Jawapan Teka Kata Berita Harian Minggu Kedua
Tadi beli Berita Harian kat 7-E comel yang terletak antara Tesco Damansara dengan The Curve. Memang comel 7-E tu. Dah la kecik, duk sebelah kereta bomba (kereta bomba ke??) pulak tu, tengah-tengah laluan orang lagi hehe. Beli surat khabar BH ni pun bukan sebab nak tengok keputusan perlawanan bola sepak dunia. Berita besar kat headline bertajuk Angkat Rumah di Tengah Kota pun aku tak baca lagi sampai saat aku ketuk-ketuk keypad lappy adik aku ni. Yang menarik perhatian aku cuma jawapan Teka Kata Berita Harian bagi minggu kedua haha.
Seperti yang aku cakap hari tu, jawapan untuk minggu kedua ni pun lebih kepada teka-teki. Mana taknya, soalan ‘panggilan hormat untuk wanita’ jawapannya MS (Miss)??!! Aku letak jawapan PN (Puan). Terkial-kial jugaklah nak cari jawapan untuk soalan ‘sepi kalau di hutan’ bermula dengan huruf N. Rupanya jawapan dia Suasana. Pada mulanya memang aku tak puas hati dengan jawapan MS tu. Tiba-tiba pulak boleh ada jawapan dalam Bahasa Inggeris. Tapi bila teringatkan jawapan minggu pertama, aku terpaksa akur dengan jawapan berunsur teka-teki ni. Nama pun teka-teki kan? Jawapan taklah skema sangat macam Teka Silang Kata zaman aku sekolah rendah dulu. Kira…boleh terimalah. Kasi can kat Berita Harian hahaha.
Ok. Seperti biasa gambar kat bawah ni papershot skema jawapan Teka Kata Minggu Kedua. Yang aku highlight kuning tu jawapan yang aku tak dapat dengan tak tepat.

Mari kita tengok perbandingan jawapan aku dengan jawapan BH. Kita mula dengan hari Isnin dulu. Soalan nombor 3 memang tak dapat aku jawab. Tak terfikir langsung jawapannya INKUES. Aku cuma terlintas jawapan AUTOPSI untuk soalan ‘kenal pasti punca’ tapi terlebih kotak pulak. Yang lain semua tepat. Yezza!!
Soalan hari Selasa banyak jugak yang salah. Paling aku tak puas hati jawapan nombor 1 bagi soalan ‘pakai depan nama seseorang’. Anis cakap SITI, jadi aku pun turut sama yakin dengan jawapan dia. Tapi HANG jawapan sebenarnya. Pada mulanya aku ingat HANG tu panggilan nama kedua bermaksud KAMU dalam loghat utara. Bika fikir balik HANG ni mungkin pangkal nama pahlawan Melaka dulu-dulu macam Hang Tuah and da brothers. Terkena kali ni huhu. Jawapan nombor 2 ke bawah tu dah confirm salah. Aku jawab TERANG untuk soalan ‘hati yang mendapat cahaya’. Kalau betul jawab HANG tadi mungkin aku dapat jawapan NURANI tu. Eleh, dah tengok jawapan tiba-tiba cakap boleh dapat jawapan nombor 2 hehe.
Soalan hari Rabu ni paling banyak yang buat aku pening sampai demam hehe. Macam aku cakap tadi memang tak sangka langsung jawapan nombor 1 tu MS. Mula-mula aku jawab PN. Lepas tu KU, panggilan hormat untuk wanita berdarjat tinggi macam ahli keluarga raja. Jadi aku tak dapat jawapan nombor 2 ke bawah tu untuk soalan ‘sepi kalau di hutan’. Memang pening masa ni. Berapa kali dah aku fade-up. Tapi bak kata sorang blogger yang aku dah lupa sape, nak main Teka Kata ni minda mesti kuat. Atas kata-katanya tu aku sambung balik buat Teka Kata ni sampailah tutup tarikh akhir peraduan huhu.
Hari Khamis, macam biasa. Cuma waris terdekat iaitu AYAH aku jawab ANAK. Apa yang aku fikir kalau sebut waris ni mesti keturunan bawah kita kan? Silap di situ, apo nak buek jang.
Hari Jumaat punya Teka Kata agak memutarbelitkan kepala aku terutama soalan nombor 4 ke bawah tu. Soalannya ‘selalu berlaku dalam perlawanan bola sepak’. Kalau tak keluar jawapan tu hari ni pun aku tak dapat dapat lagi nak jawab. Apa kebendanya BENTES tu ek? Rujuk kamus dewan maksudnya menyepak betis. Hm, no komen kata Siti Nurhaliza.
Satu lagi nombor 9 melintang, soalannya ‘pantas atau segera’. Aku jawab POS tapi jawapannya TAS. Baru teringat perkataan TUNTAS yang membawa maksud sama.
Fuh, memang mencabar Teka Kata Minggu Kedua ni. Siapalah yang bertuah nanti ek dapat hadiah RM10,000 ni selepas Ahmad Ridzuan? Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang berkenaan.
Teka Kata Minggu Ketiga iaitu minggu terakhir peraduan ni sikit lagi nak penuh kotak. Agak-agak ada tak tuah aku nanti? InsyaAllah…







June 27th, 2010 at 11:34 pm
eh.. kau pun try ni ke?
gud2..
susah ah
June 27th, 2010 at 11:44 pm
hehe. minat dari sekolah rendah lagi
a’a susah sket minggu kedua ni.
xpe..try minggu ketiga.
gud luck
June 28th, 2010 at 10:53 am
dah xde da.. sob2
June 28th, 2010 at 11:32 am
eh..apa yg takde?
July 2nd, 2010 at 6:24 pm
Amirez: Alang2 ko pn main teka teki BH nih, apa jwpn ko utk soalan 4 kebwah, ari ISNIN..”Asal pokok di hutan” ko jwb pe?
July 2nd, 2010 at 6:31 pm
ko pn main teka kata BH ni ek?
nk tny jwpn ko utk mggu ke3, soalan 4 kebwh, ari ISNIN.
“Asal pokok di hutan”?
sekdar kongsi2 jwpn je..tarikh tutup pn dh lepas..
July 2nd, 2010 at 8:43 pm
soalan no. 4 tu memang pening. seminggu fikir tak dpt2 gak jawapan. sebelum hantar hari tu hentam je bagi jawapan. harap2 1 tu jelah yg salah. dapat saguhati pun jadilah hehe.
aku jawab belati. ko lak?
July 2nd, 2010 at 10:40 pm
haha..aku jwb keladi..nth la betul ke x..penin aku memikirny..sape menang mggu ke-2 nih?betul sume ke hampir tepat?
July 3rd, 2010 at 8:57 am
hehe. tawakal jelah
tak umum lagi kan sape yg menang minggu kedua ni?
July 4th, 2010 at 3:00 pm
no komen