Anda di sini: Laman Utama » Islam » Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US

Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US

by Amirez on May 2, 2011 · 32 comments

Petang tadi dapat berita yang Osama Bin Laden selaku pemimpin utama Al-Qaeda telah mati terbunuh akibat daripada serangan tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Berita kematian Osama disahkan sendiri secara terbuka oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan juga Senior U.S. Official kepada CNN (sumber Oh! Artis).

Buletin Awani dan Buletin Utama kejap tadi awal-awal lagi paparkan berita tergempar berkaitan dengan Osama Bin Laden yang mati ditembak. Menurut Berita Harian pula mayat Osama disemadikan di laut atas sebab tidak ada negara yang mahu menerima penjenayah antarabangsa yang paling dikehendaki Amerika Syarikat tersebut. Manakala Datuk Hishammuddin meluahkan perasaan gembira dengan berita kematian Osama melalui akhbar Berita Harian Online.

Persoalannya, sejauh mana kebenaran berita kematian pemimpin Al-Qaeda ni? Tadi ternampak RT daripada Denaihati berkenaan dengan satu pendedahan gambar sebenar yang dikatakan gambar Osama selepas mati ditembak di kepalanya yang tersebar luas melalui media dan juga blog. Hasil teknik superimpose pihak tertentu (kemungkinan AS sendiri), maka terhasillah gambar palsu Osama terbunuh seperti ini:

Apa pendapat korang? Ada kemungkinan berita ni pun sekadar propaganda AS untuk menutup satu kes, kemudian buka satu kes atau peperangan terbaru (sekarang ni Libya). Biasalah Amerika, banyak muslihat yang dirancang dengan teliti. Kewujudan Osama Bin Laden pun mungkin hanya watak mainan pihak AS.

Update 4 Mei 2011

Berikut adalah respon ringkas tetapi mempunyai maksud mendalam yang dikeluarkan oleh Dato’ Nik Aziz yang dipetik dari blog Muhammad Hanif:

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Kredit gambar kepada AdmiralHafiz.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 31 comments… read them below or add one }

sazuwi May 7, 2011 at 1:41 pm

konspirasi pihak mereka mmg x kan habis..
kiter jer umat islam perlu bertahan..
sazuwi´s last [type] ..Terima Kasih Majlis Perbandaran Seremban

Reply

Amirez May 7, 2011 at 9:54 pm

kalau abaikan lagi bagus tapi orang kita ni suka cerita2 macam ni. lagi2 konspirasi illuminati tu huhu

Reply

sabree hussin May 7, 2011 at 12:44 am

dulu pernah terbaca pulak yang osama ni satu karekter yang diada-adakan oleh yahudi.. entah betul atau tak

Reply

Amirez May 7, 2011 at 10:38 am

entahlah..kita sebagai masyarakat awam jadi pening. mungkin betul, mungkin tak

Reply

ARieF May 5, 2011 at 11:04 am

Baru tau datuk hishamuddin timbalan perdana menteri..hehe

btw kalau 1 mati, mungkin 10 lagi muncul..masa 2 mungkin semua dah kucar kacir.. wallahualam

Reply

Amirez May 5, 2011 at 12:57 pm

haha..adeh..macam mana boleh tersilap neh. thanks arief. kalau tak, sampai keluar isu baru pun aku tak perasan lagi eheh. ni kes dengar berita terus update la ni sampai tak sempat nak check.

betul gak tu arief. mati sorang, wujud lagi yg lain yg mungkin lagi hebat isunya..sape tau..?

Reply

din May 5, 2011 at 12:48 am

mungkin obama nak tarik perhatian dunia kearahnya atau utk publisitinya pasal dia tak dpt perhatian dari britan family ‘Royal Wedding’baru2 nie…..

Reply

Amirez May 5, 2011 at 6:25 pm

haha..masuk akal juga tu

Reply

dnoBiz May 4, 2011 at 11:13 pm

tang gambar tu katanya buka yang dikeluarkan oleh pantagon, gambartu hasil dari kreativiti ciptaan sebuah akhbar online di US, tapi dalam kes osama ni banyak andaiyan yang dapat dibuat
dnoBiz´s last [type] ..Insurans Kenderaan – Berita Baik untuk pemilik kenderaan lama

Reply

Amirez May 4, 2011 at 11:45 pm

entahlah…makin kita mencari kebenaran..makin keliru dibuatnya

Reply

farhada May 4, 2011 at 9:41 am

tak faham…hehehehe~

Reply

Amirez May 4, 2011 at 10:22 am

tang mana tak faham tu? hehe

Reply

WOOT May 4, 2011 at 12:09 am

aku mmg da kompem.. mmg kompem sume nih x betol . dyorg nk cri Osama pon dah mcm terkan*a* . nih nk bunoh lk .. gi mam la ko org2 yg mnntg ISLAMM!!

Reply

MUSLIMIN May 3, 2011 at 3:46 pm

Assalamualaikum Muslimin & Muslimat…
Apa pun senario yang terjadi. Itulah kenyataan.
Tolonglah…mohon kita sesama muslim jangan memberi ulasan
yang boleh dikatakan ‘kuang ajar’ ….aib ISLAM sila kita
jaga dan tatang bersama.
ALLAHUAKBAR………….

Reply

MUSLIMIN May 3, 2011 at 3:48 pm

Ya Allah…kenapa pucuk pimpinan negara melabelkan ini Osman Laben pengganas yang ekstrim..
Pada2 la, simpan dulu komen tu. Jaga sensitiviti rakan seagama kita.

Reply

QuRNia93 May 10, 2011 at 10:37 pm

btol2….yg penting islam x rapuh…bersatu kita teguh…

Reply

Amirez May 3, 2011 at 5:24 pm

insyaAllah. terima kasih mengingatkan

Reply

asbesstos May 3, 2011 at 3:25 pm

saya yang kacak dari osama laden ni pun dah boleh agak semua ni seperti sebuah konspirasi terbesar AS.. persoalan yang lebih penting bukan osama dah mati atau belum, tetapi adakah OSAMA LADEN tu sendiri wujud?? atau sekadar kunci atau lesen untuk pihak AS menyerang negara-negara arab..

Reply

Amirez May 3, 2011 at 5:24 pm

betul tu bro. dunia sekarang ni makin diputar-belitkan pihak tertentu. kalau kita abaikan pun tak jadi masalah pun kat kita. betul tak?

Reply

Affan May 3, 2011 at 1:39 pm

hehe ada gak tengok gambar.
haish, macam2 hal US ni
Affan´s last [type] ..5 blog yang kerap dilawati 2011

Reply

titan May 3, 2011 at 2:10 am

makin gemok plak gambar dia aku tengok..

Reply

Amirez May 3, 2011 at 5:22 pm

owh..orang ‘sihat’ eheh

Reply

daun empasa May 2, 2011 at 11:52 pm

bagus!(persendakan diri anda itu).soal percaya @ tak percaya itu tidak terlintas didalm fkran….soal bnar @ tak benar tu terpulang pada individu yg mbuat knyataan itu. dulu bukan main bagtau osama sudah mati..ttap juga manusia. kni dia sudah mati…sekarang nikmati keamanan sejagat ……….hentikan lah perangai kutuk mengutuk. jgn menghakimi org.kerna kita tak berhak. Only God can judge our life,ur life and me…and u all to0..remember!

Reply

Amirez May 3, 2011 at 5:33 pm

ya memang betul tu. terima kasih ingatkan

Reply

decrewz May 2, 2011 at 11:42 pm

Rasanya x ramai pun org percaya.. Pemimpin hanya memperbodohkan rakyat mereka sendiri..
decrewz´s last [type] ..Projek Dua Hari Tanpa Henti Masa Cuti

Reply

Amirez May 3, 2011 at 5:20 pm

betul tu jai. rakyat makin lama makin pandai menilai

Reply

Shahrulsite May 2, 2011 at 10:11 pm

orang ckp Osama ni watak rekaan US, maknanya Osama org dia jugak. Direka bagi dijadikan alasan untuk mengishtiharkan perang ke atas umat Islam…Wallahualam
Shahrulsite´s last [type] ..Persoalan Tentang Blogspot – Jawapan

Reply

Amirez May 3, 2011 at 5:19 pm

ada kemungkinannya macam tu. biasalah, takde alasan buat alasan. sekadar jadikan asbab

Reply

tengkorak emas May 2, 2011 at 9:46 pm

walau apa pun, kita teruskan sahaja perjuangan melalui tulisan/perkataan, perbuatan atau doa, ketiga-tiganya sekali pasti lebih baik..

cukuplah Allah dan Rasul-Nya..
tengkorak emas´s last [type] ..Islam yang disalah tafsir

Reply

Amirez May 3, 2011 at 5:18 pm

betul tu bro :)

Reply

RedVixen May 2, 2011 at 9:45 pm

aku dah agak dah copy paste…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: