share’ dengan tol Plus, jadi amatlah perlu minta bantuan diorang. Rugilah kalau kita bayar tol tapi bila kereta kita ada masalah kita tak minta tolong diorang kan? Panas terik satu hal.

Sebelum Plus datang ada sorang abang ni datang dengan trak. Ingatkan Plus. Dia dah tolong cabut tayar spare dah. Baru je dia nak pasang tayar spare, Plus yang betul datang. Rupanya abang tu cari makan dengan mengambil upah ‘menolong’ kenderaan² yang bermasalah sepanjang lebuh raya.

Tanya dia berapa dia caj. “Buat belanja minum jelah, RM 30.” katanya.

Pergh. Minum kat Starbuck lagi murah daripada belanja minum abang tu. Alang² orang Plus dah datang minta tolong diorang jelah. Tak keluar satu sen pun. Cukup sekadar ucapan terima kasih dan salam. Abang tu berlalu pergi dengan muka kecewa terlepas rezeki. Kesian juga.

Sampai di Kukup Golf Resort dalam pukul 5 petang. Terlewat sejam setengah daripada jadual. Nasib baik team Kak Ita dah sampai dulu kat sana. Senang bekerja dengan orang yang professional tapi low profile macam diorang. Kerja² pun jadi lancar. InsyaAllah jumpa diorang lagi bulan 5 ni, di Langkawi mungkin eheh.

Sedikit nasihat daripada aku yang berpengalaman memandu 9 tahun. Jangan mudah gelabah bila kereta yang sedang kita pandu menghadapi masalah. Risau, yang masalahnya kereta kita tapi melibatkan kereta orang lain.. accident la tu.

Kalau nak drive laju mesti dan mesti alert dengan keadaan kereta yang dipandu. Kalau ada rasa something kurang selesa terutamanya tayar, sila perlahankan kenderaan dengan segera dan drive dengan kelajuan yang selesa bagi tayar. Drive jauh ni best sebenarnya, tapi risiko pun tinggi.

Jagalah kenderaan korang seperti mana korang menjaga kesihatan sendiri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 15 comments… read them below or add one }

shaz_hajar October 15, 2009 at 12:37 pm

dahsyat tol…..
cmnela leh jd smpai cmtu erk..
senang jew jwapan die,dah benda nk jd kn..

huhuhu…..ape bleh bt.

Reply

Amirez October 15, 2009 at 6:01 pm

benda nak jadi n kurang ambik berat dgn keadaan tayar huhu

Reply

mohamed rohdza September 2, 2009 at 7:25 am

errmm mmg panic..cam kena masa kt hway seremban..alhamdulillah ok tp malu coz xtahu tukar tayar..nasib baik abg plus tolong heheheh

Reply

Amirez September 2, 2009 at 1:19 pm

hehe. takpe.
bleh blaja cara tukar tayar.
aku dulu tgk dlm video panduan proton.
masa tu kalau tak silap form 2.
pengalaman pertama tukar tayar masa umo 21 hehe.
igt balik apa yg aku tgk dalam tape dulu

Reply

zhairul NAZA372 August 11, 2009 at 8:08 am

Power NazaRIa!! spotrim awak retak x?kebiasaannya Naza Ria tahun 2004-2005 dan mungkin 2006 dah mengalami masalah sport rim retak.Naza aku pun sama gak,skank dah tuko pakai yang lagi sporty pye spotrim.Aku plan nak kasi rendahkan Naza Ria aku biar nampak ala2 Caldina hehe.

Reply

Amirez September 2, 2009 at 1:16 pm

setakat yg aku tau tak retak lagi.
kalau tak silap..naza tu pun bos dh tukar lain sbb selalu bawak barang berat.
wah..mcm caldina? mesti cun habes :)

Reply

ice515 May 24, 2009 at 3:43 pm

kira terer tahap gaban gak ko ni…

Reply

Amirez September 2, 2009 at 1:15 pm

ada sikit hahahaha

Reply

brad April 1, 2009 at 11:37 pm

ada terasa macam dalam wayang x masa tu?

brads last blog post..Di Sini Kita Bermula Lagi…

Reply

Amirez September 2, 2009 at 1:15 pm

hehe. kalau berpusing2..rasalah jugak mcm filem hollywood :P

Reply

nurulanis April 1, 2009 at 6:55 pm

adehla..ngerinye tgk tayar tue…..huhuhuhuhuhuuhu

tp, alhmdulilah, xberlaku ape2…:)

nurulaniss last blog post..Punca Anak Derhaka

Reply

Amirez April 1, 2009 at 7:56 pm

alhamdulillah..
semuanya selamat :)

Reply

Amirez April 2, 2009 at 9:09 am

eheh.rasa mcm dlm final destination dah time tu

Reply

Amirez May 24, 2009 at 8:09 pm

ish..taklah sehebat gaban.
sehebat kamen rider je hoho

Reply

Amirez August 11, 2009 at 1:44 pm

wah hebat..ala2 caldina ek hehe.
sport rim naza tu bukan yg asal…
tukar yg besar sket..x sure lak size brapa..ofis punya haha.
sport rim ok x retak cuma calar2 je.
naza ria ni ada 1 prob kat bhgn engine..
lupa dh apa dia. yg tu kena tukar besi, kalau yg asal pakai something like
getah or pvc. ada org bg nasihat dulu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: