Anda di sini: Laman Utama » Umum » Isteri Demam World Cup

Isteri Demam World Cup

by Amirez on June 25, 2010 · 2 comments

Musim World Cup 2010 ni ramai yang demam bola termasuklah isteri aku sendiri. World Cup fever kata pakcik Mat Leh. Yang peliknya, aku sebagai lelaki ni pun tak berapa minat sangat dengan bola sepak. Demam aku sekarang ni takde kaitan sangkut paut menyaut dengan World Cup 2010 ye tuan-tuan. Kalau pusingan pertama ni tak berapa  semangat sangat nak tengok. Cuma minat semi-final dengan final je hehe. Tapi Anis lain, dia ikut semua perkembangan perlawanan World Cup 2010 Africa Selatan. Kalau ada siaran langsung ataupun ulangan kat tv mesti dia nak tengok. Hari ni dia agak kecewa sebab RTM tak siarkan perlawanan antara pasukan kegemarannya iaitu Brazil menentang Portugal. Apalah RTM, kata penyiar rasmi World Cup 2010 South Africa tapi game yang dijangka paling ramai orang nak tengok tu tak nak siarkan pulak. Dalam ruangan komen pembaca Berita Harian pun ramai jugak yang tak puas hati dengan RTM ni. Chey, baca Berita Harian je sekarang ni. Mentang-mentang ada peraduan Teka Kata selalulah beli BH haha.

Nak cerita sikit pasal isteri aku ni. Kalau tengok bola memang dia agak bising. Aku je duk diam layan Internet kat sebelah. Siap boleh jadi pengulas perlawanan pulak. Aku rasa Anis sesuai untuk jadi tetamu jemputan kat TV3 malam malam tu. Lupa lak nama rancangan dia.

Rasa-rasanya anak kami yang dijangka lahir bulan November nanti mesti minat bola sepak. Arghhh tak nak! Aku nak dia minat badminton macam papanya. Nak latih dia main badminton sejak kecik lagi. Tapi kalau minat dia kat bola, apo nak buek huhu. Tapi macam mana kalau anak perempuan? Oh tidak!! Rasanya dia pun minat badminton jugak kot, sebab mamanya pun suka badminton tapi nampak macam lebih minat bola. Kalau ada perlawanan badminton live kat tv, akulah yang bising selalunya hehe.

Walaupun aku kurang minat sangat dengan bola sepak ni tapi nak jugak teman isteri tengok game antara Brazil menentang Portugal nanti. Mesti best. Agak-agak kamu pasukan mana menang? Kalau tanya Anis confirm dia jawab Brazil hehe. Dia sokong pasukan yang kuat je. Tapi mungkin dia pun tak berapa yakin gak kot sebab Kaka takde. Eh, tau pulak aku Kaka kena kad merah baru-baru ni. Kata tak minat hehe. Tengok ulasan dalam MHI pagi tadi lepas balik dari klinik.

Aku malas nak sokong Brazil, agak klise di situ. Aku sokong Jepun je hehe. Jepun hebat apa skang ni. Boleh kalahkan Denmark dengan 3-1. Jepun memang mantop, yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

Amirez June 28, 2010 at 9:31 am

haha. ada kemungkinan jugak tu.
maybe bila dah besar nanti anak kami jd pengulas sukan bola sepak :)

Reply

Anwar Osman @ Computer Technicians June 28, 2010 at 9:24 am

aku rasa la sah2.. penangan anak dlm rahim ni. kalau x takkan la bini tiba2 jadik minat bola kan. anak tgh training dlm perut untuk jd pemain bola profesional kut tu.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: