Jun 9, 2009

Kenapa Internet Aku Laju?

  • Share
  • Share

Dalam dua hari ni aku rasa sangat gembira suka hati dengan kelajuan Internet HSDPA sumber daripada syarikat telekomunikasi yang pernah ‘mencuri’ kredit aku berbulan² dahulu tanpa aku menggunakannya, Maxis Mobile Services Sdn Bhd. Hinggakan aku berpaling arah kepada Celcom Postpaid Executive 50 dengan mengekalkan nombor lama. Siapa² yang pernah SMS atau call aku tapi terasa cepat habis kredit, inilah jawapannya haha.

Tapi Maxis memang bijak. Dia ‘bayar’ balik ‘kekecewaan’ aku dulu dengan kelajuan Internet jalur lebar yang superb setakat pernah aku guna iaitu mencecah 200Kbps. Setakat aku menggunakan Streamyx hampir 3 tahun, jangankan 200Kbps, 50Kbps pun tak pernah cecah dengan pakej 512Kbps. Well, logiklah. Maxis Broadband berkelajuan 3.2Mbps. Jadi aku akan dapat sekitar 7% daripada yang dibekalkan, itupun kalau bernasib baik. Sama juga dengan Streamyx. Kat ofis guna Streamyx berkelajuan 1Mbps. Jadi aku akan dapat download rate sekitar 70Kbps maksimum. Pernah juga dapat sekitar 100Kbps tapi cuma sementara. Lepas tu terus putus Internet.

Kalau dikira dari segi harga, mana lebih untung? Semua pandai mengira sekarang. Jadi aku biarkan soalan itu tergantung tidak bertali eheh. Bukan tujuan asal entri ini ditulis.

Aku pelik, kenapa sebelum ni Maxis Broadband agak kedekut nak bagi aku gembira dengan download berkelajuan tinggi tapi akhir² ni laju semacam pula? Buktinya seperti screenshot kat bawah:

26237150 Kenapa Internet Aku Laju?

Daripada screenshot di atas, meh aku olahkan sikit.

Aku sedang mendownload anime Prince of Tennis bersaiz lebih kurang 96MB. Menggunakan IDM sebagai download manager. Transfer rate sekitar 220 kilobytes per saat. Maxis Broadband sebagai penyedia saluran Internet. Waktu download sekitar 6 petang pada hari Ahad. Download dari Megaupload dan semestinya direct download.

Itu sedikit maklumat yang dapat diberi. Mungkin Internet laju sebab aku guna IDM yang memang diyakini ramai sebagai download speeder terbaik pernah wujud di bumi di samping pencabar²nya yang lain hoho. Tapi sebelum ni pun guna IDM, pernah slow tahap kronik merobek jiwa. So?

Mungkin sebab bukan waktu puncak, yelahkan hari Ahad pukul 6 petang pula. Mungkin waktu tu ramai orang lebih suka beriadah di taman, padang atau tasik. Main layang² di Taman Layang² Metropolitan sebagai contoh. Tapi sebelum ni pun download hari Ahad pukul 6 juga, slow mengalahkan siput sedoot.

Owh, mungkin sebab download dari Megaupload. Tapi…sebelum ni pun Megaupload juga. Jadi apa sebabnya tiba² Internet menjadi laju? Tolonglah bagitau aku wei. Mungkin kita boleh bincang² di sini. Apa salahnya berkongsi ilmu, ye tak?

pixel Kenapa Internet Aku Laju?

15 Comments

  • Salam kenalan..Lau ad ilmu kte share la..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    insyaAllah :)
    setakat ni ilmu internet pun x banyak mana lagi

    [Reply]

  • NAK DOWNLOAD LAJU FOLLOW LINK NI:

    hxxp://www.AWSurveys.com/xxxxxxxxx

    BELI AKAUN RAPIDSHARE OR MEGAUPLOAD SECRA SAH

    [Reply]

    Amirez Reply:

    erk..nape ke awsurvey lak?
    kalau beli akaun rapidshare / megaupload semestinya laju hehe.

    [Reply]

  • nk trick skit psal mxcis bbnd???

    camni kowang g at file dyew edit skit file xml..tu

    nak edit yang manew 2 pandai2 lah cari sendiri k…haha

    and the access nmber dier selalu *99#

    kowang tukar pakai *99***1#

    aku dapat 2mg per second download speed aku wakakaka best gler…

    [Reply]

  • salam…
    hoho…best nye boleh dpt dwld speed cemtu….aku x pernah lagi kalau direct download laju cemtu….sbb tu kalau dwld aku suka guna torrent….kadang2 kalau seeder ok, kat opis aku blh dpt dwld rate 180kB/s….
    kalau direct download….biasa dapat 40kB/s je….huhu

    [Reply]

  • alah..laju bising..tak laju pon bising..ape daaa abg ni..ah hahahahah

    [Reply]

  • ntahlah. mintak2 wimax dpt digunakan secara meluas sleuruh malaysia. barulah streamyx rasa ada saingan

    [Reply]

  • huhu. same ah. 1mbps tp donlot rate plg tinggi 70kb/s je. xley bla la stimik

    ubeys last blog post..Life as a first poster…

    [Reply]

  • aku sedang cuba ban celcom broadband…
    huhuhu…

    humbleandmodests last blog post..bab 15: tolong aku angkat mayat bumi ke tanah perkuburan

    [Reply]

  • Pakai IDM memang laju bro tapi ikut time ler…aku pakai streamyx 1mb mencecah jugak 200kbps…

    aku pny IP stat 60.xxx…time donlod rapidshare pn ok je…kena ejas server mane nk donlod la….kalo pagi 10am-4pm, guna dutch pny server…mlm 7pm-12pm guna teleglobe…12am smpi subuh guna global crossing…so far aku pakai laju je…itu saje tips aku guna dapat dari sumber mana ntah..aku pun lupa..

    [Reply]

  • oo ye ke. beruntung ko dpt streamyx yg leh cecah 200kbps.

    aku donlod rapidshare selalunya ok, tak perlu ejas server. tp kalau ejas server maybe lg laju kot. thx for sharing bro

    [Reply]

  • cuba ban?
    kwn2 aku yg guna celcom bb ramai gak yg komplen akhir2 ni. hrp2 maxis ok. sbb itu satu2nya pilihan aku ada. wimax tak sampai. streamyx buat masa ni tak bleh apply lg atas sbb tertentu

    [Reply]

  • skang tak selaju tu dh huhu. lembap yg amat.
    dulu aku pun suka menorrent.
    tp sbb streamyx akan sekat connection kita bila download torrent..
    aku tak berani nak download torrent dh.
    penah terkena sekali kat umah dulu huhu.
    tp skang tak taulah camne

    [Reply]

  • owh ye ke. thx bro :)
    nati nak trylah..
    tp kalau bleh bglah detail hehe

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks