Kenangan Terindah – Meja Study 2007
Tiba² lak rasa nak tunjuk gambar kenangan meja study eheh. Waktu tu tahun 2007, aku dah tahun 4 kat UTHM. Masa tu menyewa kat Taman Melewar 2 dengan kawan² satu fakulti, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau singkatannya FKEE. Aku pernah tunjuk gambar ni kat forum Blues Selamanya yang lama dulu. Kemas tak? Hehe.
Mari aku cerita satu per satu barang² aku dalam gambar kat atas.
Mula² helmet yang ada kat sebelah kiri bawah tu. Walaupun aku bawak kete, tapi aku pakai helmet. Kononnya macam F1 la hahaha. Apa gila nak pakai helmet bawak kete. Nanti orang kata ada orang biol belajar kat UTHM. Saje je prepare helmet tu. Housemates yang tak silap aku seramai 8 orang tu semuanya bawak motor. Kalau nak tumpang, senang…tak yah pinjam helmet orang. Orang lain pun nak pakai helmet jugak. RM50 aku beli dulu.
Kerusi banquet biru tu, aku rembat dari makmal FKEE Complex haha. Pukul 10 malam pergi rembat lepas habis kelas. Trimas kepada Rempit kerana menjayakan misi ini hehe. Terasa macam pencuri lak time tu. Aku tengok kerusi tu dah lama kat luar lab, banyak pulak tu. Tak salah kot pinjam 5 bulan buat study hehe. Habis semester aku pulangkan balik. Nasib baik pak guard tak nampak kerusi tu menyorok kat belakang, tinted hitam gelap lagi masa tu. Skang ni dah tukar hijau reflex, lagi tak nampak. Siap boleh buat cermin haha.
Kemudian…monitor LCD Acer AL1717 17″. Cantik pulak nombor. Beli dengan harga RM599 pada masa tu. Masih guna sampailah ke hari ini. Pernah rosak sekali, pastu hantar ke kedai. Hampir² kedai tu tak nak ambik upah sebab rosaknya sikit sangat tapi kerani akaun tu pulak yang lebih² suruh orang yang repair tu tetapkan berapa upahnya. Hulurlah RM30 kat dia. Ada sekor semut mati lekat kat skrin huhu. Dulu aku tinted skrin LCD ni, tapi dah buang sebab masuk bubble huhu. Mahal tu beli tinted kat MidValley.
Lagi…keyboard hitam legam tu. Dah tak pakai dah. Itu yang buruk punya, stok tahun 1998 kot eheh. Kalau tekan mau sampai ke dapur bunyinya. Rosak bila tertumpah air. Lepas tu beli Mobile Gear punya keyboard. Tumpah air pun confirm takkan rosak. RM50 beli kat Parit Raja. Guna lagi sampai skang. Dah banyak kali tertumpah air, tapi masih ok hehe. Tabiat suka minum sambil tengok movie kat PC la ni.
Arwah encik mouse biru. Dah rosak, jadi arwah dah. Rasanya aku simpan lagi kot. Nak try jual, kot² la ada orang nak beli hehe. Sedap pakai mouse tu. Skang ni guna yang lebih kurang sama patternnya tapi warna putih semua. Brand Imation. RM19 kat 1 Utama. Kat Lowyat lagi murah huhu.
Haa..printer Canon Pixma..tak ingat model apa. Dah lama tak guna. Printer tulah yang banyak berjasa kepada aku. Nak print tesis pun guna printer tulah. Berapa kali print tesis, asyik kena reject je sebab salah ayat. Takpe, reject tu tandanya supervisor nak bagi kita markah tinggi dengan tesis yang terbaik. Terima kasih banyak² Puan Nik Shahidah. Comel Puan Nik ni. Anak dah 3 agaknya, tapi masih lagi comel. Eh, cerita pasal dia lak. Berbalik kepada encik Pixma. Ada tersadai kat rumah. Rasanya ink dia pun dah beku, lebih daripada setahun dah tak guna hehe. Tapi cantik lagi duduk dalam kotak. Nak jual gak tu. Ada siapa nak beli?
Yang tergantung sebelah sana tu, headphone termahal pernah aku beli. Takdelah mahal, RM35. Kualiti memang terbaeek. Dia punya bass…fuh…bergegar anak telinga. Alhamdulillah, telinga aku masih berfungsi dengan baik hingga ke hari ini. Kondisi sekarang…dah rosak. Terputus wayar headphone. Nak beli? Aku sedia menjual eheh.
Takde dah kot. Yang lain² tu buku ilmiah, bukan buku komik ye. Tapi selalunya aku guna satu dua buku je ke kuliah. Orang pandai, tak perlu banyak² buku haha. Semua subjek dalam satu buku. Hebat tak? Internet kan ada hehe. Don’t try this at your college.
Itu tahun 2007. Tahun 2008 punya meja study akan menyusul nanti. Masa tu dah jadi budak kampus balik, duduk kat kolej kediaman. Kolej baru, lagi cantik dia punya meja. Entah skang ni pakai meja tu lagi ke tak.
Korang ada gambar meja study? Kongsi²lah. Meja solek dengan meja makan pun diterima
14 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...







hehehe..siap cilok kerusi tu patutpun cantik huh..gambar tempat study aku ialah di ruang concourse fkk uitm..sbb di umah biasanya aku lepak depan computer bukan study tp dok laman anime jerk.
.-= catzer´s last blog ..Si Botak Nak Bagi Duit Raya! =-.
[Reply]
Amirez Reply:
September 12th, 2009 at 5:30 pm
eheh. kdg2 aku pun duk lyn anime je kat dpn pc.
kwn2 ajak study kat library..pegi jap..tapi hampeh tak masuk ape pun dlm kepala. sunyi sgt hehe
[Reply]
qider @ fie yang comei Reply:
September 16th, 2009 at 2:59 pm
aku..siap tido..huwargghhhh…
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Be brave with your life =-.
[Reply]
Amirez Reply:
September 16th, 2009 at 8:12 pm
aku pun kdg2 tdo kat library hahaha.
sejuk dan nyaman je tdo dlm library
Jap terlupa nak tanya.. laaaa… bro belajar kat UTHM ke..??? aku pun orang BP gak.. ahaks…
.-= asbesstos´s last blog ..Ciri-Ciri Kawan Yang HAMPEH! =-.
[Reply]
Amirez Reply:
September 12th, 2009 at 5:28 pm
org bp ke bro? area mana tu?
rindu jugak kat bp. dgr kata dh ada times square sblh carrefour.
mantaplah bp skang
[Reply]
hehehe.. teringat jugak kat kenangan student life.. mmg best.. ramai kawan.. banyak aktiviti.. huha huha sana sini.. tapi.. rasanya nak sambung study then memalam sengkang mata baca buku dah tak larat la pulak… huhuhu..
adakah aku pemalas? ahaks..
.-= asbesstos´s last blog ..Ciri-Ciri Kawan Yang HAMPEH! =-.
[Reply]
hehe memang dia seorang yg pengemas
[Reply]
mak oi..kemasnye meja abg..ke ambek gamba baru kemas???hehe…
[Reply]
Amirez Reply:
September 6th, 2009 at 1:50 pm
orang jeles selalu cakap camtu hahaha.
abg tak suka selerak2…nanti kepala abg serabut serabai
[Reply]
rasanya dah cukup lama aku tinggalkan zaman belajar. dah hampir 10 tahun.
bila baca catatan ini teringat kembali kenangan zaman belajar. duduk satu rumah sewa dan main game LAN ramai-ramai. siap gaduh sana sini main FIFA kahkahkah.
tetapi ketika itu kamera henpon pun tak wujud lg kot? jarang utk kami rakamkan apa yng berlaku. yg dirakamkan hanyalah di fikiran kami
[Reply]
Amirez Reply:
September 5th, 2009 at 12:23 pm
haha..aku pun pernah gaduh main game bola dengan housemate.
rakam kat kamera maybe satu hari nanti akan terdelete.
tapi rakam di fikiran insyaAllah takkan terpadam kecuali ‘tiada’
[Reply]
hg mmg pengemas ar adi oi…jeles aku..aku ada nak mintak tlong pasal blog aku neh,adakah anda free dah masih menggunakan no lama?
.-= Qider´s last blog ..Go! Go! Qider….. =-.
[Reply]
Amirez Reply:
September 3rd, 2009 at 6:10 pm
hg mesti lg kemaih
awat ngan blog hg?
masalah kecik ke besar?
aku mlm2 ada keje lain…
tp kalau masalah kecik..bleh je nak tolong.
aku still guna no lama sejak 2003 hahaha
[Reply]