Salam petang Rabu. Hari ni tak hujan setitik pun kat sini. Sekarang ni pula cuaca nak kata mendung, tak berapa mendung. Nak kata panas terik, panas gitu-gitu je. Senang cerita cuaca petang ni adalah cuaca yang baik untuk bersantai dengan angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Zaman belajar kat UTHM dulu time macam ni aku dah menyentap pisang goreng sepinggan dengan kawan-kawan sambil minum air tebu kat gerai Wak. Yang bestnya pisang tu cicah dengan sambal kicap eheh. Mungkin ada sesetengah orang pelik dengan menu ni, tapi seriously memang sedap. Itulah istimewanya menu orang Jawa.
Sebut pasal makan ni teringat pesan tok sedara aku masa kecik-kecik dulu. Katanya, “Jangan makan sambil membaca!” Kecik-kecik dulu aku suka makan nasik depan tv sambil baca komik Doraemon hehe. Telinga mendengar tv, mata membaca komik, mulut pula mengunyah makanan, 3 in 1 haha. Kebetulan tok sedara ada kat sebelah, dia marah aku sebab perangai tak senonoh tu. Katanya takut aku tercekik tulang ikan, padahal aku tengok lauk ikan dulu nak buang tulang, lepas tu baru mata tertumpu semula kat komik sambil tangan suap ke mulut. Dia risaukan aku sebenarnya takut terselit tulang dalam nasik, tapi masa tu aku buat tak endah je hehe.
Tapi ada benarnya juga nasihat orang tua-tua ni. Al-kisahnya tadi aku tengah baca majalah Impiana keluaran Disember 2010 sambil mengayunkan ‘Iffah dalam rocker. Tak lama lepas tu mak mertua ajak makan ubi kayu tapi disebabkan aku tengah jaga ‘Iffah, dia bawa sepiring ubi kayu dengan kelapa kat tempat aku membaca. Kebetulan tengah lapar, ditambah pula dengan cuaca petang yang tenang macam sekarang ni membuatkan selera aku terbuka untuk makan ubi kayu. Memang sedap, tapi…
…ada semut besar melekat dengan hensemnya dalam satu bahagian makanan petang aku ni. Itupun secara tak sengaja ternampak. Kalau mata terus melihat gambar-gambar dekor rumah yang mengagumkan dalam majalah Impiana tu mesti aku dah lupa nak update blog selama 40 hari hehe.
Orang tua-tua larang makan sambil membaca ni mestilah ada sebabnya. Lagipun diorang lebih dulu makan garam daripada kita. Atas dasar sayang, diorang tak nak sesuatu yang tak elok berlaku kat kita sebagaimana yang mungkin pernah berlaku kat diorang. Antaranya ialah:
Korang ada lagi nak tambah? Dipersilakan
ahehe. macam best je makan semut.
amboi, sampai 40 hari blh lupa ye nak update blog. hehe
Entri Terbaru Affan » Hukum meletakkan gambar mendedahkan aurat- khas untuk photographer dan blogger
hahahahahahahahaha!!!! aku if baca tangan sebelah laju je makan twisties lah, kitkat lah. camno tu wei??? -..-
Entri Terbaru lizz » Oh Yeah!!Jangan Give Up Please!
makan camtu dibolehkan eheh. sila amalkan selalu
alamak!! aku tengah makan ni sambil baca post ko.. nasib baik takde kangaroo dalam mee goreng aku nih..
Entri Terbaru akublog » Melayu Zaman Sekarang
kalau baca post aku boleh dikecualikan hehe
hehehe. macam tu pulak. kadang2 memang ada buat, sambil makan nasi lepak baca blog. selalunya kalau makan sorg2. bosan pulak makan sorg2, tu yg dok depan komputer tu.
tapi kena keep a safe distance lah, kang tak pasal makanan bersepah kat laptop.
Entri Terbaru Affan » Hukum meletakkan gambar mendedahkan aurat- khas untuk photographer dan blogger
tabiat sama macam aku juga hehe. kawan dulu pernah tertumpah air atas laptop. habis rosak
Ohh.. baca post ko boleh laa ek? Hahahaha..
Jangan makan ketika membaca nanti 10x baca pn xphm2 lg sbb dok asyik menikmati makanan tu je.. heheheh
* org dlu2 ni bnyk larangan kan, xleh ddk ats bantal la, xleh ptg kuku mlm la, mcm2 lg la.. xjd pn mcm diorang ckp, cuma nk elakkan kita dr bnda2 lain.. takut rosak bantal, takut tersalah ketip kuku tu tak psl2 jari luka.. huhu
Entri Terbaru Suraya » 10 Add-ons Firefox yang perlu ada
hehe. orang dulu2 suka berkias, padahal sebab utamanya utk keselamatan. biasalah orang melayu hehe
makan sambil blogging??? opss…
Entri Terbaru zik » Televisyen 3D pertama didunia keluaran Toshiba dilancar di Jepun!!
macam ada pengalaman je hehe
ada reason nye kot…betul nak elak dari serangga kot..manatau sedap2 baca tgn meyuap je..org nak dengki pun leh je..letak pape kt makanan tu time kite tak sedar…
Entri Terbaru fendidahada » Sindiket Penipuan Bertopengkan Maybank
nak buat prank pun boleh hehe
Mkn sambil layan movie jugak yg best,asyikk…hahaha.
Yg menakjubkan,walaupun org dulu2 x bersekolah tinggi tapi setiap petua yg diberi bertepatan ngan fakta sains hari ini,betul tak?
Entri Terbaru saiful » Hilang Mood Kerana 2 Kematian
haha memang asyik. yg dilarang itulah yg best dibuat hehe.
a’a ek, petua orang dulu2 ada yg boleh pakai sampai sekarang. diorang banyak pengalaman. experience is the best teacher
nak bagi disiplin..hehe
yesss..itu yg lebih tepat
hahahaha…
entah
rasa2 macam xsalah jer pun makan sambil tgok tv
janji berhati2
hohoho
P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!
memang layan bila makan cekedis sambil tengok movie hehe
hahahahaha….makan nasi sambil tgok drama pun best
P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!
jangan tengok citer lawak dah le hehe…tersedak nanti
hahahaha….betul juga tu
P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!
Jangan Makan Sambil Membaca | Amirez {dot} com…
Tok saudara pesan jangan makan sambil membaca, nasib baik tak tertelan tadi…
Jangan Makan Sambil Membaca | Amirez {dot} com…
Teringat pesan tok saudara dulu-dulu…
[...] oleh: Laman Asal: Sila Klik di sini Nota: Anda akan dibawa ke laman pemilik asal dalam masa 15saat dari sekarang. [...]
slalu time mkn baca benda2 kt kotak cereal, suppliment, botol, n apa2 ja yg ada dpn mata time tu..pnh terbaca jgk, ada research psl xbrp galakkn baca time mkn sbb otak kna keja lbh utk proses perut n aktiviti mkn n proses bnda yg kita bc lg..
Entri Terbaru Aina » Life To Do List
kalau asyik fokus kat makanan je tak syok juga kan hehe
Jangan Makan Sambil Membaca | Amirez {dot} com…
pesan orang tua-tua…