Sep 8, 2010

Islam Diperkotak-katikkan

  • Share
  • Share

islams Islam Diperkotak katikkan

Kadang-kadang aku terfikir kenapa orang yang lahirnya Islam tapi bila usia mula meningkat remaja segala suruhan agama mula ditinggalkan dan ada juga yang menyalahkan perintah Tuhan kerana perkara buruk yang dilakukan oleh seseorang individu. Contoh, mulut yang suka mengeluarkan kata-kata keji atau tikam kawan dari belakang disalahkan dengan dirinya yang tidak tinggalkan solat. Katanya, orang yang solat ni berperangai buruk kalau nak dibandingkan dengan orang yang tidak menunaikan solat. Boleh ke kita terima ungkapan tersebut?

Semalam aku dapat SMS daripada seorang kenalan yang minta tolong untuk aku bagi jawapan kepada seorang rakannya yang menuduh dia tidak pandai dalam hal hubungan baik sesama manusia. Dibandingkan dengan dirinya dan juga kawan-kawan sealiran dengannya yang tidak menunaikan solat dan puasa serta melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti minum arak, main perempuan, berjudi tetapi tahu cara baik untuk berkomunikasi sesama manusia. Dalam SMS panjang aku aku terima bukanlah nak berdebat tentang sikap dan perangai seseorang tapi lebih kepada menyalahkan orang yang melaksanakan perintah Allah seperti sembahyang.

Aku puji sikap remaja tersebut yang pandai jaga hari dan perasaan orang lain walaupun dia tidak menunaikan solat. Aku juga rasa agak kecewa dengan kenalan aku yang dah mula bersolat tapi kurang dari segi tatabicara dan adabnya sesama manusia. Tapi bukan itu point utama dalam kandungan SMS tersebut. Apa yang buatkan aku rasa agak marah, kenapa melaksanakan solat itu dijadikan tajuk utama?

Kita selalu dengar, “Aku minum arak, berzina, berjudi, tak solat, tak puasa, tapi aku tak kacau orang.” ‘Tak kacau orang’ itu yang selalu dipegang oleh orang yang nak menegakkan apa yang difikirkannya betul, padahal ianya cuma dijadikan alasan supaya dia dapat terus hidup tanpa melaksanakan suruhan Allah s.w.t.

“Alah, solat pun takde gunanya kalau perangai teruk asyik mengumpat orang mengata orang. Hipokrit!”

Persoalannya, boleh ke kita kaitkan solat dengan sikap seseorang? Secara umumya ya, sebab solat yang dijaga baik akan melahirkan sikap yang baik juga. Tapi kita sebagai manusia tidak ada hak untuk menilai tahap solat seseorang itu. Solat hipokrit atau tak, biarlah Allah s.w.t. yang tentukan. Jangankan kerana sikapnya yang kurang elok kita jadikan punca akibat bersolat, dan jadikannya sebagai alasan untuk tinggalkan solat supaya dapat jaga sikap sendiri. Masalah sikap dan perangai adalah masalah diri sendiri yang dipengaruhi oleh persekitaran individu tersebut. Bukan bermakna ianya tidak ada kena-mengena dengan solat, tapi ianya tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan perintah menunaikan sembahyang sehari semalam.

Disebabkan pemikiran sesetengah orang yang suka ambil mudah, ramailah wanita yang sengaja mendedahkan rambut dan bentuk tubuh badan sebab mereka berpegang kepada ayat ‘tidak kacau orang’. Ada yang dedah aurat tapi solat tetap buat. Ada yang langsung tak solat, tapi sentiasa beramal kepada fakir miskin. Macam-macam manusia sekarang ni. Buat kebajikan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menampal dosa meninggalkan sembahyang. Buat yang sunat berganda-ganda untuk menutup perkara wajib yang ditinggalkan. Sepatutnya yang wajiblah didahulukan, baru disusuli dengan yang sunat. Masalah kalau tahap pemikiran dah terlalu ‘pandai’.

Sebenarnya banyak aku nak kongsikan tapi rasanya baik aku berhenti setakat ini saja sebab makin lama aku berceloteh makin banyak perkara yang memeningkan kalau nak diingatkan tentang manusia-manusia jahil yang sengaja buat-buat tuli dan buta dengan perkara wajib suruhan Allah s.w.t. SMS remaja tersebut banyak kali juga aku terangkan yang wajib tetap wajib dan soal sikap kenalan aku yang mungkin agak kasar atau buruk dalam perhubungan sesama manusia itu hanyalah masalah dirinya yang tidak boleh dikaitkan dengan perubahan dirinya yang cuba mendekati Tuhan dengan bersolat. Tapi remaja tersebut yang berlagak pandai dalam berkata-kata dan bijak dalam penafsiran ayat Quran padahal maksudnya tak menjurus kepada konteks perbincangan hanya sekadar untuk memutar-belitkan kebenaran.

Diharap remaja-remaja tersebut dan juga siapa-siapa saja yang sealiran dengan mereka akan mula sedar tentang kewajipan sebagai seorang Muslim dalam menunaikan solat dan puasa. Solat dan puasa termasuk dalam rukun Islam yang lima. Tinggal salah satu daripadanya adakah masih boleh dikatakan sebagai seorang Muslim? Harap dia dan rakan-rakannya mula berfikir secara waras.

pixel Islam Diperkotak katikkan

4 Comments

  • eh ye ke. wah, congrates. sekali beranak terus dapat 2 org hehe. tahniah fie

    [Reply]

  • weh..aku dah selamat bersalin daaa..dah 16 hari umur anak2 aku,ada gambar diorang aku upload kat fb

    hehe..off topic sat

    [Reply]

  • hi fie. lama tak dpt komen hang.

    betul tu fie, selalunya itu yg kita dengar. aku pun risau bila fikirkan generasi anak-anak kita nanti.

    eh fie, due hang bukan ke raya ni? sempat lagi online hehe

    [Reply]

  • ini bukanla nak mengumpat,tapi aku pun ambil sbg pengajaran,maka diharap dapat dikongsi dengan hang..

    ramai ibu bapa yang bangga bila anak2 mereka dapat 100% dalam subjek pengetahuan agama islam,malah lagi bangga bila anak2 cemerlang hasil keluaran sekolah rendah/menengah (jenis)agama,tapi ramai juga yang apabila anak2 ‘terbabas’ dari jalan agama,ayat plg skeptikal dikeluarkan,’kami dah hantar kamu ke sekolah agama,ini ke yg ust dan ustzh kamu ajar?’…

    apabila agama hanya di kertas peperiksaan dan di kad pengenalan..

    tiap2 hari tgk si kembar,aku cuak nak menghadapi hari2 mendatang..asik dok pk,cemana la aku ngan suamiku nak didik budak dua orang ni..Allah
    qider´s last [type] ..My Pregnancy Part 4

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks