Aug 16, 2010

Lagu Kekanda Adinda OST Drama 8 Bulan

  • Share
  • Share

8bulan Lagu Kekanda Adinda OST Drama 8 Bulan

Seronok juga layan drama 8Bulan kat TV3 ni setiap hari ahad pukul 10:30 malam. Semalam aku hampir terlupa nak tengok drama ni sebab terlalu penat baru sampai dari kampung tepat pukul 7:30 malam. Buka puasa pun dalam kereta. Nasib baik isteri ingatkan, dia pun minat juga melayan.

Daripada penelitian aku tentang drama tajaan HSBC ni plot cerita utamanya adalah berkaitan dengan proses nak buat loan rumah, semestinya melalui HSBC. Bagi aku ianya satu pengiklanan yang bagus melalui drama. Macam video MohdKhairuddin’s Mum tu eheh. Selain daripada tu ada selit-selit sket kisah rumahtangga yang dilakonkan oleh pasangan suami isteri lakonan Rashidi dan Vanida Imran. Pada mulanya aku tak berapa tertarik sangat nak tengok. Ingatkan sekadar drama tipikal masyarakat Melayu. Tapi babak Rashidi nak cari duit lebih dalam episod 1 dulu buatkan aku terus minat nak follow setiap episod. Apa yang menariknya masa tu Rashidi cari kat Internet mana-mana program atau perniagaan yang boleh bagi duit sampingan. Lalu dia terjumpa pasal login Facebook dapat RM100 haha. Tapi dia tak join. Assistant dia cadangkan buat freelance. Haha, sindiran yang bagus dan halus untuk login Facebook dapat duit tu.

Lagu Kekanda Adinda yang jadi soundtrack drama 8Bulan ni pun best je dengar. Rasa macam nyanyi-nyanyi sambil jalan-jalan kat taman bunga je hehe. Dinyanyikan oleh Monoloque dan Atilia. Tak pasti ada ke tak video klip untuk drama ni. Layankan jelah video Kekanda Adinda yang aku jumpa kat Youtube ni dengan liriknya sekali kat bawah icon wink Lagu Kekanda Adinda OST Drama 8 Bulan

[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=I6jfyT2LIYQ&feature=player_embedded#![/pro-player]

Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque & Atilia

Verse 1

(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Chorus 1:

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata
(P) Dinda belum bersedia
(L) Kanda dah beria ria
(P) Jadi yang mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Verse 2:

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati, tak rela dikongsi

Chorus 2

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa
(P) Itu yang Dinda harus berwaspada
(L) Ini semua demi masa depan keluarga
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam
(P) Dinda kerja siang
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Bridge:

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Verse 3

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus 3

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
(L) Kanda polar kutub Utara
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yang kita perlu
(P+L) Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

coda*

(L) Walau kita sering dgn cara masing2
(P) Kanda yang Perdana
(L) Dinda yang Utama
(P) Kanda segalanya
(L) Dindalah nyawa
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama-sama
bahagia bersama
bersama selamanya
bahagia selama-lamanya

pixel Lagu Kekanda Adinda OST Drama 8 Bulan

1 Comment

  • Lirik Lagu Kekanda Adinda Soundtrack 8Bulan…

    Lagu Kekanda Adinda yang jadi soundtrack drama 8Bulan ni pun best je dengar. Rasa macam nyanyi-nyanyi sambil jalan-jalan kat taman bunga je hehe. Dinyanyikan oleh Monoloque dan Atilia. Tak pasti ada ke tak video klip untuk drama ni. Layankan jelah vide…

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks