Jan 5, 2010

Kekasih Misteri

  • Share
  • Share

kekasihmisteri Kekasih Misteri

Kebelakangan ni banyak pula dapat kisah² cinta daripada kawan². Teringat zaman jadi budak U dulu, dalam masa sama aku jadi Dr. Luv kepada beberapa orang kawan eheh. Kadang² rasa bangga gak dapat selesaikan masalah cinta kawan² haha. Eh, astargfirullah…tak baik riak. Ish ish. Penyelesaian masalah tu datangnya daripada Yang Maha Bijaksana. Aku hanya berusaha untuk membantu rakan² yang memerlukan. Ok, lagak innocent kembali.

Lama juga tak YM. Semalam saja² gatal tangan nak ketuk dua kali ikon Yahoo Messenger kat desktop. Dah load semua list kawan² yang ada, ternampaklah sorang kawan lama ni tengah online. Maka dengan machonya aku menegur gadis yang ambik Ijazah Sarjana kat UIAM Kampus Pahang tu.

Hi sapa aku, hi dibalasnya. Tak sampai tiga baris aku terus tanya tentang kawan lama aku bernama F. Entahlah kata kawan aku bernama N ni. Empat bulan katanya dah tak berhubung. Empat bulan tanpa sebarang berita!! Dengan N dah empat bulan, dengan aku rasanya lagi lama daripada 6 bulan kot. Kalau dah kawen ni dah boleh mintak fasakh agaknya. Last aku chat dengan F, waktu tu dia kat Dubai ada kerja kat sana dalam 2 minggu. Lepas tu dia offshore, jadi susah nak online lagi. Sibuk benar kawan aku F ni. Aku ingat lagi macam mana aku jadi match maker antara F dan N lebih kurang setahun lebih yang lalu. Masing² malu nak chat. Asyik suruh aku je sampaikan teks diorang haha. Dah kena paksa dengan aku barulah berani sikit diorang nak suai kenal. Itu belum jumpa depan² lagi hehe.

Yang peliknya, kitorang bertiga tak pernah pun jumpa. Cuma kenal dalam YM je. Diorang declare pun lepas kenal hati budi melalui YM. Tak lama lepas tu F bagitau yang dia rasa macam dah suka kat N. N pun sama. Tup tup, declare dah. Legalah juga hati ni. Dua² aku kira sangat sepadan. Sorang ambik Master, sorang lagi engineer, bekas graduan dari universiti kat Jepun. Dua² ni dikecewakan pasangan terdahulu dalam situasi yang berbeza. Akhirnya bertemu di YM, dan aku sebagai perantara waktu tu. Tumpang gembira jelah, kan?

N cerita sikit kisah dia dan F kat aku semalam. Dah bincang sampai ke wang hantaran dah. Tapi yang peliknya bila N cakap tak kisah berapa jumlah hantarannya, tiba² F signout dan diam membisu sampailah sekarang. Selama aku berchatting dengan F, dia memang macam tu. Macam signout tergesa², tak cakap bye pun. Jadi aku tak pelik sangatlah kalau dia camtu.

Tapi yang lagi anehnya, dia cakap kat N nama dia bukan F. Nama sebenar dia ialah Z. Erk…??!

Kenapa selama ni dia bagitau nama dia F? Dengan aku tak kisahlah, kan? Ni dengan N pun dia bagitau nama sebenar lepas beberapa bulan declare. Tak ke aneh sungguh si F..erk..Z ni?

Satu lagi keanehan si F ni. Dia tak pernah bagi nombor telefon dia hatta kat N sendiri. Sangat pelik aku kira manusia zaman ni takde handphone, lagi² engineer macam dia yang semestinya duit gaji beriban² dalam poket seluar kargo dia. Tau² lak dia pakai seluar kargo haha. Yelah, poket banyak boleh simpan duit banyak² haha. Mengarut dah aku neh huhu.

Lepas apa yang berlaku barulah aku perasan kemisterian si F ni. Asal mintak nombor telefon je mesti chat kitorang terputus. Mintak nombor ekor kot baru dia nak layan eheh. Ajak jumpa, lagilah dia diam membisu. Muka jambu tengok dalam gambar. Taulah malu ke apa si F ni. Entah si F ni wujud ke tak bagai dikata N. N mengadu dia couple dengan orang yang belum tentu wujud atau tak. Nasib baiklah N jenis orang yang agak sporting dan tak terlalu sensitif, setakat yang aku kenal melalui YM.

Paling aku terharu, N sanggup tunggu F sampai hujung tahun ni. Aku bagi cadangan kat dia tunggu F sampai dia habis belajar bulan 4 nanti, itu pun aku rasa dah agak lama. Tak sangka, kesabaran N jauh lebih tinggi. Atau lebih tepat aku istilah kesabaran itu sebagai satu tanda kesetiaan. Chee wah, ayat Sembilu Kasih la pulak. Tiba² terdengar suara Ziana Zain berkumandang haha.

Tapi…itulah N, seorang yang sangat setia.

pixel Kekasih Misteri

7 Comments

  • ada benda bila dapat dipandang..dipegang baru percaya tetapi ada jugak yang tidak nampak namun wajib percaya..paling senang arus elektrik.

    kalau berani..try!
    ctpayong´s last [type] ..macam pelik aje rupanya

    [Reply]

  • hehe guling2 depan pc masing2 je kot :P

    [Reply]

    Amirez Reply:

    a’a ek. x segan sket hehe

    [Reply]

  • Waa…. ala2x macam citer hindustan pun ada lak…. memang unik betul kisah percintaan diorang tu….

    [Reply]

    Amirez Reply:

    tp xde guling² atas padang hehe

    [Reply]

  • bila baca kisah N tu, terasa mcm kena diri sndr lak..haha..dh la nama depan pun N….n si dia pun N….bila seorg wanita 2 btl2 jth cinta, itu la yg terjadi…xde sape dpt tandingi kesetiaan 2…kdg2 org akn anggap ia mcm membuang masa, merugi kan diri sndr…tp, letak la hati kamu dlm keadaan itu…di mulut mungkin akn mengata kan utk melupa kan, hakikat nye, ati masih lg setia menunggu…ape yg N alami, 2 la yg sy alami…wpun dh 6bln berlalu, sy tetap setia tgu dia…ntah la..sy hny mampu berserah pd Allah je

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh ye ke. kalau nak dikatakan sape yg paling setia,
    takde jawapan tepat lelaki atau pompuan.
    ianya terletak pada diri masing².

    sabarlah ek. jodoh x ke mana ein

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks