KB Mall Tak Runtuh Tapi Kereta Yang Jatuh

Terkejut juga bila dapat berita dari tempat kejadian bahawasanya KB Mall runtuh sekitar 6 petang tadi. Bila diselidik rupanya bukan KB Mall yang runtuh, tetapi sebuah kereta Mazda kuning jatuh ke dalam KB Mall dari tempat parking bahagian atas bumbung dan tersepit di celah escalator hingga menyebabkan 3 kematian dan 3 orang awam yang tercedera (kalau tak silap info).
Alkisahnya, sekitar 5 petang aku melayan perlawanan perseorangan Lee Chong Wei dengan Park Sun Kwan dalam pertandingan Super Series di JB. Habis je set pertama yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei, aku terima panggilan bahawa KB Mall runtuh baru sekejap tadi. Terkejut juga. Ditambah lagi dengan fly over yang sedang (atau akan) dibina berhampiran dengan KB Mall menyebabkan kes KB Mall runtuh mungkin disebabkan oleh construction tersebut akibat daripada struktur tanah yang kemungkinan longgar. Macam² la tafsiran boleh buat, faktor hujan (walaupun KB tak hujan mana skang ni) pun boleh jadi juga.
Lalu aku hebahkan di Facebook dan menerima respon yang cepat daripada kawan² yang alert. Bukan setakat Facebook, aku hantarkan mesej kepada sesiapa saja kenalan aku di Kelantan dan menerima banyak panggilan untuk pengesahan berita tergempar tersebut. Penat menaip SMS dan menjawab telefon, sambil² menonton perlawanan set kedua Chong Wei dan Park Sun Kwan di RTM1 online. Chong Wei juara weh, memang mantap persembahan beliau eheh.
Ok. Kita kembali ke pangkal jalan.
Update demi update diterima sama ada melalui SMS mahupun di Facebook. Seorang kawan upload gambar di tempat kejadian iaitu gambar sebuah kereta berwarna kuning yang jatuh dari parking tingkat atas ke kawasan beli belah KB Mall. Aku mula terfikir, kalau KB Mall runtuh, macam mana orang boleh ambik gambar kereta tu? Dan kenapa hanya sebuah kereta? Bangunan sekelilin pun nampak elok je takde retak² atau sebarang bentuk bangunan yang runtuh?

Lagi gambar update diterima. Kali ini gambar sebuah lubang dari bahagian parking. Daripada description menceritakan kereta tersebut reverse lalu terjatuh dan menyebabkan kematian pelajar perempuan dari Kolej Masterskill. Siapa sangka, ajalnya datang ketika berada di KB Mall.

Teknologi sekarang juga membolehkan kita boleh upload video terus ke Youtube melalui handphone. Satu video yang diupload sekitar sejam selepas kejadian membuktikan bahawa KB Mall tak runtuh, tetapi sebenarnya sebuah kereta telah jatuh dari parking tingkas atas. Istilah ‘runtuh’ disalahgunakan ketika menyampaikan info. Bila disebut ‘KB Mall runtuh’, secara automatik kita akan fikir yang bangunan KB Mall telah collapse seperti dibom atau tenggelam ke dalam tanah akibat gempa bumi. Sepatutnya di sini istilah ‘jatuh’ ditekankan, iaitu sebuah kereta telah jatuh dari parking tingkat atas KB Mall. KB Mall runtuh memberi efek yang sangat sangat besar kepada sesiapa saja yang mendapat berita ni, berbanding dengan kereta yang jatuh ke dalam KM Ball.
Terpaksalah aku SMS semula ke nombor² tadi untuk menyampaikan berita yang sebetulnya bagi mengelakkan berita tidak benar daripada tersebar. Mulut orang mudah untuk menokok tambah berita yang diterima. Seperti kes arwah sepupu aku yang meninggal dilanggar kereta seorang pegawai polis beberapa tahun dulu hinggakan akhbar lucah Harian Metro pun buat artikel yang sangat jelas silapnya hingga memburuk²kan nama baik sepupu aku sebagai seorang pelumba CupPrix.
Kalau diikutkan dari istilah yang diguna masyarakat Kelantan, tak salah sebenarnya istilah ‘runtuh’ yang membawa maksud atap atau kereta telah runtuh dari atas. Masalahnya penggunaan untuk Bahasa Malaysia adalah tidak betul dalam konteks situasi tersebut hingga boleh menyebabkan orang yang mendengar tersilap faham. Disebabkan satu perkataan, kemungkinan beribu² orang mendapat info yang salah. Tengoklah, dengan hebahan di Facebook, seorang kawan aku yang berada di KL (aku pun ketika ini di KL) boleh hebahkan kepada kawan²nya. Ada kawan² yang bertanya macam mana dia dapat tahu berita tentang KB Mall runtuh sedangkan dia berada di KL. Kuasa Internet. Boleh digunakan untuk perkara baik dan boleh juga digunakan untuk perkara yang tidak baik dan palsu terutamanya dalam hal politik.
Kepada mereka yang dapat berita KB Mall runtuh daripada aku tadi, aku mohon maaf atas kesilapan info tersebut. Mungkin ini pengajaran buat aku juga supaya selidik betul² dulu sesuatu perkara sebelum buat hebahan. Jangan jadi seperti Harian Metro haha. I’m sorry…
p/s: tahukan korang KB Mall pernah dinobatkan sebagai kompleks beli belah terunggul di Malaysia?
p/p/s:ada blog khas tentang KB Mall yang runtuh.
5 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...






andaian awal aku sememangnya tepat.
pemandunya adalah wanita.
haih~
.-= stereo´s last blog ..bab 37: sila patuhi undang-undang yang sedia ada =-.
[Reply]
kejut berup
[Reply]
kejuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttnyooo!!ingko xleh dh nk soping2 d kb mall.musimraya gap arap ko kb mall la…runtuh sgh hk ni gk xtaula…takziah la buat keluarga mangsa..
[Reply]
Amirez Reply:
December 10th, 2009 at 4:13 pm
sy pun igt gitu. haih
[Reply]
KB Mall Runtuh??…
Terkejut juga bila dapat berita dari tempat kejadian bahawasanya KB Mall runtuh sekitar 6 petang tadi. Bila diselidik rupanya bukan KB Mall yang runtuh, tetapi sebuah kereta Mazda kuning jatuh ke dalam KB Mall dari tempat parking bahagian atas bumbung …