Kelebihan Status Glitterati Nuffnang
Semalam aku ada cerita sket (sket ke?) tentang status Glitterati aku digugurkan oleh Nuffnang akibat kecurangan aku sendiri. Dan ini pula respon daripada Nuffnang berkenaan dengan masalah tu. Penting status Glitterati ni kalau nak generate earning yang lebih banyak compare dengan ahli biasa. Nak beli Lotus Evora dengan duit Nuffnang mesti kena kerja keras sket hehe.
Ada lagi 3 hari. Harapnya marah Nuffnang dah reda. Tak tido malam aku dibuatnya huhu. Mana taknya, tanpa Glitterati banyak kelebihan aku ditarik semula. Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang kamu akan dapat sebagai blogger berpangkat Exclusive Nuffnanger:
Payment Rate untuk Cost Per Unique dan Cost Per Click
Secara ringkasnya Glitterati menerima income 20-40% extra jika dibandingkan dengan ordinary membership
Pembayaran
Ahli Glitterati dibayar dalam tempoh 30 hari berbanding ahli biasa selama 60 hari.
Peluang untuk Advertorial
Hanya ahli Glitterati berpeluang untuk dapat advertorial, yang mana incomenya sangat tinggi jika dibandingkan dengan iklan biasa. Ianya bergantung kepada pengiklan, jumlah trafik dan komitmen
Community Events
70% daripadanya diperuntukkan kepada ahli ekslusif dan guest; selebihnya untuk ahli biasa. Banyak events yang diadakan seperti movies, perjumpaan bloggers dan macam-macamlah.
Contest
Ini memang seronok sebab banyak peraduan yang diadakan dan hadiahnya sangat lumayan. Again 70% VS 30%. Sebab tu aku nak join satu contest yang sedang berlangsung sekarang. Harap-harap sempat huhu.
Innit
Hanya ahli Glitterati je yang ada Innit. Kamu boleh promote entri terbaru kat Innit ni untuk dapatkan trafik ke blog kamu. Salah satu trafik yang membondong-bondong datang ke blog aku dalam 4 hari percubaan baru ni adalah dari Innit.
Trimas kepada sharinginfoz.blogspot.com atas perkongsian ni. Memudahkan kerja aku hehe. Kecik mata weh nak baca penerangan dalam Bahasa Inggeris kat web Nuffnang tu.
Kalau kamu perasan aku dah buang iklan daripada YourPartTime.com sebab aku rasa tak sesuai letak iklan tu kat blog macam aku ni. Jadi sekarang yang ada cuma iklan Nuffnang. Ini adalah tanda cintaku terhadap Nuffy hehe.
Ada yang kurang faham dengan entri yang lepas. Entah apa aku mencarut mengarut dalam entri tu diorang cakap haha. Ada jugak yang marah-marah sebab terasa tertipu. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai ke kaki. Takde niat sikit pun nak menipu. Cuma silap faham je. Apa yang aku maksudkan adalah masalah rumahtangga aku dengan Nuffnang, bukan dengan isteri aku sekarang ni. Memang itu yang aku jangkakan. Dan hasilnya referral trafik melonjak ke tempat pertama paling banyak akses ke Amirez.com menurut Google Analytic. Memang ternyata promosi melalui Facebook memang berbaloi. Tapi cara yang aku gunakan hari tu tak berapa elok sebenarnya. Maaf sekali lagi ye kawan-kawan. Sekadar bereksperimen. Bagi sape-sape yang menganggap status macam tu sebagai satu gurauan, aku akui ianya bukanlah gurauan yang bagus.
Entri akan datang aku akan jelaskan apa dan siapakah Nuffnang. Aku akan explain sekali kenapa ramai blogger pasang Nuffnang kat blog masing-masing. Jadi kalau tak nak ketinggalan bolehlah subscribe Amirez.com melalui email. Bila ada entri baru nanti kamu akan entri tersebut direct dari email. Tak tahu lagi bila hari yang sesuai untuk aku buat entri tu. Pagi esok aku balik kampung. Sampai je kat airport terus selesaikan kerja-kerja penting yang kena aku setelkan esok jugak.
Penat…
p.s: ketika entri ini ditulis, aku dah dapat semula status Glitterati
tak sampai 4 hari pun. trimas Nuffnang!!
8 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...







aku tak pernah menDUAkan Nuff,hahaha
[Reply]
Amirez Reply:
January 21st, 2011 at 10:20 pm
haha..bagus2. teruskan kesetiaan dgn nuff hehe
[Reply]
suka berkongsi, anyway thanks for the link
sharinginfoz´s last [type] ..Jom Minum Air Tropicana Twister
[Reply]
Amirez Reply:
January 21st, 2011 at 10:00 pm
u’re welcome
[Reply]
aku masih lgi x bagi si nuff merajuk kat aku.
[Reply]
Amirez Reply:
October 1st, 2010 at 5:12 pm
bagus. jangan sesekali baru nuff merajuk.
kita gak yang rugi nanti hehe
[Reply]
mcm best je… bole la bwk blanje kgkwn…hu
[Reply]
Amirez Reply:
July 5th, 2010 at 11:27 am
hehe. memang best ikmal. nati dh ada blog bleh la try pasang
[Reply]