Jururawat Curi Seluar Dalam Lelaki

Jururawat Curi Seluar Dalam LelakiJururawat yang sepatutnya ditugaskan untuk menjaga pesakit rupanya ada sikap yang tak senonoh dalam diri. Apa kejadahnya pula nak curi seluar dalam pesakit lelaki. Gila seks kot jururawat ni. Yang menghairankan, macam mana jururawat tu boleh curi seluar dalam lelaki? Tak tahu pula hospital sekarang ni membenarkan pesakit-pesakitnya untuk basuh dan menyidai pakaian dalam kawasan hospital. Pelik sebenarnya kalau nak fikir pasal ni.

Itu apa yang terlintas dalam kepala saya bila baca tajuk berita dalam akhbar Kosmo tadi. Macam-macam boleh kita fikir dengan hanya membaca sebaris tajuk berita. Tapi yang sebenarnya isi berita langsung tak sama dengan apa yang saya fikirkan mula-mula tadi. Mungkin korang tak fikir macam apa yang saya fikir. Mungkin otak saya yang terlebih kuning agaknya haha.

Kat bawah ni saya tampal balik berita yang sebenarnya di sebalik tajuk Jururawat Curi Seluar Dalam Lelaki:

Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu.

Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut.

Itu je sebenarnya. Bukan mencuri seluar dalam pesakit, tapi mencuri kat pasaraya. Pandai wartawan ni letak tajuk agak lucah. Konfius tadi saya baca Kosmo ke atau Harian Metro.

Memang biasa wartawan akhbar atau mungkin editor akhbar suka letak tajuk berita yang agak panas dan menarik minat pembaca. Sedangkan isi sebenar bukanlah seperti apa yang kita fikirkan melalui pemahaman sebaris tajuk berita. Boleh je sebenarnya buat ayat tajuk berita tu macam ni: Wanita Ditahan Mencuri di Pasaraya atau Jururawat Didenda RM4,500 Kerana Mencuri. Tapi tak berapa menarik perhatian sangatlah kan kalau nak dibandingkan dengan tajuk Jururawat Curi Seluar Dalam Lelaki.

Kaitan Dengan Blogger

Ramai juga blogger yang suka buat ayat panas atau menarik perhatian macam ni. Trend ni dah lama, meletakkan tajuk yang menarik perhatian semata-mata untuk menarik trafik lebih datang ke blog diorang. Yang kecewanya isi tajuk tak seperti apa yang digambarkan melalui tajuk entri.

Sekali dua mungkin boleh pakai, sekadar untuk tingkatkan trafik. Tapi kalau dah selalu sangat, rasa-rasa apa kesannya nanti? Kalau saya sebagai pembaca, saya tak masuk dah ke blog diorang lepas tu. Rasa tertipu. Tajuk menarik perhatian ni bukan sekadar tajuk yang berbaur lucah sahaja ye. Jangan fikir bukan-bukan pulak haha.

Saya pernah ternampak satu tajuk entri lebih kurang macam ni: Tips Mendapatkan Buffered Earning. Sesiapa yang pasang iklan Nuffnang mestilah berminat nak tahu tips-tips tersebut kan? Ramai yang tahu iklan Buffered Earning (sebenarnya iklan CPM) adalah iklan yang memberi bayaran lebih lumayan berbanding iklan jenis CPC. Bila ramai yang klik tajuk tersebut, nah, pancing dah mengena. Bila baca isinya, rupanya blogger tu sekadar nak tanya pembaca apa tips untuk mendapatkan buffered earning. Ceh! Dah buang masa kita kat situ.

Apa pula pendapat korang? Patut atau tidak seorang blogger atau akhbar berita menggunakan tajuk yang menarik perhatian macam tajuk entri ini?

P/s: Tajuk entri ini sengaja guna ayat yang menarik perhatian :P

«
»

This Post Has 24 Comments

  1. hehe.. tajuk memang gempak tapi ada udang disebalik batu

  2. Man says:

    sangap ke apa nurse tu..
    Entri Terbaru Man » RM100,000 Untuk Blogger Bertuah

  3. Din says:

    biasa lah tu gimiklah katakan..
    semua blogger nak trafik…
    trafik blog ni pun tinggi…pakai innity lagi…

    • Amirez says:

      trafik dah drop agak banyak dah sekarang ni sejak masalah server hampir seminggu baru2 ni. innity ni pun dapat masa requirements tak tinggi sangat masa tu eheh

  4. Mula2 baca tajuk..aku kata..ape ke hal jururawat bleh curi seluar dalam lelaki…gila seks ke ape…haha…selalu lelaki yg buat keje ni…tapi bila baca sampai abis…baru aku faham…haha…tapi betul kata hafizmd tu..hehe
    Entri Terbaru Encik Bukit Besi » Pencapaian Program Transformasi Kerajaan

  5. kalo akbar menggunakan tajuk utk melariskan jualan..tp kalo lebih2 lak dh jdik mcm tabloid lak..huhu

    kalo yg blogger guna tajuk buffered earnning tu terpulang pada masing2 la..huhu
    Entri Terbaru Jebeng Otai™ » Kalkulus Pinjaman Beli Rumah

  6. hafizmd says:

    Pasal tajuk sensasi camni, rasanya elok tidak diamalkan. Bukan saja rasa macam tertipu, malah macam sengaja memberi pandangan sisi yg lain dari cerita sebenar. Lebih parah, kalau ada pembaca yg jenis baca tajuk saje. Terus dikeber cerita tu. Habislah…..
    Entri Terbaru hafizmd » Sidebar Blog: Apa yang perlu?

  7. Ekal says:

    aku pulak tak tahu nak simpati @ tidak, sebab gaji jururawat yang aku tahu banyak, gaji mahu dalam Rm 2,000+, kurang-kurang dekat Rm 3,000 jugaklah kalau buat ot. tapi kenapa tak cukup jugak, sampai kena mencuri.

  8. titan says:

    gila terdesak betul minah tu..
    Entri Terbaru titan » Aku tak setuju mansuh PTPTN.

  9. Shahrul says:

    mungkin beliau nak hadiahkan untuk boyfriend kot curi kat pasaraya…
    blogger pun macam wartawan letak tajuk yang agak panas, tapi isi tak la panas sangat :D
    Entri Terbaru Shahrul » Lelaki Kacak Lelaki Handsome

  10. akubiomed says:

    Simpati apa yang berlaku kepada Jururawat tersebut kerana barangan yang diambil bukanlan seluar dalam lelaki sahaja tetapi barangan lain cuma di sensasikan adalah barang seluar dalam.
    Entri Terbaru akubiomed » Zulfahmi pelumba Moto 3 menyerlah di Litar Losail Qatar

Leave A Reply





CommentLuv badge