Keajaiban Sujud Ketika Solat
Sudah tak berapa lama lagi bulan Ramadhan akan menjemput kita, dijangka pada hari Sabtu ini. Bermakna pada 21 Ogos 2009 akan datang bermulalah malam Ramadhan pertama yang dihiasi dengan solat sunat Tarawikh. Marilah kita sama² berusaha semoga tahun ini kita dapat sempurnakan solat sunat Tarawikh selama sebulan.
Melilau ke Facebook tadi terlihat satu artikel berkenaan dengan lagu munajat daripada kumpulan Rabbani dalam satu blog tempatan. Pautan diklik untuk ke sana, tapi aku tertarik dengan artikel berkenaan dengan keajaiban sujud ketika solat. Berikut adalah artikel dari blog berkenaan:
Hikmah Sujud Ketika Solat
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal kita.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia (burut).
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Sumber dari http://islamictazkirah.blogspot.com
p.s: Ya Allah, sungguh banyak kelebihan yang Kau berikan hanya dengan melakukan sekali sujud.








August 25th, 2009 at 12:23 pm
Saya pernah dengar sal ni. Bagi saya, sayang kalau perempuan tak tahu sebab kalau perempuan tahu fadhilat sujut ni, mesti ramai yang tak sabar nak solat. Sujud gak boleh membuatkan bentuk tubuh lebih cantik.

Fatin Pauzi´s last blog ..Indahnya Kemesraan Suami Isteri
August 25th, 2009 at 1:03 pm
oo ye ke sujud bole buat bentuk tubuh lebih cantik??
info baru ni. thx fatin.
rugilah bg mereka yang malas nak solat