Jan 28, 2009

Kau Blogging Untuk Apa?

  • Share
  • Share

Fuh! Semalam perjalanan yang seronok bagi aku dari Kelantan ke KL selama 7 jam walaupun sesak di Raub, Bentong dan sepanjang highway ke tol Gombak. Seronoknya sebab pakcik polis dengan orang PLUS buka laluan tambahan kepada pemandu yang menuju ke KL. Walaupun jaraknya tak jauh mana, sekurang²nya melancarkan perjalanan. Terima kasih diucapkan kepada pakcik² polis yang tak makan rasuah dan anggota PLUS yang sanggup pecahkan divider highway untuk buka satu lane lagi. Jadinya kat highway tu cuma ada 1 lane dari arah bertentangan. Aku tak ingat kat kawasan mana. Sebelum Genting Sempah rasanya.

Bukan nak cerita pasal perjalanan aku semalam yang sesak tu. Ini aku mahu cerita atau sebenarnya untuk bawa kita sama² berfikir sejenak…berkenaan dengan blog. Aku yakin ramai sudah yang tau apa itu blog, lagi² yang tengah baca apa yang aku tulis ni. Tapi ada jugak yang masih lagi keliru antara blog dengan forum. Isk isk. Aku pernah jumpa orang macam ni. Takpe, bukan salah ibu mengandung.

Chatting dengan sorang kawan baru², lama jugaklah tak bertanya khabar. Chatting², aku tanya dia, “Kau ada blog?” Aku ingat soalan macam tu dah makin biasa di kalangan rakan² yang selalu surf Internet. Sebaliknya, dia jawab, “Aku mana blog² ni.” Dia adalah seorang perempuan yang pada pandangan mata aku…jenis yang blogging. Teringat sorang kawan kepada kawan punya cerita. Dia pergi satu function, ramai juga orang yang terkenal dalam bidang dia tu. Salah sorang daripada kawan yang dia baru kenal kat function tu tanya, “Awak ada blog tak?”, menggantikan soalan lapuk seperti, “Awak ada nombor telefon?” atau “Awak ada email?”. Bukankah orang yang ada blog itu patut dipandang sebagai maju dalam teknologi eheh.

Di sini aku nak senaraikan beberapa ketul sebab-kebab orang blogging yang dapat aku fikirkan selepas baru dua hari baik daripada demam, hinggakan mengganggu kestabilan otak.

Aku blog sebab…

  1. Nak kongsi kisah hidup dengan sesiapa saja
  2. Nak share kebahagian aku dengan kekasih tersayang
  3. Nak buat duit. Tengok orang buat duit dengan blog senang je
  4. Nak tambah kenalan
  5. Nak glamour
  6. Sebagai portfolio dalam bidang yang aku suka supaya senang dapat kerja
  7. Sebab aku malu cakap depan orang
  8. Sebab aku menaip lebih laju daripada bercakap, haha!
  9. Senang nak fitnah orang, orang tak kenal aku
  10. Boleh kutuk² orang lain
  11. Nak kongsi pendapat secara umum
  12. Nak share ilmu
  13. Nak share barang ‘cetak rompak’
  14. Nak cari kawan sehati sejiwa raga
  15. Nak tegakkan kebenaran
  16. Nak tutup kesalahan dalam politik
  17. ……

Letih nak letak banyak². Kalau kau ada lagi nak tambah, bagitau. Boleh aku update.

Sebenarnya apa motif aku tulis entri pasal ni ha? Entahlah. Tiba² nak bincang (bincang ke?) pasal blogging tengah² otak aku belum lagi stabil neh. Nanti dah stabil aku cerita bab lain pulak ye.

Ada orang kata blogging ni buang masa. Ada juga yang kata, “Poyo la kau ada blog. Nak cerita hal sendiri apa hal.” Sempitnya pemikiran, macam longkang. Baru² ni sorang remaja berumur 22 tahun dapat jual blog dia dengan harga USD15 Juta. Dollar America tu, bukan Rupiah. Kalau 15 Dollar tak heran. Dia bernama Johns Wu yang berjaya menjual bankaholic. Dulu rakyat kita sendiri berjaya jual blog dengan harga USD10,000. Dia dipanggil Bob, orang Melayu. Blog yang dijualnya itu adalah BlogOh!Blog. Mau tak kaya jadi blogger. Tapi tidak sesenang disangka.

Cikgu: Atan, ayah kamu kerja apa?

Atan: Blogger sepenuh masa cikgu.

Cikgu: …..

pixel Kau Blogging Untuk Apa?

6 Comments

  • Point 8 :Sebab aku menaip lebih laju daripada bercakap, haha!

    yeahh..that’s rite ;-p add info, sebab aku lagi senang untuk menyampaikan rasa hati atau mencurahkan pandangan dengan menaip berbanding bercakap menggunakan mulut..

    [Reply]

  • salam amirez, lama tak dengar cite lps sy dah tak aktif blogging. Nampaknya amirez masih lg on blogging, tahniah, teruskan. ni kalau dpt nak minta bantuan awak, sbb tahun ni sy nak buat seminar kat UTHM- UPSR, PMR, SPM. Tugas awak senang aje, cuma tengokkan setting laptop/LCD takut ada problem. harap sudi

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha..salah satu sbb gak tu :D

    [Reply]

  • cikgu yusli ek?
    sy sudi sgt sbnrnya, sbb tu tugas sy sejak sy keje kat KL ni. sy dh hampir setahun abis blaja. bermastautin kat KL pula skang. jauh tu nak pegi BP.

    [Reply]

  • haha..
    1 lg point, sebab kalau aku ckp org selalu potong ckp aku eheh

    [Reply]

  • org langsung xbg chance tok aku cakap…
    haha!

    humbleandmodests last blog post..pemisah antara pemerintah dan rakyat jelata

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks