Kemalangan Ngeri di Ayer Keroh

Satu kemalangan ngeri telah berlaku di hadapan Mydin Ayer Keroh, Melaka petang semalam yang melibatkan 3 buah kereta, 3 buah lori dan 4 buah motorsikal. Dikatakan setakat ini 5 orang telah maut dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan Maut di Ayer Keroh

Kemalangan Ngeri di Ayer Keroh

Kemalangan Ngeri di hadapan Mydin Ayer Keroh

Update:

MELAKA: “Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya,” kata R Sivakumar, 32.

Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam.

Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.

Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran.

Sumber: Harian Metro

Kebetulan petang semalam berlaku kemalangan 4 buah kereta yang terjadi betul-betul depan mata saya semasa nak keluar dari simpang rumah. Jarak kemalangan dengan tempat saya berhenti tu cuma dalam 10 meter saja. Kereta-kereta yang terlibat (dari depan) adalah Kancil, Proton Iswara, Myvi 1.5 dan Toyota Hilux. Paling teruk Myvi 1.5 tu, bumper depan dengan belakang rabak. Toyota Hilux tercabut bumber depan sebelah kanan. Kancil dengan Iswara ‘cedera’ ringan. Saya rasa kemalangan terjadi disebabkan pemandu leka sebab jalan tu lurus, dah tu pulak tengah jam.

Mintak-mintak dijauhkanlah daripada kemalangan macam ni. Teringat kejadian saya kemalangan di Jalan Kuching tak berapa lama sebelum ni. Bukan kereta je rabak, poket pun rabak sama.

Kredit: Forum Cari

17 thoughts on “Kemalangan Ngeri di Ayer Keroh

  1. takziah kepada mereka yang terlibat…..malang tak berbau…walaupun kita sendiri memandu dengan cermat tetapi orang lain tidak maka kemungkinan untuk terlibat itu ada..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge